IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Sunday, April 4, 2010

HULU SELANGOR: BN JANGAN GEMBIRA SANGAT

Sunday, April 4, 2010
Ramai yang beranggapan kemenangan sudah berada dalam genggaman Barisan Nasional, meskipun masih wujud kebimbangan faktor calon yang diletakkan untuk bertanding di kawasan tersebut akan menukar pola pengundian.

Tuntutan dan desakan daripada UMNO Bahagian agar kerusi Parlimen Hulu Selangor diserahkan kembali kepada UMNO selepas lebih 51 bertolak ansur dengan MCA dan MIC, tetap kedengaran.

Pun begitu, daripada isyarat yang ditunjukkan kepimpinan utama Barisan Nasional yang didominasi oleh UMNO akan TETAP menyerahkan kerusi tersebut kepada calon dari MIC dan ramai yang melihat para pengundi akan berbelah bahagi memandangkan MIC adalah parti yang paling tidak disukai oleh majoriti pengundi di mana-mana pun di negara ini atas faktor Sammy Vellu dan proksi-proksinya.

Hulu Selangor dan Bukit Gantang bagaikan menyajikan pemandangan yang hampir serupa. Barisan Nasional dilihat mempunyai peluang yang lebih besar berbanding Pakatan Rakyat untuk memenangi pertandingan dua penjuru itu. Bagaimanapun, kelekaan dan terlalu mempercayai saluran-saluran yang pengundi berbangsa Cina dan India sebagai majoriti, akhirnya membunuh impian Barisan Nasional.

Sama ada untuk menyedapkan hati sendiri atau pun salah satu taktik, kenyataan bahawa pengundi Cina dan India sudah berpaling kepada BN, nampaknya giat dipaparkan di media-media utama, termasuklah media ketiga - Internet. Kenyataan tersebut sebenarnya sangat jauh berbeza daripada apa yang diimpikan oleh kebanyakan pemimpin UMNO apatah lagi menanggapi PENDUSTAAN Sammy Vellu tentang calon pilihannya.

Bukit Gantang kalau tidak disebabkan Kuala Sepetang, sudah pasti Nizar Jamaluddin sekadar menjadi Adun Pasir Panjang sahaja. Gaya sambutan yang diberikan, ditambah pula dengan cerita-cerita asyik-masyuk yang disediakan oleh MCA, GERAKAN dan MIC kepada pucuk pimpinan UMNO yang bertungkus-lumus di kawasan Melayu, melekakan. Sekalipun operasi MCA, GERAKAN dan MIC langsung tidak bergerak, mereka tetap memberitahu UMNO bahawa Bukit Gantang akan jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Mempercayai mereka dengan sepenuh hati, akhirnya menyaksikan UMNO dimalukan oleh Nizar Jamaluddin yang menang hanya disebabkan undi CINA DAN INDIA.

Keadaan yang sama pasti akan berlaku di Hulu Selangor. Tanpa mengira siapakah calon yang diletakkan, parti-parti komponen seperti MCA, MIC, GERAKAN dan PPP akan bertindak, 'tunggu dan lihat' sambil MENCIPTA CERITA DUSTA untuk diberikan kepada UMNO.

UMNO tidak boleh terlalu gembira dengan apa yang sedang berlaku di Hulu Selangor sekarang ini. Barisan Nasional bukan seperti Pakatan Rakyat di mana PKR dan PAS begitu SETIA dengan DAP. GERAKAN, MCA, MIC dan PPP hanya menunggu masa untuk menikam belakang, memotong kaki dan tangan, memulas telinga dan mencungkil biji mata UMNO seandainya perlu. Dan jikalau menang, tuntutan mereka ke atas Melayu dan Islam akan dipergiatkan!

0 comments:

Blog Archive

Labels