IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, April 8, 2010

PARTI MANA AKAN KUTIP DERMA PALING BANYAK

Thursday, April 8, 2010
Musim ceramah pilihanraya sudah pun bermula. Meskipun ceramah dan kempen pilihanraya tidak pernah berhenti semenjak berakhirnya Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, parti-parti politik di seluruh Malaysia tidak pernah berhenti berkempen, terutama parti-parti yang berteraskan bangsa Melayu. Manakala parti-parti yang bukan berteraskan bangsa Melayu-Islam pula lebih banyak berkempen untuk jawatan atau mendesak parti Melayu yang menjadi tonggak pemerintahan di negara ini agar terus mengurang serta menghakis hak-hak dan keistimewaan Melayu sedikit demi sedikit.

Dalam kebanyakan ceramah, pelbagai hujah dan fakta diberikan. Tak kiralah sama ada fakta-fakta yang diberikan itu sebenarnya fakta bohong atau fakta tulen. Yang pasti, fakta-fakta dan hujah-hujah perlu menarik perhatian orang ramai untuk hadir dan mendengarnya.

Disebabkan itu, beberapa nama popular dalam ceramah-ceramah politik akan disebarluaskan sebagai daya tarikan. Nama-nama seperti Mat Sabu, Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin dan Lim Guan Eng bagi pihak Pakatan Rakyat manakala nama-nama seperti Ezam Md Noor dan kawan-kawannya yang pernah berada di dalam PKR, menjadi ayam tambatan UMNO.



Tiada aktiviti yang lebih menarik semasa ceramah dilangsungkan, melainkan pengedaran tong-tong atau uncang-uncang untuk memungut derma daripada kalangan hadirin. Lebih ramai hadirin, lebih bagus kerana jumlah kutipan akan lebih banyak.

Kutipan-kutipan derma itu biasanya akan diumumkan jumlahnya pada akhir sessi ceramah sambil disambut sorak-sorai daripada hadirin seandainya jumlahnya melebihi sasaran, terutama jikalau ceramah tersebut diadakan pada awal bulan. Dan seandainya jumlah sasaran derma berkurangan, tong-tong derma dan uncang-uncang derma akan diedarkan semula sambil pengacara akan membacakan potongan-potongan ayat suci al Quran dan al Hadis tentang kaifiat bersedekah dan berderma pada jalan Allah Taala.

Sama ada disedari atau sebaliknya kutipan-kutipan derma tersebut tidak akan diaudit oleh mana-mana pihak. Malah kebanyakan derma uncang dan tong akan hilang begitu sahaja tanpa sebarang alasan yang diberi. Bagi mereka yang mempertikaikan tentang hala mana derma-derma itu dibelanjakan, pasti akan dinista atau diperlekehkan. Kononnya tidak ikhlas dalam perjuangan.

Kelangsungan duit derma atau perolehan daripada derma itu WAJIB diteruskan menerusi ceramah-ceramah dan kempen-kempen pada setiap masa. Jadi, jangan hairanlah seandainya anda akan kerap berhadapan dengan ceramah-ceramah politik dan kempen-kempen yang sebenarnya tidak memberikan sebarang pulangan baik dari segi ekonomi secara mikro dan makro apatah lagi mengangkat martabat akidah yang dianuti.

Pilihanraya Kecil P094 di Hulu Selangor adalah lubuk bagi parti-parti politik untuk mengumpul wang derma sebanyak mungkin. Antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat, parti manakah yang akan mengumpul wang derma terbanyak? Apakah PAS yang cukup berpengalaman dalam MENCURI duit daripada orang ramai dengan sogokan cerita-cerita BOHONG berbentuk agama dan SIYASAH SYARIAH, mampu mempertahankan kedudukan mereka sebagai pengutip derma terhandal?

Anda pengutip derma atau penerima derma?




1 comments:

Anonymous said...

Yang kuti derma pakai tong dengan kupiah putih cam tu tu, jawabnya, sampai tempat gelap, puak puak tu cau macam tu jeeeerrrr...

Nampak puak puak yang bawak tong tu, macam kena dadah je pun....

Blog Archive

Labels