IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, May 23, 2010

TANAH KERAJAAN? HMMM... HILANG LAGI LA...

Sunday, May 23, 2010
Kata Najib Abdul Razak, kerajaan bercadang hendak membangunkan tanah-tanah kerajaan dalam usaha menarik pelaburan jangka panjang dan menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan global. Sekaligus menyediakan peluang perniagaan dan pelaburan yang memberikan faedah kepada Malaysia dan rakyatnya.

Untuk itu, kerajaan akan melihat dari sudut nilai strategik tanah-tanah Persekutuan. Dan kaedah terbaik yang dirasakan dapat membantu menutup mulut para pengkritik ialah dengan menawarkan tender terbuka kepada pihak-pihak yang sepatutnya.

Dari segi pelaburan, Malaysia sebenarnya telah banyak kalah dengan Thailand, Vietnam dan Kampuchea. Dasar tanah yang kompetitif di kalangan negara-negara Indochina telah menyaksikan banyak pelabur-pelabur asing yang pada mulanya melabur di Malaysia, melarikan diri bersama-sama kilang mereka ke negara-negara terbabit. Ditambah pula dengan insentif kerajaan yang lebih kondusif memaksa Malaysia mencari alternatif yang lebih baik untuk menarik pelabur-pelabur baru yang lebih bersifat tegar.

Dan kerana itu, kerajaan nampaknya terpaksa mengorbankan tanah-tanah milik Persekutuan yang strategik dan bernilai tinggi. Walaupun begitu, kerajaan pada masa yang sama, harus mencari jalan agar negara ini tidak terjajah dek kapitalis dalam kesungguhan mencari pelabur. Apa yang berlaku di Iskandar, Johor seharusnya menjadi iktibar... malah Malaysia sendiri dalam usaha mengambil semula Sime Darby dan Guthrie seharusnya menyedari penaklukan dan penjajahan kini tidak lagi menggunakan senjata, memadai dengan menaja parti-parti politik yang mampu memporak perandakan negara di samping penguasaan syarikat-syarikat konglomerat ke atas aset utama negara iaitu tanah!

Penggunaan istilah yang muluk-muluk apabila membabitkan dana awam seperti KWSP dan LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) sewajarnya diperhalusi memandangkan kini maklumat berada di hujung jari. Beralasan bahawa PELABURAN KWSP menerusi kerjasama dengan syarikat-syarikat asing, akan memberi pulangan yang lebih baik, tidak dapat menghapuskan keraguan memandangkan beberapa pelaburan melibatkan Dana Awam seperti KWSP, bahkan BaitulMal, sebenarnya hanya memberikan pulangan yang baik kepada kaum keluarga dan kroni. Dan untuk rakyat pula, hanyalah peluang pekerjaan dengan tangga gaji di bawah RM3000!

Perkara pokok adalah tanah... apakah nanti kerajaan akan menggunakan 'keistimewaan' mereka untuk merampas tanah rakyat bagi memberi laluan kepada pembangunan seperti yang mereka lakukan selama ini? Apakah rakyat yang terlibat hanyalah Melayu manakala rakyat berbangsa Cina pula hanya menikmati tanpa perlu berkorban, sama seperti yang berlaku sekarang ini?

Dan kalau itulah yang berlaku, rasa-rasanya mungkin ada baiknya pelaburan melibatkan tanah tidak perlu berada di Tanah Melayu ini, melainkan kerajaan menyediakan mekanisme yang lebih baik berbanding sekarang.

Begitu juga, apabila kerajaan mengumumkan memberikan pemilikan tanah yang lebih mudah kepada kaum Asli, adakah bermakna kerajaan akan mengorbankan sesuatu yang lain. Lebih daripada itu, timbul pertanyaan mengapa kerajaan tidak MEMAKSA Kaum Asli yang ketinggalan dalam serba-serbi menyiapkan diri mereka untuk mengalami transformasi yang lebih radikal dan menyeluruh. Kaum Asli tidak boleh lagi dikhayalkan dengan kehidupan hutan dan cawat lagi, sebaliknya perlu menyertai setiap masyarakat sekaligus membenarkan bahawa mereka adalah pribumi negara ini!

2 comments:

PUTRA MERDEKA said...

benar!
teruskan tuan!
salam...

Wake UP! said...

Bagus. Kerajaan patut tolong orang miskin dan kaum yang ketinggalan dari segi ekonomi.

Holocaust

Blog Archive

Labels