IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, July 8, 2010

ISLAM BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS MENURUT NIK AZIZ

Thursday, July 8, 2010
Nik Aziz seperti biasa segera menyanggah sebarang tuduhan yang menyatakan kesesatan PAS dan penyelewengan para pemimpin parti tersebut daripada ajaran Al Quran dan Al Hadis. Malah, dengan pantas, Nik Aziz akan menghalakan tuduhan tersebut kepada UMNO dengan menyatakan UMNO terlebih sesat kerana menentang Islam. (Harakah Daily)

Bagaimana yang dikatakan PAS membawa ajaran Islam berlandaskan al Quran dan al Hadis, hanya para penyokong PAS-Baru sahaja yang dapat meyakini dengan bersungguh-sungguh hati. Sedangkan hakikatnya parti berkenaan sudah berubah menjadi seperti salah sebuah daripada parti Yahudi ekstrem yang mendokongi fahaman Zionis yang menjadikan agama Yahudi sebagai elemen utama untuk mendapatkan sokongan rakyat, sedangkan hakikatnya Yahudi itu bukan Zionis sekalipun Zionis didukung oleh Yahudi.

Begitulah halnya yang berlaku di dalam PAS dewasa ini!

Bagaimana Nik Aziz tanpa segan dan tanpa malu mengakui bahawa partinya bahkan dirinya sendiri menurut ajaran Islam, seperti yang dianjurkan oleh al Quran dan al Hadis jikalau dia sendiri melanggar banyak perkara asas di dalam Islam.

Islam anjurkan persaudaraan sekalipun berlaku perselisihan faham, PAS pula mengatakan lebih baik berkawan dengan syaitan asalkan dapat menumbangkan UMNO dan BN. Malah tanpa segan silu dan rasa bersalah kepada Allah Taala menanggapi UMNO yang rata-rata beragama Islam dan berkongsi kalimah thoiyyibbah yang sama.

Islam mengutamakan umat, tetapi PAS pula bertindak lebih cerdik dengan mengutamakan kaum kafir dengan pelbagai perangai assobiyyah keji seperti yang dilakukan oleh Nik Aziz dalam membela kejahatan DAP terhadap Islam dan umatnya di negara ini.

Islam menggesa para pemimpin agar bersikap adil kepada umat tetapi memandang waspada terhadap bukan Islam, sedangkan apa yang dilakukan oleh PAS adalah sebaliknya.

Dalam salah satu hadis Nabi s.a.w, apabila ditanya oleh Syaidina Ali r.a siapakah golongan mukmin yang bertaqwa, diberitahu oleh Nabi s.a.w bahawa terdapat empat golongan mereka itu iaitu mereka yang mempercayai dan beriman dengan kewujudan Allah Taala, memperakui Muhammad itu adalah pesuruh-Nya, mempercayai wajibnya kedatangan hari kematian dan percaya akan qada dan qadar.

Sedangkan para pemimpin PAS pula kelihatan lebih jauh ke hadapan dengan meletakkan menganggotai PAS dan menyokong secara membuta tuli perlakuan para pemimpin utama parti sebagai contoh taqwa dan keimanan kepada Allah Taala dan Rasulullah s.a.w. Tindakan berlebih-lebihan itu sangat bercanggah dengan ajaran al Quran dan al Hadis, sekalipun Nik Aziz dengan MUKA TAK MALU mengakui PAS berjuang mengikut al Quran dan Al-Hadis.

Al Quran dan Al-Hadis sangatlah Nik Aziz yang sentiasa flip-flop. Al Quran dan al Hadis sangatlah PAS kalau Dewan Ulama terpaksa menelan kahak hijau dengan kerjasama antara PAS dan DAP sekalipun mengharamkan kerjasama antara UMNO dan parti-parti bukan Islam dan Melayu di dalam Barisan Nasional?

Hendak menyesatkan orang memang senang tetapi diri sendiri sesat, Nik Aziz dan jemaah PAS enggan mengaku. Apatah lagi dengan prinsip bahawa Islam itu hanya boleh ditegakkan dengan kuasa politik, ternyata melampaui batasan seperti yang telah ditetapkan oleh Allah Taala.

Ajaran Rasulullah s.a.w, para Sahabat r.a, tabiin dan tabiit tabiin, serta ulama dan fuqaha ialah, Islam itu hanya syumul dan addeen apabila sifatnya itu merangkumi individu, bukannya secara keseluruhan sekaligus. Dengan kata lain, seorang raja yang mengucap dua kalimah syahadat dan mengamalkan ajaran Islam dengan taat dan tekun serta mengikut, taat kepada perintah Allah Taala dan menjauhi segala larangan-Nya, tidak bermakna seluruh rakyat naungannya menjadi Islam selagi mereka tidak melakukan sebagaimana yang dibuat oleh raja berkenaan.

Tidak cukupkah PAS sebagai sebuah parti yang menyesatkan umat dengan pemikiran sebegini? Mujur jugalah para pemimpin UMNO bersifat dan sentiasa menunjukkan sifat jahil. Kalau tidak, penyesatan umat akan berlaku pada kadar dua kali ganda!



0 comments:

Blog Archive

Labels