IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Tuesday, August 24, 2010

APA PENDIRIAN MUFTI PULAU PINANG BERHUBUNG 'KHUTBAH GUAN ENG'?

Tuesday, August 24, 2010
Mungkin ramai yang tidak tahu, khatib 'jemputan' yang membacakan doa untuk Lim Guan Eng, sekaligus melanggar rukun ke-5 khutbah Jumaat, Zakaria Ahmad adalah adik kepada Mufti Pulau Pinang, Dato' Hassan Hj. Ahmad.

Zakaria Ahmad juga adalah abang kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad. Zakaria juga adalah adik kepada Salleh Hj. Ahmad, pensyarah UIA dan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia.

Mungkin ada dasar Zakaria Ahmad berasal dari keluarga yang hebat nama dan kedudukan mereka dalam senarai penguasa agama di negara ini, maka tindakannya MENYALAK dan MENJILAT pemimpin kafir secara berterus-terang di dalam khutbah tidak dianggap salah. Pastinya akan ada yang cuba mencari-cari dalil dan nas yang membolehkan perbuatan Zakaria Ahmad yang dianggap sebagai BIDAAH DHOLALAH terbesar abad ini di Tanah Melayu.

Setakat ini, Mufti Pulau Pinang yang merupakan abang kepada Zakaria Ahmad telah pun membela adiknya dengan menyalahkan jemaah dan qariah atau lebih tepat lagi para saksi dengan mengatakan, mereka tidak memahami bahasa Arab sedangkan doa yang dibuat oleh Zakaria Ahmad dituturkan dalam Bahasa Melayu yang jelas dan khusus untuk keselamatan, bukannya memohon hidayah, iman atau Islam.

Sehingga kini, hanya dua orang Mufti yang memberikan kupasan tentang perbuatan bidaah Zakaria Ahmad iaitu Mufti Perak dan Mufti Kedah... bagaimanapun, kedua-dua mufti tersebut, terutama Mufti Perak dilabelkan sebagai Mufti UMNO kerana seringkali menegur kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan oleh PAS dari pucuk pimpinan sampai ke akar umbi.

Kebanyakan mufti lain, menjadi mufti yang telah dibisukan. Mungkin mereka cuba mengelak daripada terlibat dengan kemelut politik, bagaimanapun, mereka bertanggungjawab untuk menjernihkan sebarang maslahat agama, terutama yang seringkali ditimbulkan oleh PAS dan para pengikut parti tersebut yang beranggapan ilmu mereka terlalu tinggi dan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja, terutama yang membabitkan agama, meskipun sebenarnya mereka adalah SYAITAN dan DAJAL yang sedang cuba menyesatkan ummat.



Seharusnya para mufti perlu memainkan peranan yang lebih besar terutama apabila berlaku perkara-perkara yang boleh memberikan mudarat kepada ummat. Sebarang penyelewengan yang dilakukan oleh parti-parti politik dalam mencari undian dan pengaruh, perlu ditentang sekeras-kerasnya oleh tok-tok mufti yang makan gaji.

Sehingga kini Mufti yang lantang menentang sebarang kemungkaran ahli-ahli politik terutama yang bergelar Mursyidul Am, hanyalah Mufti Perak. Sedangkan kebanyakan mufti lain lebih senang mendiamkan diri dan cuba mengelak daripada dikaitkan dengan UMNO seperti yang menimpa Mufti Perak.

Bagaimanapun, jikalau anda mendengar segmen 'BERSAMA MUFTI' yang ke udara di radio, ada juga mufti terutama Mufti Kelantan yang cuba memberanikan diri untuk menyuarakan penentangan tetapi dengan cara yang paling sopan dan halus dengan harapan Mursyidul Am, para pengikut dan kepimpinan PAS tidak mendengar dan kemudian menghentamnya semula. Begitu juga dengan tok-tok mufti negeri lain yang menyalurkan pandangan mereka di dalam segmen tersebut.


Kerenah, tindakan dan gelagat tok-tok mufti bisu ini sebenarnya bertepatan dengan apa yang pernah diperkatakan oleh Nabi s.a.w ketika umat sedang menuju ke pangkal hari kiamat.

Terdapat lebih ramai si jahil yang akan bercakap tentang agama dan pandangan jahil mereka diterima manakala mereka yang berpegang kepada ajaran al Quran dan sunnah, bagaikan memegang bara.

Para ulama pula lebih senang mendiamkan diri bagi memastikan jawatan dan kemewahan mereka tidak dirampas oleh penguasa. Mereka bercakap agar mereka menerima habuan. Mereka mendiamkan diri agar mereka tidak dikatakan jahil dan kehilangan habuan. Tugas ulama diambilalih oleh si jahil-jahil dan penyeleweng-penyeleweng serta pendusta....

Dan ternyata ia sudah pun berlaku di Malaysia.....

4 comments:

Anonymous said...

APA HEBATNYA NAMA2 BESAR DLM UGAMA
TAKDA JAMIAN SHURGA SEWAKTU ZMAN RASULLALLAHsaw
Ilmu ugama bukan mcm ilmu perundangan bolih dicorne persis Karpal(nak pas law tak susah mana tak hebat mana)
Abu Talib pun Nabi tak dpt tlg apatah Lagi SI ABU JAHAL
Siap Zakaria dan keturunan hj ahmad?????????????????????????? dlm islam jika songsang

Anonymous said...

mungkin tengah belek2 kitab dan berbincang ..macam mana nak cari dalil utk membenarkan perbuatan sedemikian.
Ni lah amalan assobiyah.. kepentingan sekaum dan kini se-parti.
___
balaci2 dah keluarkan dalil2 yg tak der mengena..
..dalil nabi saw doakan hidayat utk Abu Jahal.

ada gak yg kata UMNO leh doakan kejayaan calon BNnya yg bukan Islam. ( dah UMNO pulak jadi rujukan agamanya yg mana TG dah fatwakan UMNO tu sekular, kapir!!)
___
cari ler..dalil nabi saw doakan keselamatan org2 kapir atau pempin2 kapir dalam khutbah jumaat, gitu dizaman khulafa' arrasyidiin dan seterusnya..kalau2 ler jumpa.

kalau tak jumpa..reka je ler. Pasti ahli2 akan gembira dan akan disahut ngan gegak gempita takbir!! walaupun ianya batil!!!

Kamal Sanusi said...

Pusing kot mana pun, yang menjadi mangsa adalah bangsa melayu dan agama Islam (sbb ada bangsa meLAYU yg dah tak jadi Islam). Yang dok rugi pun bangsa melayu agama Islam jugak.

Isu berkaitan bangsa dan agama sendiri pun tak buleh sepakat, lagu mana nak menjadi kuat menentang puak Imigran yg sepakat menuntut 1001 mcm kesamarataan. Yg menariknya disetuju pulak oleh YAB Menteri dari bangsa meLAYU Islam yg buat don't know kalau bangsa agama dia sendiri yg mintak.

Ini menunjukkan bahawa org meLAYU dah jadi minority di bumi sendiri tapi dah tak sedaq habaq dlm denial syndrome, lain dari syok sendiri apa yg buleh dibuat. Kalau hampa jenih bangsa yang tak mudah lupa diri, hayati kata-kata Tun Dr. M di dalam ucapan majlis buka posa tersiar di dalam akhbar Sinar Harian m/s U12 bertarikh 20/8/10.

Perbetui diri sendiri dulu sebelum nak perbetui orang lain. Contohnya, jgn dok kutuk Indon yg pijak bendera kita padahal setiap kali lepaih sambutan ambang merdeka berselerak bendera kita di atas tanah, jalan, padang dll serta dipijak oleh org kita yg buat-buat tak nampak, main jalan redah lagu tu saja.

Ilmu agama sejengkal dok guna logik akal, jgn dok gah 1Malaysia kerana ianya akan menyebabkan bangsa/agama lain dok gelak kat hampa saja.

Kwang, kwangg kwanggg!!!...

fan said...

kau ni kamal sanusi lain yg org bincang lain yg kau terjah..masalah sekarang ialah khutbah yg dibaca mendoakan bukan Islam LGE..masalah ni dah jadi masalah umat yang perlu ditangani segera dengan telus dan tak berlapik..maksudnya kalau salah sebut salah dan jangan kata lain..silap la tak perasan la..kesilapan kecil la apa la..yg terlbat itu pulak org yg berpengetahuan beragama..so adakah yang kurang pengetahuan ni tak boleh komen sb perkara ini secara asasnya ramai yang tahu memang la tak boleh..kalau dah memang tak boleh kenapa di buat dan jangan la nak menuding pada org lain tak faham la, suka bising la apa la..

Blog Archive

Labels