IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, August 18, 2010

BAJU BATIK DIGANTI BAJU KEBANGSAAN.... PATUTNYA DAH LAMA DIBUAT

Wednesday, August 18, 2010
Perlu diakui, sekalipun Kelantan dan pentadbiran negerinya dikecam kerana terlalu negatif dalam segala hal, namun setidak-tidaknya ada perkara positif yang wajar dicontohi dan dipuji. Antara langkah yang paling menarik dan wajar dihargai adalah menukar pemakaian BAJU BATIK kepada PAKAIAN KEBANGSAAN yang perlu dipakai pada setiap hari Khamis sepanjang bulan Ramadhan. (Harakah Daily)

Baju Kebangsaan yang dimaksudkan adalah Baju Melayu lengkap dengan sampin, berbutang lima dan bersongkok.

Pemakaian baju batik diperkenalkan pada zaman Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri dan pada ketika isteri pertamanya, Endon Mahmud masih hidup. Pemakaian baju batik dilihat sebagai sokongan utama kepada Endon Mahmud yang sangat meminati batik. Atau dengan kata lain, sebagai bukti kasih sayang dan perhatian Abdullah Badawi kepada isterinya itu.

Langkah kerajaan negeri Kelantan itu perlu disambut baik memandangkan pakaian kebangsaan lebih menjadi identiti negara ini berbanding baju batik.

3 comments:

Anonymous said...

Baju Melayu dipakai pada hari Jumaat, kat pejabat2 kerajaan kat KL ni..tapi senjak menjak ni dah kurang bebenor.

Elok gak..semua kakitangan trmasuk bukan melayu..
Yg diberi kerakyatan elok gak brpakaian sedemikian sebagai lambang kasih sayang dan kesetiaan pada Negara Malaysia.

rosli dobi said...

Hari Khamis baju balik,hari Jumaat baju Melayu.Kalau boleh kuatkuasakan juga di sektor swasta supaya kaum2 pendatang boleh menghayati sama semangat 1 Malaysia yg sebenarnya.Jangan pula ada yg gatal merenyam nak suruh pakai cheongsam,sari,dhoti bagai.Itu bingai namanya.

Anonymous said...

Betul2... Baju Melayu dipakai pada hari Jumaat, kat pejabat2 kerajaan

Blog Archive

Labels