1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, August 21, 2010

ISU KHUTBAH: SEMUA PAKAT PANAS!!!

Saturday, August 21, 2010
Belum apa-apa, belum siasatan rapi dilakukan, Exco yang berkaitan, Abdul Malek Kassim telah menafikan wujudnya khutbah kedua yang menyebut nama Lim Guan Eng dalam doa yang dibacakan khatib. Malahan, Abdul Malek juga mencabar agar pihak yang menuduh segera menamakan masjid dan khatib yang melakukannya.... cabaran yang dilihat sebagai menghina dan mengena.

Anwar Ibrahim turut serta dalam tuduhan mengatakan UMNO sudah terlalu terdesak sehingga mencipta berita fitnah. Begitu juga dengan beberapa orang pemimpin PAS yang kelihatan terburu-buru untuk mengenakan UMNO, seolah-olah mereka sedang melindungi sesuatu yang bersifat bangkai dan busuk baunya.

Bagaimanapun, qariah di kawasan yang diperkatakan, mengakui SEMEMANGNYA wujud sebagaimana tuduhan yang dilemparkan oleh Zahid Hamidi, Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Bukan setakat tempat, bahkan tarikh dan nama khatib sekali disertakan.

Tarikh: 13 Ogos 2010
Nama Khatib: Zakaria Ahmad
Masjid: Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang

Pada jemaah dan AJK Masjid dikatakan telah membantah perbuatan Zakaria Ahmad itu. Malah perkara ini telah pun dibuat laporan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Kejadian membaca nama Guan Eng dalam khutbah, pada awalnya dikatakan, berlaku di Masjid Permatang Binjai, Kepala Batas pada 26 Februari 2010, Masjid Jalan Baru, Seberang Perai Tengah pada 13 Ogos 2010, Masjid Jelutong, Georgetown dan Masjid Pangkalan Tambang, Permatang Pasir.

Agak aneh kerana PAS yang begitu mendabik dada tentang 'amar makruf nahi mungkar' tiba-tiba sahaja, terus menafikan berita ini tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu. Bahkan blog-blog pro-pembangkang yang begitu terkenal dengan cebisan-cebisan ayat-ayat al Quran yang menjadi wallpaper di blog masing-masing, turut mengambil penafian pihak berkuasa Pulau Pinang yang sudah tentu tidak akan mengaku tanpa mengambil kira pandangan qariah dan jemaah masjid-masjid terbabit.

Ini perkara besar. Bagi mereka yang beranggapan, tidak mungkin seorang khatib akan mendoakan orang kafir, anda tersilap besar. Peringatan daripada Allah Taala, agar si bodoh tidak mengajar, dan larangan mengikut ajaran si bodoh, telah tertera di dalam al Quran. Apa yang perlu anda lakukan ialah membelek al Quran. Ada baiknya jikalau anda mengikut nasihat Nabi s.a.w yang menyuruh kita mengajar anak-anak kita dengan tiga perkara iaitu mencintai Allah Taala, mencintai rasul-Nya dan mencintai pembacaan al Quran.

Sebegitu ramai JAHILUN di luar sana yang berlagak sebagai 'ALIMUN. Dan golongan yang begitu cepat menafikan wujudnya tok khatib yang menyebut nama Guan Eng di dalam doa kedua khutbah Jumaat adalah sebahagian daripada puak tersebut ketika siasatan belum lagi dilakukan secara terperinci....

3 comments:

Kamal Sanusi said...

Aku dah kata dari dulu lagi tapi masih ada yg tak faham-faham. Pasai pa tu aku tak tau mungkin kerana ada otak tapi tak berfungsi la kut.

SEMUA ORG POLITAIK NI KALAU MEREKA MENAFIKAN SESUATU PERKARA BERMAKSUD MENGIAKAN PERKARA TERSEBUT.

Penafian awal adalah Standard Operating Procedure (SOP) di dalam nak buat damage control. Kalau tiada respond lanjut maka depa terus diam. Kalau ada maka mereka akan buat cara lain pulak.

Hisss, posa-posa ni lagi otak depa tak berfungsi.

Wakakakkakkakaka.....

Kamal Sanusi said...

Maklumat awal yg aku dapat mengesahkan bahawa nama KM Penang mmg ada disebut di dalam khutbah tersebut dan disahkan oleh imam masjid itu sendiri.

Tetapi disebabkam buta perut di dalam bahasa arab, maka jadilah isu sebagaimana yg hangat diperkatakan sekarang ni. Tak perlu lagi aku memberi penerangan lanjut di sini, berusahalah mencari maklumat tu dan apa sebenaq yg berlaku. Aku dok kata dah, citer mcm peniaga di Komtar tu berulang lagi, so faham-faham laaa.... Lepaih ni citer yg sama versi mana pulak tah yg timbui?

siberangan said...

Kamal Sanusi yang libral, walau Islam yang beliau anuti di permainkan dan akan berkubur di Pulau Pinang.

Heh heh heh....

Blog Archive

Labels