1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, August 17, 2010

JANGAN TEGUR PAS... PAS SUDAH CUKUP SEMPURNA!!!!

Tuesday, August 17, 2010
Hanya cakap kosong...

Itulah yang boleh dikatakan kepada Timbalan Ketua Pemuda PAS, Azman Shapawi Abdul Rani dalam reaksi balasnya kepada tulisan Ridhuan Tee Abdullah yang berjudul 'Jangan Berani Mencabar'.

Sama ada Azman Shapawi sebenarnya seekor katak yang berada di bawah tempurung, atau sememangnya suka berbohong demi melindungi kebenaran, penafiannya bahawa PAS TERLALU GEMAR mentakfir umat Islam, terutama yang tidak sehaluan dengan parti berkenaan, adalah sesuatu yang sangat menggelikan hati. Malah Azman Shapawi dalam reaksinya turut menunjukkan perangai suka menghina apabila menggelarkan Ridhuan Tee sebagai Cina Mualaf dan menganggap Ridhuan Tee berilmu agama jauh lebih rendah daripadanya.

Itukah yang dinamakan para pengikut parti PAS mengikut Al Quran, Al Hadis, Ijma' dan Qiyas? Sedangkan daripada segi praktikalnya, timbalan ketua pemuda PAS sendiri melanggar ayat 11 dari Surah Al Hujurat.

Azman Shapawi sendiri tidak dapat menunjukkan amal dan teladan berdasarkan al Quran, al Hadis, Ijma' dan qiyas sebaliknya berpegang seteguh-teguhnya kepada demokrasi Rom yang menyokong kaum sendiri dan mengangkat diri bahawa kelompok sendiri adalah jauh lebih mulia daripada kelompok lain.

Barangkali ada baiknya Azman Shapawi melihat semula Wasiat Haji Abdul Hadi yang cukup terkenal sehingga dikatakan menjadi punca kepada BUGHAH Ibrahim Libya di Kampung Memali, Baling. Bukankah wasiat tersebut sebagai budaya mentakfir yang masih subur di dalam PAS? Terlalu banyak perbuatan melampau yang melanggar adab dilakukan oleh PAS.

Anehnya, PAS tidak dapat menerima sebarang teguran sama ada dari pihak lawan mahupun dari dalam PAS sendiri. Satu-satunya cara yang paling efektif untuk mematikan sebarang teguran terhadap perbuatan melampau dan melanggar ajaran Islam ialah dengan menuduh si penegur sebagai ORANG UMNO, PENCACAI UMNO, PENJILAT UMNO DAN UMNO.

Terlalu sombong dan angkuh, itulah yang boleh dikatakan kepada PAS masa kini yang langsung tidak boleh ditegur dan enggan bermuhasabah diri lagi, malah sentiasa memandang diri sebagai yang terbaik dalam segala hal. Contoh terbaik ialah respons Azman Shapawi terhadap Ridhuan Tee Abdullah.... na'uzubillahi minzalik...

7 comments:

udanggalah said...

Salam..Memang sejak dulu PAS merasakan merekalah Islam dan UMNO dianggap tidak Islam kerana bersahabat dengan kafir,dengan syaitan dan sebagainya.Mentafsirkan UMNO sebagai musuh yang boleh diperangi..jadi sehingga kehari ini kegoan itu takan lari dari benak pengikut dan pemimpinnya.Merekalah yang terbaik dan tinggi ilmu agama berbanding orang lain.....

anti ualamak pas said...

Aku minta puak pas ni cermin lah dulu muka tu jangan menghina org sedangkan ilmu kita tak tinggi mana pun org islam tu bersaudara tak kira dia mualafke dia tetap saudara muslim kita hanya puak tasub pas yg kata ilmu ugama mereka hebat tapi bagi kami yg bukan dari puak pas kata ilmu ugama mereka puak pas tahaf tabika je baru belajar alif ba ta yg hebat lagi tinggi ugama nya tidak menghina sesama islam kalau macam tu pas bukan parti islam tapi slam je.

Anonymous said...

alahai shapawi ooii....
sebelum nk hina atau panggil Dr Riduan tu mualaf ke apa ke...boleh hang cermin muka hang dulu. hitam tak bercahaya langsung. bontot kuali lg bersih. ada jugak org yg gelap tp hati bersih dan beriman ,wajah mereka bercahaya dgnkeimanan mereka. begitu jugalah saudara Dr riduan. dia adalah antara muslim mualaf yg taat dan teguh imannya..InsyaAllah dr perwatakan merendah dirinya. hang tu lahir saja dr keluarga islam dan automatik beragama islam ingat hang dh bagus sgt. tu yg PAS dok bangga sgt tu..malu le pd seorg mualaf yg lain.
tuan blog..
mcm nilah juak2 PAS..mereka merasakan mereka bagus sgt pada hal hampeh. selalu menghina org. sy tahu sgt le sbb dipejabat sy tu dr atas hingga kebawah ada penyokong PAS tegar. ckp lebih keja hampeh. tunggu masa je nk repot tp malang sekali tiada tindakan diambil. nk je suruh diaorg berhenti dan blk keja kat negeri asal. suka ambil kesempatan perangai buruk. nampak alim tp suka kacau anak dara dan bini org. tak layan...buat fitnah tukarkn keluar org yg tak layan diri. bertazkirah kn main. menyampah dgn org yg suka kepura-puraan tu...

Anonymous said...

apa kata orang pas tentang pendedahan bro. anwar muslim sekular dan pkr parti muslim sekular? pas kata umno kafir kerana sekular. jadi anwar brahim tu pun kafir la? jadinya pas pun dah jadi kafirlah kerana bersekongkol dengan pkr sekular dan DAPings.

Anonymous said...

PAS, Sejak menjak Mursyidul Amnya kabor..prtolongan dari syaitan pun ok, maka ramai ler brsekutu ngan syaitan..yg mana lama kelamaan sifat2 syaitan mula membiak ngan subur dalam diri mereka..

Syaitan..dulu, kini, dan selamanya..tetap bongkak, sombong dan takabbur!!

Mudah2an PAS masih kekal sebagai Parti Islam seMalaysia..dan mudah2an tidak bertukar Parti Angkatan Syaitan!!

Anonymous said...

Cakap dalam Malaysiakini, Shapawi ni suruh Dr Ridzuan Tee Cina muallaf masuk UMNO, kerana belajar Ugama pun diajar oleh UMNO. Timb Ketua DPPM niiii... korang ajaq, tak gheti bahasa.

Memanglah mualafnya itu, ilmunya itu, kesyukurannya itu adalah kerana UMNO lah mengujudkan prasana pelajaran dan pendidikan yang Dr Ridzuan Tee timba ilmunya. Lagi pun bahasa 'muallaf Cina' yang di gunakan Shapawi, patutnya sebagai pemimpin, lidahmulutnya perlu dijaga, jika tidak buruk padahnya.

kapueka said...

kalau mcm ni la perangai peminpin PAS... tunggu lingkop ja la... BUTA PEQOT...

Blog Archive

Labels