1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Thursday, August 26, 2010

Jom JIHAD!!!! Jgn kira apa!!!

Thursday, August 26, 2010
Hari ni ramai yg sedang berjihad..brjihad mempertahankan tanah air, maruah, agama di sana sini..

Ada yg brjihad ngan keluar tabligh seberapa lama tempoh dalaman dan keluar negara..
Ada yg brjihad merentasi lautan sedang menggali ilmu..
Ada yg berjihad mencari rezki2 yg halal utk anak isteri dan keluarga..
Ada gak yg sedang brjihad di GAZA dalam usaha menghulur bantuan..
Macam2 lagi ..

Depa tgh berjihad..kita kat umah nak buat mende!!

Mahfum hadis..sekembali dari medan perang, nabi saw beritahu sahabat ra bahwa kita nak brjihad yg lebih besar..yakni brjihad menentang/mendidik nafsu!!
__________
Alhamdulillah, dibulan yg berkat dan mulia ni..masa yg sesuai utk kita didik nafsu kita.
Setan2 diikat, perut2 diringankan, tulang2 belakang dapat diluruskan, sendi2 merasa ringan, dan limpah rahmat kurniaNya yg melimpah2..ditutup pintu2 neraka, dibukakan pintu2 syurga..dan ditiupkan bayu2 dari dalam syurga merentasi syurga dan bergetarlah daun2 syurga..dibukakan pintu2 langit seluas2nya utk kita lontarkan doa2 kita...dimustajabkan doa2 kita diwaktu siang dan malamnya..

Ayuhh...bangunlah..dan brjihadlah sunggguh2!!

Ajarlah tubuh badan dan sendi2 kita ketaatan..dirikan semayang2 sunat sebanyak2nya..duduk brtafakur wirid atau brtilawat AQ..

Nafsu mempunyai kekuatan yg luar biasa dan keinginan yg sangat besar..umpama besarnya spt baby tapi mulutnya leh telan seluruh alam ini ngan sekali telan.

Kenalilah nafsu memasing..dan belajarlah menguasainya..
Nafsu adalah salah satu kurniaanNya yg besar dan agung khusus utk manusia..ianya leh menjulang manusia ketahap yg trtinggi atau menjunamkan manusia ke tahap yg trhina dan terkeji!!

Tiada makhluk Allah swt yg berani berkata2 ngan Allah swt..bahwa Kau adalah Kau..dan aku adalah aku..kira lebih kurang trjemahannya dalam bahsa omputih..mind your own business, dude..get lost!!!

Makhluk mana yg langsung tak hairan ngan api nuraka yg meluap2 panas..kecuali nafsu!! yg mana para malaikat sendiri takut dan ngeri..

Iblis sendiri tabik pada Firaun..katanya sesungguhnya aku sendiri takut pada Allah swt dan tak berani mengatakan apa yg kamu kata..yakni bila Firaun brkata bahwa dialah Tuhan Yg Maha Tinggi!!

Tiada makhluk yg berani istihar perang ngan Allah swt kecuali nafsu..spt mana Namrud!!
__
Bayangkan jika nafsu ni dapat kita tundukkan dan benar2 dapat menguasainya..spt mana para sahabat ra..sehingga tiada empayar yg sanggup menahan kemaraan mereka..satu demi satu empayar tumbang menyembah bumi dipijak2 oleh kaki2 mereka!!

Iblis dan syaitan akan melarikan diri jauh2..takut dan ngeri melihat kemarahan nafsu yg tdidik melalui agama..

Org2 kapir akan tunduk dan takut, walaupun utk melihat wajah2 mereka..gerun menyelusup kedalam tulang2 dan sendi2 mereka!!

Dunia mereka genggam..ramas..brkecai2 menjadi debu!! Jiwa mereka trbuka seluas2nya memeluk kebesaran dan keagungan Ilahi..Limpah kurnia Allah swt mereka hadham satu demi satu tidak brsisa!!
__
Wahai bangsaku..bangunlah, jadi lah spt nenek moyang kamu..agar sikapir2 nak batuk pun akan minta izin!!
Wahai bangsaku..bangunlah, brjihadlah..jadi lah spt moyang2 mu..Abu Bakr ra, Umar ra, Ali ra, Usman ra dll..yg goncangkan dunia dan seluruh empayar didunia waktu itu!!

Kuasailah nafsu kamu...bukannya dikuasai. Be your own master..lead the way. Allah swt dah tunjukkan jalan2Nya..dan hasilnya telah dizahirkan oleh para2 sahabat ra.

Jihad!! jom jihad!!!....jadikan siang dan malammu pada baki2 ramadhan ni sebagai medan perjuangan ..sibukkan ngan semayang2 sunat..abiskan masa dimasjid..doalah padaNya sepuas2nya sampai dah tak tahu nak minta apa2..(yeob, jgn lupa doakan kat kawan2..kaya raya dunia dan akhirat, dan selamat dari neraka)
Ambiklah cuti..iktikaflah kat masjid2..

Biarlah selepas ramadhan ni..kita jadi org yg ".baharu"...nafsu dan segala kekuatannya ada pada kedua2 tangan kita..bukan pada "anu" kita..atau kat kepala lutut..

..Tunggu apa lagi, yeob!!

0 comments:

Blog Archive

Labels