IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, August 15, 2010

NAJIB PERLU BERSEMUKA DAN MEMBERI JAWAPAN KEPADA MELAYU-BUMIPUTERA

Sunday, August 15, 2010
Najib Abdul Razak berhadapan dengan masalah yang sangat besar apabila berbahasa Inggeris ketika menangani tuntutan Kongress Perniagaan Cina anjuran MCA. Bukan Bahasa Inggeris yang menjadi masalahnya, sebaliknya betapa mudahnya Najib Abdul Razak meleraikan masalah tuntutan tersebut dengan membenarkannya, sekaligus menghapuskan ekuiti Melayu-Bumiputera seperti mana yang dituntut oleh kaum imigran.

Ramai yang melihat Najib Abdul Razak juga seorang pelakon hebat seperti Anwar Ibrahim ketika berhadapan dengan tiga kelompok komuniti iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Bagi setiap komuniti ini, nadanya akan berlainan dan tidak bertembung antara satu sama lain...

Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Najib Abdul Razak yang belum teruji dengan Pilihanraya Umum telah melakukan beberapa perkara yang mengguris hati Melayu-Bumiputera. Najib Abdul Razak dilihat terlalu mudah mengikut kehendak kaum imigran dalam usaha untuk mendapatkan undi dan kepercayaan mereka.

Bahkan bantuan berbilion ringgit untuk sekolah vernakular, membuatkan sebahagian besar daripada pengendali sekolah agama rakyat (SAR) menjadi penagih janji sekalipun SAR mempunyai peruntukan daripada perlembagaan untuk dana dan peruntukannya, berbanding sekolah-sekolah vernakular. Apa yang berlaku pada zaman Najib Abdul Razak adalah terbalik! Sekolah vernakular dibantu dengan berbilion ringgit, SAR pula dibiarkan hidup dengan derma, sedekah dan duit zakat!!!

Najib Abdul Razak perlu berhadapan dengan Melayu-Bumiputera di seluruh negara untuk menerangkan kerasionalannya menggadaikan hak keistimewaan Melayu. Tindakan terbarunya menghapuskan ekuiti 30% Bumiputera, membuatkan ramai yang membuka mata dan pastinya nostalgia Najib Abdul Razak cuma menang dengan 200 undi, itu pun setelah dikira berkali-kali akan berulang.

Tak guna Najib Abdul Razak berlindung di sebalik belakang isterinya yang CUKUP GLAMOUR itu, sebaliknya Najib perlu memberikan penjelasan dan bagaimana dia selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri melindungi dan menguatkuasakan Perlembagaan negara....

Kalau Presiden PAS boleh mempertahankan Melayu-Bumiputera dengan tegas lengkap dengan ayat al quran dan hadis tanpa ditentang oleh Mursyidul Amnya, mengapa pula Presiden UMNO cuba nak jadi David Coopperfield atau biskut sekejap ada, sekejap takdak?

2 comments:

dinturtle said...

ya bro, saya dah makin meluat tengok muka Najib. Komen2 negatif juga mulai banyak kedengaran diblog2 parti Melayu. Melayu mula resah dengan karenah Najib.

Tak heran jika Najib tak berubah, beliau juga akan mengalami nasib yang sama seperti Paklah.

1Msia Najib cuba menidakkan kenyataan, menutup masalah perkauman dengan selimut dengan harapan ia akan selesai. Malangnya yang berlaku dalam selimut, perpecahan makin dalam, keretakan makin serius.

Taklama lagi Najib terpaksa berdepan dengan realiti...waktu itu tak laku dah lakonan beliau. Dari sudut positifnya, mungkin kita akan melihat perpaduan Melayu dalam mempertahankan hak kita.

salam.

Anonymous said...

Salam...nampaknya..secara tidak langsung,,najib telah memberi signal mengatakan uMNO sekarang tertekan...INilah nasib org melayu..UMNO nk jaga MCA..PAS nk jaga DAP...Kita perlukan suara yg lantang..PERKASA jwbnya..nasib kita..melayu berpolitik x ingat nasib bangsa yang depa x tau boleh memberi kesan besar kepada agama..

"aku rela hidup susah sekarang,dari melihat tanah ini menjadi milik orang

Mintakla lag wahai cina..kita tgok belakang parang yg lama diasah tajam ke tidak"

Blog Archive

Labels