IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Thursday, August 19, 2010

TEMBERANGLAH ANWAR IBRAHIM WOII... RAKYAT MALAYSIA BUKANNYA RETI APA-APA TENTANG EKONOMI...

Thursday, August 19, 2010
Anwar Ibrahim ni sememangnya lawak. Pun begitu, lawaknya begitu menjadi dan ramai tukang-tukang hangguk yang akan percaya dan menerima segala kata-katanya sambil ternganga-nganga dan begitu takjub.

Begitu jugalah ketika dia mengulas tentang ekonomi Malaysia yang dilaporkan tumbuh 8.9 peratus bagi suku kedua 2010. Kalau baca dia punya ulasan yang memperkecil-kecilkan pertumbuhan tersebut, anda akan dapat melihat bagaimana Anwar Ibrahim sebenarnya tidak dapat membezakan antara Ekonomi Makro dan Ekonomi Mikro. Laporan tentang GDP wujud dalam Ekonomi Makro atau secara keseluruhan, tetapi Anwar Ibrahim mengulas dari segi mikro yang sudah tentu akan kelihatan kontradiks. (Baca Sini)

Dan akhir sekali daripada ulasannya - mungkin atas kapasiti Ketua Pembangkang - Anwar Ibrahim akan membandingkan dirinya dan akan menonjolkan skimnya yang dikatakan akan lebih membahagiakan rakyat. Janjinya, jikalau Pakatan Rakyat menang Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, pendapatan isi rumah setiap rakyat akan menjadi RM4000 sebulan.

Anwar memang lawak, selawak Lim Guan Eng dan Teresa Kok yang begitu bangga dengan kemasukan pelaburan besar ke negeri masing-masing tetapi tidak berani mengaku, mereka sebenarnya tidak berbuat apa-apa sebaliknya yang menarik pelaburan adalah MIDA dan MITI.

Barangkali Ketua Pembangkang kita ni tak begitu faham apa sebenarnya yang dikatakan pertumbuhan 8.9 peratus berbanding 10.1 peratus pada suku pertama 2010. Maksudnya pentadbiran negara begitu berhati-hati agar ekonomi negara tidak meruwap dan tidak bersifat gelembong belon seperti pada zaman Anwar jadi Menteri Kewangan dan pada zaman Abdullah Badawi jadi Perdana Menteri.

Dilaporkan juga, aktiviti pengilangan telah meningkat sebanyak 15.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada suku pertama tahun ini. Jadi, apa maknanya ini kepada rakyat Malaysia? Maknanya, peluang pekerjaan yang lebih banyak dan tangga gaji serta upah yang lebih kecuali kemasukan pekerja-pekerja asing yang tidak terkawal, menurunkan semula tangga gaji dan upah tersebut.

Perkembangan dan pertumbuhan ekonomi ini adalah seiring dengan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi negara-negara dagang utama seperti Singapura dan China yang turut memperlahankan unjuran ekonomi masing-masing bagi mengelakkan pemeruwapan.

Sepatutnya Ketua Pembangkang Malaysia itu menerangkan atau membuat perbandingan pertumbuhan ekonomi negara dengan negara-negara maju yang masih tidak dapat keluar daripada kemelut ekonomi mereka. Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara Eropah termasuk Britain masih lagi tersekat akibat kelembapan ekonomi yang sangat teruk, manakala Jepun pula berhadapan dengan kemelut nilai Yen yang terlalu tinggi sehingga menjejaskan eksportnya.

Cerita makro, makro sahajalah... nak pi masuk ke mikro tu pasai apa? Wooo... barangkali si ketua pembangkang ini beranggapan semua orang di Malaysia ni bangang dan bingai ekonomi sepertinya juga!!!

Nak cerita mikro ekonomi, tunggulah badjet tahunan nanti... ha, masa tu, ceritalah panjang lebar macam yang dia duk selalu buat tu... bercakap tujuh lapan jam....

3 comments:

Anonymous said...

Hang maaplah kat dia..pasal tu ler gaji dia RM1 je.

Yg angguk2 tu..aku tak tahu berapa gaji nak bagi!

Kamal Sanusi said...

Aik? Masih menulis pasal dia ka sekalipun hampa mengatakan dia ni bodoh, penipu, pak lawak, peliwat dan lain-lain.

Kalu aku jadi hampa, aku tak layan dah pasai dia, malah dah dilupakan kerana kalau kita layan, ngan kita-kita sekali jadi lagu dia.

Ini menunjukkan, sekalipun dia dikatakan bodoh, penipu, peliwat pak lawak dan lain-lain, hampa masih gentar dengan dia. Dlm erti kata mudah, hampa kelam-kabut tiap kali dia bersuara kerana ingin memastikan agar hampa dan rakan-rakan hampa sentiasa berada di dalam denial syndrome.

Tak gitu?

Anonymous said...

aku agak dah..En Kamal Sanusi mesti membela abangnya..

Tujuan tulisan trsebut ialah nak sedarkan org2 spt En Kamal Sanusi yg masih rasa Abg Anwar tu digeruni !!

nak tanya ni..En Kamal rasa ia tu digeruni ke?? dan wajar digeruni??

mm lari menyorok kekedutaan Turki, sampai bini dan adik azmin mari pujuk..melutut minta simpati ngan US dan yahudi!! pehhh gerun bebenor!!

p/s tapi memang aku akui ianya digeruni..maklum ler!!u know ler..pehhh.

Blog Archive

Labels