IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, August 25, 2010

TUN MAHATHIR KENA BELASAH!!!

Wednesday, August 25, 2010
Bila Tun Mahathir mengingatkan umat Islam bahawa mereka tidak boleh berpecah dan menyeru agar umat Islam menyuburkan kembali persaudaraan menerusi ikatan kalimah Thoiyyibah, maka berkokok deraslah para pemimpin pembangkang khususnya yang bukan beragama Islam. Mereka bagaikan sepakat mengatakan Mahathir telah melanggar usahanya sendiri untuk membentuk satu negara bangsa dan Wawasan 2020.

Lim Kit Siang dalam reaksinya mengungkit tentang Wawasan 2020 yang Mahathir gagaskan pada 1990. Katanya, Wawasan 2020 yang digagaskan oleh Mahathir memerlukan penyertaan semua bangsa di Malaysia dalam satu perpaduan yang utuh dan disebut sebagai Bangsa Malaysia. Apabila Mahathir hanya menyentuh tentang perpaduan Islam, maka Mahathir dengan sendirinya telah meruntuhkan Wawasan 2020 dan Bangsa Malaysia yang dikatakannya dahulu. (Malaysian Insider)

Tun Mahathir turut memperkatakan tentang meritokrasi yang disifatkannya sebagai rasis di dalam penulisan terbaru di blognya. (Che Det)

Meritokrasi menjadi senjata utama kaum pembangkang, terutama para pemimpin kaum Cina kerana ianya dilihat lebih menyebelahi mereka memandangkan dari zaman British, mereka telah dipersiapkan oleh bekas penjajah Tanah Melayu itu untuk menguasai dan menghapuskan Melayu di negara sendiri.

Sebarang cubaan untuk merendah-rendahkan meritokrasi, pastinya akan mendapat tentangan secara bersepadu daripada para pemimpin Cina tanpa mengira parti politik. Begitu juga apabila umat Islam diingatkan agar bersatu dan berada di dalam satu saf. Pastinya ia tidak akan menyenangkan hati para pemimpin Imigran, khususnya pemimpin Cina kerana perpaduan dan penyatuan tersebut akan menyebabkan mereka kehilangan banyak keistimewaan seperti yang dinikmati pada hari ini.

Untungnya, penyatuan dan perpaduan umat Islam, ditentang keras oleh para pemimpin yang kelihatan seperti beragama Islam dan berbangsa Melayu... setidak-tidaknya ia tidaklah begitu bermasalah kepada para pemimpin Cina di Malaysia.

Begitu juga dengan cerita tentang Bangsa Malaysia. Para pemimpin Cina begitu tebal muka dan LANGSUNG TIDAK MALU untuk memperkatakan tentang Bangsa Malaysia, padahal mereka sendiri tidak berani dan tidak mahu keluar daripada kepompong bangsa Cina mereka. Kebanyakan daripada mereka, masih gagal bercakap Melayu. Malah ada juga antara mereka yang langsung tidak tahu apa itu Rukunegara! Cuba sentuh tentang Sekolah Vernakular yang begitu mereka banggakan... pastinya yang akan dilakukan ialah ugutan untuk diheret ke mahkamah, sedangkan sekolah vernakular wajar dihapuskan untuk mewujudkan satu bangsa dan satu bahasa di negara ini!!!

Tanya Lim Kit Siang, Salehuddin Ayob dan beberapa pemimpin pembangkang yang 'membelasah' Mahathir kerana tulisan dan seruannya, apa sebenarnya yang mereka faham tentang bangsa Malaysia dan perpaduan di dalam Islam? Apakah ianya bersifat 'aku di dalam aku' atau ianya bersifat terasing atau lebih tepat lagi sekular?

3 comments:

hangkedee said...

Dap,Mca,gerakan Mic,kenapa masih tidak mahu sekolah kebangsaan dan tutup sjk?.Kerana mereka tidak mahu bangsanya di sisih.Mana ada perpaduan. kenapa tidak menyokong sekolah Wawasan? mereka ada agenda perkauman.

Anonymous said...

Ok ngan meritokrasi..tapi acuan Malaysia.

asas meritokrasi ialah kesetiaan pada negara..gagal fasih dalam pertuturan dan penulisan bahasa melayu, dan gagal memahami Islam sebagai agama rasmi, dan gagal memahami adat budaya org2 melayu..bermakna gagal lah.

Pempin2 Melayu kena berkeras tentang kesetiaan dan bukti kesetiaan dan komitmen untuk menjadi rakyat malaysia!!

luncai said...

Biasalah bila yg nampak merugikan kaum mereka anak didik lee kuan yew inipun mulalah menyalak2 perpaduan 1 Malaysialah,perpaduan tanpa mengira kaum dan agamalah.

Tapi bila disentuh sekolah2 perkauman yg menyumbang besar dalam membina jurang pemisah antara kaum di Malaysia sejak dulu lagi,lim kit siang yg sial ini akan menyalak marah pula.Sebab apa?Sebab mereka ini adalah hipokrit sejati yg tak boleh diganggugugat ideologi komunis mereka.

Orang2 pas yg dungu memang terlalu sukar untuk melihat permainan chauvinis dan komunis ini.Tidak ada lagikah pemimpin2 pas yg cerdik dan tak mudah diperkuda2kan?

Blog Archive

Labels