Saturday, September 11, 2010

MELAYU-ISLAM TOKSAH DUK JELES NOO... 1MALAYSIA NIH!!!

Penduduk dan penghuni kampung-kampung baru Cina di seluruh Malaysia telah diumpan berita gembira. Sebabnya kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak RM100 juta dalam satu pengumuman oleh Perdana Menteri 1Malaysia, Najib Abdul Razak tidak lama dahulu. Peruntukan tersebut diberikan dengan ALASAN memudahkan penduduk kampung-kampung baru Cina membayar premium tanah dan pajakan.

Perlu diingat, kampung-kampung baru Cina di seluruh Malaysia yang berjumlah 440 buah diwujudkan oleh Henry Gurney, pada pertengahan 1950-an, manakala pengarah operasinya pula adalah Leftenan Harold Rowdoon Briggs. Operasi yang diberi nama Rancangan Briggs ini mengumpulkan orang-orang Cina yang berhadapan dengan ancaman Min Yuen (pengintip dan talibarut PKM) di atas tanah-tanah Raja Melayu dan orang Melayu yang dirampas oleh British.

Kewujudan kampung-kampung baru berkenaan berjaya mengekang operasi Komunis di Tanah Melayu kerana sebarang bantuan sama ada makanan mahupun maklumat daripada orang Cina, berjaya dikekang oleh British. Bagaimanapun, pengganas komunis MELEPASKAN GERAM terhadap orang Melayu dengan menjarah, mengganas, membunuh dan menyeksa orang Melayu yang tidak mendapat sebarang pembelaan daripada British berbanding orang Cina.

Rancangan Malaysia Ke-10 bakal memberikan peruntukan tersebut kepada penduduk kampung-kampung baru sebagaimana yang dijanjikan oleh Perdana Menteri. Bagaimanapun, ia dipercepatkan dan mereka boleh menikmati kemudahan tersebut pada hujung tahun.

Dikatakan, para peniaga kecil-kecilan kaum Cina yang terdiri daripada penduduk Kampung Baru Cina boleh menggunakan RM100 juta tersebut sebagai kemudahan pinjaman mikro. Penduduk 440 buah kampung berjaya menikmati RM100 juta bagi meningkatkan perniagaan mereka.

Agak-agak penduduk BEBERAPA RIBU BUAH KAMPUNG MELAYU, dapat guna berapa RATUS JUTA RINGGIT pula untuk kemudahan pinjaman mikro sebagaimana yang diberikan kepada penduduk 440 buah KAMPUNG BARU CINA?

Untung! Untung!... Untung sungguh jadi orang Cina... biarpun minoriti, namun mereka menikmati 80% kemudahan dan kekayaan negara!

JOM KITA PAKAT-PAKAT JADI CINA...

4 comments:

Anonymous said...

pemimpin melayu dahulu yg gadaikan malaysia ni kt cina...skrg nk amik balik malaysia ni tggu perang dunia ke3 baru boleh jd mcm tahun 60an.....

1 CINA said...

Org melayu sama org melayu bergaduh cina yg senang org cina kalau bagi pinjam cepat dia bayar kalau org melayu sampai 3x surat amaran masih belum mahu jelaskan hutang habis kerajaan 1malaysia tiada pilihan lagi melainkan menyalorkan bantuan tersebut kepada kaum cina biasa lah bang politik mana yang untung itu yg didulukan org melayu harus ikut cara kaum cina bersatu mereka bersatu tak kira asal mereka sebab itu mereka cepat kaya.HIDUP CINA.

zamsalam said...

Bro..teruskan perjuangan!!

1. Mungkin bila Ekuiti Bumiputera mencapai 30%, barulah boleh tolong cina;

2. Mungkin peranan Bilioneer cina patut diPAKSA tolong balik cina;

3. Mungkin bangsa cina yang menguasai 80% ekuiti ekonomi lebih layak selamatkan bangsa cina sendiri.

4. Mungkin bangsa cina guna kekayaan sendiri bantu bangsa cina yang susah.

5. Kalau ikut % ekuiti, Melayu memerlukan dana melebihi cina.

zamsalam.sabah.

p/s: ..bayangkan Robert Kuok buat pinjam mikro...RM20K?..RM50K?

Anonymous said...

ok jugak ..
Pakat2 tukaq nama la..

cucu tok wan ann seng

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template