Monday, September 6, 2010

Membaca doa vs Berdoa.

Diriwayatkan..doa adalah senjata org2 mukmin..Doa adalah otak ibadat..dan berbagai2 lagi.

Tapi sejauh manakah kita telah asahkan dan tajamkan doa2 kita..sejauh mana telah gunakan dalam perjuangan menghadapi pahit getir hidup ini?

Dah beberapa banyak doa kita hafal dan doa apakah yg menjadi lazim kepada kita?

Umumnya kita letakkan golongan2 tertentu saja yg mustajab doa2nya..makbul doa2nya..golongan pertama kita letakkan alim ulamak, ustaz2 dan seterusnya.
Golongan2 yg mustajab doanya, golongan ni biasanya telah latih diri mereka ngan sentiasa berdoa yakni sentiasa mengasah doa2nya..selalu semayang hajat dalam apa2 urusan mereka..baik urusan dunia maupun akhirat.

Golongan2 biasa yg dikenali sebagai org2 awam mendambakan golongan2 yg disangka mustajab ni..walaupun ada sedikit brbeza pendapat, golongan2 awam sentiasa memberi laluan pada golongan2 yg mustajab-khuatir jika golongan2 mustajab ni enggan doakan mereka!! Jika diludah muka pun, sanggup terima!!

Nabi saw telah diutuskan..dan mengajar pada ummat ni, bahwa Allah swt Maha Mendengar, Allah swt Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang..ummat diajar agar terus berdoa tanpa perlukan sesapa utk doakan mereka. Doa2 org lain hanya sebagai "bonus" atau bantuan pada doa2nya. Ummat diajar "independent"/berdikari tidak mengharap pada sesapa walaupun dalam bab brdoa! Malah Nabi saw beritahu tip2 utk mustajabkan doa, ajar doa2 yg diberkati yg disukai oleh Allah swt, malah Allah swt sendiri telah ajar doa2 tertentu..umum maupun yg khusus..doa para ambiya' trdahulu dan org2 yg soleh..doa2 ni hanyalah panduan kita, yg mana kita perlu sendiri mencari "duduk" kita dalam berdoa.

Kini, kerana keadaan berterusan sedemikian..kita hampir2 menjadi seperti penganut2 agama lain, yg mana hanya "father" atau "tok sami"..apa2 hajat kita ajukan pada golongan2 elit dalam agama ngan upahnya..ada upah utk semayang hajat dsb. Bila trcapainya hajat, maka tersebarlah betapa mustajab doa sipolan, maka brduyun2 org2 awam ni datang mengunjung..ada hajat utk mudahkan jodoh, mudahkan rezki, mudah utk dapatkan kerja, lariskan perniagaan, sembuh dari penyakit yg dideritai dsb. Ada sampai golongan2 ni seolah2 "disembah"..dianggap wali2 Allah swt, mulut mereka masin..dsb. Mengapa perlu kita hinakan diri kita sedangkan Allah swt yg disembahNya yg dipohon hajat2nya tu adalah Allah swt yg sama kita sembah!!

mana Allah swt kita?
__
Bangunlah..asah doa memasing..satu masa nanti kita keseorangan, yg mana tiada siapa yg leh bantu kita utk doakan kita maupun melindungi kita ngan doa2nya. Sentiasa lah berdoa!!

Nabi saw..dari bangun tidur sehingga tidur kembali..penuh diisi ngan doa2. Melihat wajah dicermin, menyikat rambut, menyikat janggutnya, mencelakkan matanya, makan, minum, brjalan, menaiki kenderaan ..apa saja..penuh diisi ngan doa.

Jgn risau makbul atau tidak..yg pasti..Dia mendengar..mendengar suara kita, rintihan kita, aduan kita, kemarahan kita, kekecewaan kita..

Brdoalah lagi dan lagi..sehingga kita rasa hubungan kita nganNya menjadi akrab..akrab sebagai kawan..akrab sebagai sahabat ..lama kelamaan akrab ibarat kekasih.

Bila sampai tahap ni..kita bukan lagi membaca doa, tapi berdoa.
Bila sampai tahap ni..semayang yg kita dirikan penuh ngan bisikan2,aduan2, rindu dendam yg membuak2..
Nabi saw bila dirikan semayang..para sahabat ra leh dengar hati baginda saw mengelegak spt air yg sedang mendidih..aku tak leh bayangkan macam mana keadaannya, dan halnya.
Abu Bakr ra bila dirikan semayang..mereka yg hampir ngannya leh bau daging terbakar!!

Walaupun cara mereka dirikan semayang sama je ngan kita dirikan..bacaan2 sama je ngan kita baca..bilangan rakaat juga sama saja..tapi mereka benar2 "mengadap" Allah swt dan berbicara ngan Nya..

Nabi saw beritahu mahfumnya..sejuk mataku dalam semayang..
Seorg alim beritahu ..keletihanku hilang dalam semayang..
Abu Hurairah dalam kelaparan yg amat sangat..Nabi saw perintahnya dirikan semayang..

Utk capai "hal" ni, keadaan ni...latihlah, asahlah, ujilah doa2 kita setiap hari. sehingga kita benar2 "meminta2" dan "mengharap2"..berbisik2..berkata2..
__
Manusia leh ambik harta kita, leh ubah perlembagaan, leh jatuhkan kerajaan, leh buat apa yg mereka mahu..tapi "hakikat" doa kita tiada sapa leh ambik, malah tenang bertakhta dalam hati.

Hanya sekali tadah..musuh2 Allah swt pasti akan tersembam makan tanah!!

Ni lah rahsia kekuatan kita..nilah rahsia kekayaan kita..ni lah khazanah kita..kita mesti capai dan sempurnakan ayat AQ ni dalam diri kita.."BERDOALAH PADA AKU, NESCAYA AKU PERKENANKAN"

Tapi..kuatkah kita? Kalau dah tahu tak kuat, kuatkan lah..asahlah.. Jgn pandang siapa diri kita, berapa banyak dosa kita, betapa kurangnya pahala dan amalan kita..
Dia Maha Berkuasa..Dia leh perkenankan doa sesapa pun, dan tiadalah ada dosa yg leh halangNya, tiada pahala atau amalan yg leh menundukkanNya..Dia lah Allah!!

Berlatihlah..sehingga hilang sangsi dalam diri..hilang sandaran bila berdoa..hilang harapan dalam berdoa..aku berdoa kerana aku adalah hambaMu yg penuh dosa, kekotoran lagi hina!! Jika kerana dosa dan kehinaan aku, aku berpaling dariMu, maka aku lah yg rugi..
Jika kerana amalku jadi sandaran pada doa2ku, apakah amalan yg leh menyamai kemurahan dan kasih sayangMu padaku..

Aku berdoa kerana Aku..

..jgn lupa, berlatihlah!!

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template