1.2 juta orang akan berhadapan dengan masalah bekalan air yang sangat serius berikutan penutupan pusat rawatan air Semenyih pada pukul 1.40 subuh semalam akibat dicemari air lecek tempat buangan sampah. Kawasan yang dijangka menerima KESAN BURUK KETIADAAN AIR adalah Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Langat.Dalam satu berita yang berkaitan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berpendapat peningkatan permintaan tidak boleh dipenuhi dengan jalan penyelesaian yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Khalid Ibrahim iaitu mengurangkan kadar air tidak berhasil (NRW) kerana ia memerlukan pelaburan dan modal yang tinggi serta berterusan.
Oleh kerana itu, Kerajaan Pusat berpendapat Projek Rawatan Air Langat 2 perlu dipercepatkan. Kerajaan Negeri Selangor menjangkakan negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hanya akan mengalami defisit air pada 2019, manakala Kerajaan Pusat menjangkakan bahawa pada 2012, penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi krisis air yang teruk.
Kerajaan Pakatan Rakyat bagaimanapun, BERKERAS dan BERTEGAS agar projek tersebut hanya dilaksanakan pada 2019. Alasannya ialah, Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor MEMERINTAHKAN Kerajaan Pusat mengambil langkah tertentu seperti mengurangkan kadar kehilangan air tidak bernilai (NRW) dan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH).
Krisis air di Selangor sebenarnya sudah lama bermula. Mungkin ramai yang tidak berasa terseksa kerana kepantasan SYABAS menyelesaikan masalah air di Lembah Kelang, khususnya di daerah Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat dan Sepang. Pencemaran bekalan air mentah ke loji rawatan air di Semenyih sudah berkali-kali berlaku.
Ketika Selangor di bawah Barisan Nasional dahulu, ada perancangan untuk menutup loji rawatan air di Semenyih memandangkan kos yang terlalu tinggi untuk melakukan rawatan air. Sebaliknya air mentah diperolehi dari Pahang menerusi Projek Langat.
Bagaimanapun, selepas Pakatan Rakyat mengambilalih, kerajaan yang KUNUN-KUNUNNYA SANGAT PRIHATIN kepada rakyat itu, telah MEMBATALKAN PROJEK berkenaan. Sebaliknya tindakan dan desakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti yang didedahkan, menunjukkan SELERA pentadbiran Selangor dari Pakatan Rakyat untuk memastikan projek pemantauan dan penyelenggaraan menerusi kadar kehilangan air bernilai (NRW) bagi kaum kerabat dan kroni....
Hanya kerana keuntungan itulah, penduduk Selangor perlu berhadapan dengan KRISIS air yang teruk....
Terima kasih PAKATAN RAKYAT!!!!


0 comments:
Post a Comment