PUTRAJAYA 6 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mempersoalkan perkara-perkara yang sudah disepakati oleh para pengasas negara khususnya Perlembagaan Persekutuan yang berdasarkan kontrak sosial di antara kaum.
Perdana Menteri juga meminta rakyat untuk sentiasa mengelakkan diri daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum-kaum lain.
Beliau menegaskan perkara itu merupakan aspek penting dalam menjiwai gagasan 1Malaysia dan dapat menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.
Najib yakin jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan 'suhu panas' yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.
''Kita semua selalu sebut tonggak negara ini adalah perpaduan nasional dan kestabilan politik dan ini akan terancam kalau kita tidak dapat menguruskan perhubungan kaum dengan begitu baik.
''Sebab itu gagasan 1Malaysia amat perlu difahami, dihayati serta diamalkan dan sehubungan itu saya harap para penjawat awam dapat menjiwai konsep 1Malaysia dalam apa saja perkara yang kita lakukan," katanya.
''Ingatlah bahawa menjadi tanggungjawab kita memelihara negara untuk anak-anak dan cucu-cucu kita, jangan yang elok menjadi retak dan jangan yang sudah bersambung menjadi putus.
''Dalam menyambut Aidilfitri dengan konsep rumah terbuka yang unik di Malaysia, kita bukan sahaja hendak 'membuka' rumah tetapi lebih penting membuka hati dan minda kita," katanya.
-sedutan dari utusan.
Dah 53 tahun merdeka, perlu lagi ke beri peringatan!!
Takkan ikut jejak langkah Menteri KDN yakni AMARAN demi AMARAN!!
Org senior macam Lim Kit Siang, perlu ke bagi peringatan?
Nurul ahli Parlimen, perlu ke beri peringatan?
majlis Peguam, Ketuanya..perlu ke beri peringatan?
kalau rakyat yg biasa ni, ok ler..pasal kurang arif tentang perlembagaan..malah hampir 3/4 rakyat malaysia tak tahu.
Aku rasa kakitangan kerajaan pun ramai tak tahu..
Aku baru je tahu pasal artikel tentang hak keistismewaan trsebut tahun lepas..dan umur aku dah masuk kedalam era 50'an.
Org2 politik, peguam, dan kononnya bijak pandai mereka leh terjemahkan "perkataan2" tertentu yg boleh bawa brmacam2 kefahaman..
Perbalahan dan persengketaan dalam Islam pun kerana permainan2 "perkataan" dari hadis dan AQ..tafsir ikut berbagai gaya dan kefahaman.
eloklah cegah sebelum parah..
- selamat raya, maap zahir & batin
Cuepacs urges Govt to upgrade 50,000 civil servants under Grades G17, G22,
G26
-
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil
Services (Cuepacs) wants the grades of about 50,000 civil servants in the
technic...
32 minutes ago


0 comments:
Post a Comment