UMNO menolak PERKASA dan perjuangannya!
Bunyinya seperti anjing menolak tulang untuk dikunyah!
Sesebuah pertubuhan diwujudkan hasil daripada perangkuman pelbagai pihak dan individu. Sejarah UMNO juga tidak berubah. UMNO diwujudkan hasil gabungan lebih 200 orang pemimpin Melayu dari pelbagai sudut perjuangan serta ideologi mereka yang mewakili 41 buah pertubuhan. UMNO tidak ditubuhkan menerusi idea perseorangan.
Namun apabila para pemimpin UMNO zaman UMNO berada di 'hujung umur' berlagak bagaikan pokkei yang cuba mengembangkan tengkuk apabila melihat ular tedung, tindakan mereka sebenarnya lebih mempercepatkan kehancuran UMNO. Malahan menuduh mereka sebagai agen musuh UMNO serta musuh di dalam selimut juga bukanlah keterlaluan lagi. (Baca DI SINI)
Ketika PAS merangkumkan kekuatannya daripada pelbagai persatuan dan pertubuhan yang berjubah Islam, ketika DAP mendapat kekuatan daripada keaktifan dan promosi NGO-NGO yang dilihat memperjuangkan hak asasi manusia, UMNO memilih jalan berundur semata-mata untuk MEMPERTAHANKAN PENDAPAT bahawa mereka masih kuat.
Satu tindakan yang SAH-SAH tidak matang!!!
Tindakan UMNO mengenepikan pengaruh PERKASA mahupun mana-mana NGO lain seperti PPIM, sememangnya tidak sukar untuk diteka. Tindakan penolakan tersebut akan menjadi lebih ketara jikalau pemimpin NGO terbabit seorang yang terkenal dan idealistik. Yang paling kuat melompat dari dalam UMNO adalah pemimpin bahagian yang mula akan menjalankan pelbagai jarum fitnah dan hasutan bagi memastikan jawatannya tidak lepas dari tangan setelah mendapat tahu ada pemimpin dari NGO yang lebih terkenal daripadanya.
Mungkin ada baiknya juga para pemimpin UMNO seperti Nazri Aziz dan Tengku Adnan Tengku Mansor memberikan ULASAN TERKINI tentang GPMS (Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung) yang dikatakan akan memainkan peranan yang lebih aktif dalam politik negara, terutama setelah melihat kepincangan parti-parti politik yang mewakili Melayu marhein. GPMS dikatakan akan mula campurtangan dan meletakkan calon-calon mereka yang berjenama BEBAS di beberapa kerusi di utara Semenanjung, terutama sekali Kedah.
Jiwa UMNO semakin mengecut kerana keperluan mereka untuk menjaga undi Cina. Dan seperti yang dikatakan oleh Ibrahim 'The Katak' Ali, kalau UMNO perlu sangat menjaga undi Cina, biarlah NGO seperti pertubuhan pimpinannya, PERKASA menjaga undi Melayu. Ungkapan tersebut sememangnya sudah lama dilaungkan oleh majoriti Melayu yang sakit mata dan sakit hati melihat kelaku para pemimpin UMNO YANG TIDAK SEDAR DIRI.
Bayangkan sekolah agama rakyat, dibantu tidak sampai tiga ratus ribu ringgit. Tapi sekolah vernakular terutama sekali sekolah Cina diberikan bantuan lebih RM1.5 bilion ringgit bagi memastikan sokongan mereka kepada BN, walhal sokongan tersebut tidak diperolehi pun....
UMNO akan mendapat nasib seperti Pak Kaduk - menang sorak kampung tergadai... ayamnya menang bersabung, baju seluarnya koyak rabak - jikalau para pemimpin UMNO yang berfikiran jumud dan hanya memikirkan tentang kepentingan diri seperti yang disebutkan di atas, dibiarkan berleluasa dan berhayat panjang di dalam UMNO.
Perlu diingat, UMNO tidak dibangunkan untuk para pemimpin seperti NAZRI AZIZ, TENGKU ADNAN, NAJIB ABDUL RAZAK, HISHAMUDDIN HUSSEIN, KHAIRY JAMALUDDIN yang kehidupan mereka adalah kebangsawanan dan mereka tidak pernah hidup bermandikan kesusahan, sebaliknya matlamat asal penubuhan parti berkenaan adalah memartabatkan Melayu di samping menyuburkan agama di dalam hati para ahlinya. Pemimpin-pemimpin yang bergolongan dan berorientasikan kebangsawanan seperti yang terdapat di dalam UMNO sekarang, wajar diterajang keluar dari kerusi kepimpinan. Bahkan mereka tidak wajar dibiarkan bergelar pemimpin kerana apa yang mereka lakukan hanyalah dalam ruang lingkup kebangsawanan mereka semata-mata.
Kita tidak perlulah membicarakan tentang PAS dalam hal ini kerana masing-masing semua sudah maklum benar bahawa NAZIR DAN PENGAWAS PAS adalah para pemimpin DAP. Kalau para pemimpin PAS bercakap tentang Islam, Islam tersebut harus 'DILULUSKAN' oleh DAP... jadi secara automatiknya, PAS yang tidak sedar tentang kekuatan mereka sendiri, TERTOLAK!!!!


2 comments:
Itupun ngko masih bodoh nak undi UMNO-BN
UMNO MESTI JADI "ULTRA MELAYU"
1. Pemimpin BN dari UMNO hanya boleh wujud apabila mereka ini ada sikap ekstrimis Melayu. Fakta sejarah menunjukkan "ekstrim" melayu sebenarnya cenderung ke arah kebaikan.
2. Pemimpin Bangsawan ini terkeliru dengan peranan UMNO. Mereka lupa dalam keadaan "Ultra Melayu" orang melayu telah banyak menyelamatkan maruah orang Cina dan India.
3. Hanya apabila "Ultra Melayu" barulah BN dapat ditadbir dengan berkesan. Rujuk fakta sejarah.
4. Menafikan "Ultra Melayu" pada ketika muncul "Ultra Cina India" bermakna melemahkan BN itu sendiri...
..bangsawan oh bangsawan.!!
zamsalam.sabah.
p/s: mungkin cara "kampungan" boleh menyelamatkan keadaan bila sudah tiba saatnya.
Post a Comment