Tuesday, October 5, 2010

ALAHAI MENTERI BESAR KEDAH OIII....

Hang sepak kut belah mana pun, tarif air di Kedah dah naik pun. Pusing kaleh kut belah mana pun, harga ayaq paip Kedah dah naik. Hang pulaih kepala paip dan yang keluar tu angin macam kentut juboq bobos pun, harga ayaq tetap naik.... dah tak boleh nak buat-buat apa lagi dah...

Bagi yang rasional, kenaikan tersebut diterima dengan berlapang dada. Tapi bagi yang berakal, pasti akan teringat semula dengan janji-janji sebelum Pilihanraya Umum Ke-12 yang membabitkan air.

Ostat kita dah PUSING KELILING untuk menepis segala 'tohmahan jahat UMNO' kerana keputusannya untuk menaikkan tarif air dengan persetujuan Kerajaan Pusat. Sekalipun pada mulanya orang-orang bawahannya yang berotak secoet menyalahkan Kerajaan Pusat kerana kenaikan tersebut, Ostat kita akhirnya 'menjelaskan' perkara sebenar.

Menurut Warta Darul Aman, kenaikan tarif air tidak dapat disekat-sekat lagi kerana kerajaan terdahulu yang terlalu 'bijak' menolak Geran bantuan Perkhidmatan Sosial Kerajaan Persekutuan sebaliknya memilih pinjaman untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pembekalan air di seluruh Kedah. Akibatnya hutang bertapuk-tapuk dan yang terpaksa menanggungnya adalah kerajaan sekarang...

Itu kata Ostat kita laa...

Setelah lebih dua tahun, akhirnya Ostat kita baru nak dedahkan taktik menolak Geran kerajaan Persekutuan dan memilih pinjaman? Kenapa Ostat tak dedah awal-awal lagi supaya Ostat dan kerajaan Ostat tidak dipersalahkan? Kenapa selepas kena balun teruk-teruk, akhirnya Ostat menjelaskan keadaan ini?

Ostat fikir, penjelasan Ostat boleh diterima? Kalau kaum kerabat PAS dan PKR Kedah, cakaplah apa pun, hatta turun perintah dari langit pun, depa akan mengimaninya tanpa ragu-ragu. Ahli-ahli PAS dan PKR tak jadi masalah sebab depa adalah PENGANUT PENDUSTAAN.

Ostat kita barangkali sudah terlupa, antara salah satu sebab UMNO Kedah kalah dan kehilangan negeri itu adalah kerana faktor Det Khalid. Jangankan orang PAS, orang UMNO sendiri pun hampir 90% meluat dengan Det Khalid dan ingin dia tersingkir daripada tampuk pentadbiran Kedah. PAS dan Ostat menang di Kedah bukan kerana kekuatan PAS tetapi kerana perasaan menyampah tahap gaban terhadap Det Khalid dan UMNO Negeri.

Apa perlu Ostat mencontohi perangai ikut kepala sendiri seperti yang diamalkan oleh Det Khalid dan pentadbirannya dulu? Kalau dah tahu, Menteri Besar dulu kaki cangkuk, yang Ostat sendiri pun duk pi cangkuk juga pasai apa? Ostat kata, PAS lebih bijak dalam menguruskan sumber alam tetapi nampaknya PAS juga tidaklah sebijak mana pun, malah nampak dah jadi hamba kepada taukeh-taukeh besar.

Ni dah nak masuk tahun ketiga dah, Ostat.... sampai bila lagi Ostat nak tunjukkan keupayaan sebenar PAS Kedah mentadbir negeri? Takkan asyik nak salahkan Menteri Besar terdahulu saja? Ada mangkuk begitu kembang dengan pelaburan baru di KHTP dan mendakwa itu adalah kerja mereka, hakikatnya kerja-kerja memasukkan pelaburan baru ke KHTP adalah kerja-kerja Pusat...

6 comments:

Kamal Sanusi on October 5, 2010 4:30 PM said...

Inilah dia kalau semua nak dipoliTAIKkan demi kepentingan peribadi.

Tang tarif letrik dan sistem bil anggaran yg TNB buat, tak der siapa pulak yg komplen, hingaq bagai anjing menyalak bukit?

Tang SYABAS nak saman Kerajaan Sngor sbb tak mau penaik tarif ayaq, tiada pulak mangkuk hayun pi komplen dan hingaq.

Mai tang Kedah naik tarif ayaq, kecoh satu donia.

Apa punya tur la manusia begini...

Wakakakakakakaa.........

CUCU TOK WAN on October 5, 2010 5:33 PM said...

Saudara Kamal Sanusi barangkali TERLEPAS PANDANG tentang SYABAS dan tariff air di Selangor...

Saudara Kamal Sanusi barangkali tidak jumpa kut kemarahan orang ramai terhadap TNB dan sistem anggaran depa...

Atau saudara hanya tutup mata dan mengamalkan perangai tidak segan silu pemimpin Pakatan Rakyat yang akan mengungkit sejarah sekalipun sejarah itulah yang depa dah buat... contohnya macam ANWAR IBRAHIM....

Kamal Sanusi on October 6, 2010 9:31 AM said...

Saya bukan terlepas pandang bro, cumanya kenapa berita sebegini tidak disiarkan ajer... Malah di dalam 1001 punya blog pun tidak kedengaran cerita begini.

Sebab itulah saya katakan semuanya hanya poliTAIK kerana Kedah bukan berada di bawah pentadbiran KERAjaan idaman Cucu Tok Wan.

Sama jugak dulu, kecoh bila Kerajaan PR Perak beli Camry, kecoh satu dunia tapi KERAjaan Ganu kiter beli M-Benz dan Sabah beli Volvo S80, kureng malah tiada langsung berita disiarkan.

So, janganlah kita merendahkan martabat dan maruah kita memperjuangkan sesuatu yg hanya akan merugikan kita sebagai bangsa meLAYU yg hanya menampakkan keBODOHan diri sendiri yg mudah diperBODOHkan. Agaknya, kalo Sgor menaikkan tarif air, adakah suku sakat Cucu Tok Wan akan membuat protes begitu? Mungkin tidak, I don't know...

Last but not least, kenapa gerun sangat dengan nama Anwar Ibrahim tu? Kan dia tu seorang peliwat dan bekas banduan. Jadi kenapa dilayan dan gentar setiap kali beliau mengutarakan sesuatu kenyataan?

Well, in this issue, I'll rest my case due to my perception that your inability to think open and wisely.

Kwang kwangg kwanggg...

Rempahman said...

bro kamal, pasai kereta ni kita buat hingaq ada sebab dia.
kerajaan PR konon konon mai dok bawa cerita depa ni golongan yang tak suka membazir, depa golongan yang berjimat cermat, jimat kepala butoh apa pi beli Camry, pasai cakap tak serupa bikin kita buat hingaq, nak bagi kaldai kaldai nampak perangai menanah pemimpin depa. kalau tak buat hingaq kaldai kaldai yang dok ada kebanyakan bukan reti apa2

kahkahkah.

Anonymous said...

En Kamal ni macam cerdik, tapi, dia ni tak faham isu le!!

No wonder ler dia penyokong totok Anwar!! RM1 je..

Anonymous said...

wt pe kalo jd pmimpin nk mylahkn org laen wlpown kte thu y kbnran....x kn nk ambk hti rkyat ngan nk buruk2kn org laen...tenung2 kn la

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template