Phahrolrazi Zawawi, Pengerusi Jawatankkuasa Pembangunan Luar Bandar, Membasmi Kemiskinan, Kerja Raya, Pertanian Asas Tani, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga (umangggg aihhhh.... banyak bidang kerja... patutlah tak efisien langsung!!!!) berkata, Kedah akan menjadi negeri pertama di Malaysia yang menggunakan sistem seorang pekerja sebuah lori sampah. (BERNAMA)Dengan mengambil kira pengalamannya melancong di Australia, Phahrolrazi berkata, sistem yang digunakan di Australia merupakan sistem terbaik yang boleh digunapakai di seluruh Kedah memandangkan ia mengurangkan penggunaan buruh.
Seandainya sistem tersebut digunapakai di Kedah, setiap buah rumah perlu menyediakan tong sampah berukuran 120 liter sendiri bagi memudahkan lori memungut sampah. Projek itu akan dimulakan di Alor Star terlebih dahulu yang lebih dikenali sebagai BANDARAYA SAMPAH ALOR STAR.
Barangkali Phahrolrazi tidak menyedari, tahap kesedaran rakyat Malaysia, khususnya penduduk di Kedah tentang amalan kebersihan sebenar dan sampah, TERSANGATLAH MENYEDIHKAN. Terlalu ramai sebenarnya yang masih lagi bersikap 'TIDAK APA' tentang sampah dan kebersihan. Malahan Exco sendiri pun, ramai yang menganggap TIDAK APA dengan sampah-sarap yang berlambak-lambak di Alor Star. Sebabnya, selepas PAS mengambilalih pentadbiran negeri Kedah, TIDAK SEEKOR Exco Kedah yang baru pun yang menitikberatkan tentang kebersihan, sebaliknya lebih sibuk dengan kempen pilihanraya dan ceramah perdana.

Untuk mewujudkan satu sistem baru, Phahrolrazi perlu memujuk Menteri Besar Kedah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk MENDIDIK RAKYAT KEDAH, khususnya penduduk Alor Star tentang kebersihan. Setidak-tidaknya, TERUSAN WAN MAT SAMAN tidak lagi menjadi tempat pembuangan sampah dan Sungai Kedah bukanlah longkang besar sampah.
Cadangan Phahrolrazi untuk menukar sistem sampah dengan mengurangkan penggunaan buruh, sebenarnya tidak lebih daripada satu lagi alasan mengapa pentadbiran PAS Kedah tidak berjaya mentadbir negeri itu secara lebih baik berbanding UMNO/BN dahulu. Sistem yang duk ada sekarang pun tak berjaya, Phahrolrazi sudah bercita-cita untuk menggunakan sistem baru....
Syarikat kaum keluarga Azizan yang mana pulak bakal mendapat konsesi membekalkan bekas sampah 120 liter itu nanti? Kaum kerabat, sepupu sepapat Azizan Abdul Razak mana pula yang akan mengetuai sistem baru itu?
Seharusnya Phahrolrazi menjelaskan tentang kegagalan pihak berkuasa tempatan menangani masalah sampah di Kedah, sedangkan cukai tanah, cukai pintu, cukai jamban dan segala macam cukai yang lain, tidak pun dikurangkan walhal perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat jelata, TERSANGATLAH TERUKNYA... apa, semua duit cukai tu, dijoli katak oleh kepimpinan PAS Kedah ka?
Kalau dah susah sangat, suruh saja Mahfuz Omar duduk dalam kerajaan negeri Kedah... dia tentu ada banyak idea apatah lagi dia selalu sangat tunjuk yang dia lebih pandai daripada orang lain....



5 comments:
Apa nak kata lagi kalau dulu mahpus macam naga nak telan menyerang MBAS kerana sampah semasa BN perintah. Kini bila mereka perintah, perkara itu bertambah-tambah menjadi jadi dan terlalu parah.Kita lihat kini kat Jitra pun parking kena bayar. Kat Alor Staq silap sikit parking surat cinta ditulis. Pikio sikit geng mahpus hooi sediakan dulu cukup2 parking. Kalau tak ikut juga baru saman. Dasar jin hisap darah manusia maaf kasar sikit tetapi itulah bahasa paling terbaik untuk renungan .
Sedangkan dalam islam sekalipun disuruh titik beratkan kebersihan kerana ianya termasuk suruhan islam. Kita lihat rumah pemimpin PAS semakin cantik dan indah dengan kereta berjenama mewah. Hebatkan, baru berapa tahun perintah kalau 50 tahun semuanya macam istana dan khadam berpuluh orang. Itu bukn rasuah tetapi pemberian.
Sampah sehingga hampir seminggu baru kutip. Bukan main kini semuanya swasta...... duit banyak tuuuuuuu. Siapa dapat habuannya.... Rakyat habuannya kena bayar cukai dan kalau tak bayar sita... Inilah dia seperti drama seri wangi. Mungkin itu bau kesukaan PAS. Bukan saja ulat, bau hampir semuanya hijauuu tak percaya kesukaan lalat hijauuuu. Rakyat terkiau-kiau seperti anjing salak bukit.... Nasib labu......
Salam,
kepimpinan yang buruk selalu datang daripada pemimpin-pemimpin yang buruk... Undi PAS = Undi Sampah...
Dia silap... Mentaliti orang kita tak sama dengan orang luar. Aku dah menetap lama kat US. Memang kat tempat aku tinggal satu lori seorang driver. Dia guna lori yang ada automated-machine-hand driven yang mana akan mengangkat tong sampah yang berada ditepi2 jalan sahaja. Namun perlu diingat, kat Malaysia kaki songlap ramai. Jangan kan tong sampah akan hilang, sedangan meter air, besi longkang pun orang sapu. So lu pikir, sistem ni boleh jalan ke kat sini.... Sampah ni perlu penyelesaian segera... Dulu kawasan aku tak pernah kena jalan ke luar main road untuk buang sampah. Tapi semenjak PAS ambil alih ni, dah 2 tahun, kami yang duduk di sekitar Taman Pinang Jaya, Bukit Pinang kena angkut sampah dari rumah ke main road sendiri. Gila punya sistem... Dulu lori sampai kat belakang rumah... Apa dah jadi ni...
Idea memang bagus tapi cuba la pikir secara rasional mengapa negara kangaroo tersebut berjaya dan sukar buat kita untuk melaksanakannya di sini.
Pertama-mentaliti penduduk di sana yang mementingkan kebersihan...penduduk kita? Lu pikirla sendiri!
Ke-2- Trafic jam bukanlah masalah besar di ostolia Itu pasal tukang angkut sampahnye boleh take time sambil bersiul2 mengangkat sampah. Ye la kan..dia sorang je buat keje. Tak perlu rushing sebab takde siapa nak marah bila lori compactor dia makan separuh jalan nak angkut sampah. Pengangkut sampah di negara kita tak boleh buat camni sebab masa itu emas. lambat sikit alamatnye bingit la telinga kena hon atau maki orang yang nak cepat pegi keje. Bilangan pengangkut sampah yang ramai diperlukan untuk kerje2 yang pantas (sebab takut kena maki!)
ke-3- penguatkuasaanya tip-top. Kita? banyak sangat tangan ghaib! tegur salah, tak tegur pun salah.
ni je yg aku boleh pikir akan sebab musababnye base pada pemerhatian aku pasal aku pun penah melawat jugak ke sana & tengok dengan mata kepala sendiri pasal sistem angkut sampah guna sorang pekeje nih!
salam...
kekal kn je la sistem skrg. pggunaan pkerja yg rmi akn buatkn problm pengangguran bkurang. biar keje kotor, asalkn halal. Allah pn redha. xyah la rakyat kedah berhijrah nk cari keje ke negeri2 lain.
Post a Comment