Suatu ketika, The Flying Kick telah menerima SMS daripada seseorang yang memaklumkan tentang penyiaran video skandal seks seorang PEMIMPIN KANAN sebuah parti berjenama Islam di Internet. Bagaimanapun, orang yang berkenaan tidak meneruskan niatnya.Namun kes ini kembali semula. Kali ini didedahkan oleh PAPAGOMO yang menyebut namanya secara berkias-kias. Malah daripada reaksi dan cabaran yang ditunjukkan oleh PAPAGOMO di dalam tulisannya, ternyata dia memiliki sesuatu yang sifatnya lebih kurang macam bukti yang dimiliki oleh pendakwaraya dalam kes Anwar Ibrahim liwat Saiful sehingga Anwar Ibrahim tidak berminat hendak meneruskan perbicaraan sebaliknya berusaha untuk menggugurkan kes berkenaan dengan cara melengah-lengahkan perbicaraan.

Bagaimanapun, dalam kehangatan blog-blog PENJILAT PAKATAN RAKYAT sedang memainkan isu ISLAMAPHOBIA Mahathir, terutama tentang SUP TANGAN, KUDUNG ABIS, CUKUR JANGGUT sehinggalah keresahan Mahathir melihat kopiah putih dan warna hijau, muncul lagi satu skandal yang sangat MENGGEMPARKAN.
Skandal kali ini melibatkan tokoh yang sama yang dikaitkan dengan kes menutoh jubor jantan. Kali ini berlaku di Johor, di Pulai Spring Resort membabitkan seorang tukang urut jantan warganegara China. Kali pertama kes ini didedahkan ialah di blog ANWARPEMBOHONG.
Khabar yang sampai, perbuatan berkenaan telah dirakamkan oleh seseorang. Rakaman berkenaan akan dijadikan bahan bukti. Bagaimanapun usaha memujuk pemuda warganegara China itu untuk memberi keterangan, sedang dilakukan oleh beberapa pihak.
Nyatanya, kali ini ia bukan lagi seperti kes sebelum 1998 lalu yang hanya terpaksa berpandukan kepada keterangan. Sebaliknya ia membabitkan rakaman video dan audio selain gambar-gambar 'still' digital dan hard-print.
Tidak menghairankan bagaimana Azmin Ali MELAKUKAN SERANGAN BIADAP terhadap Tun Mahathir, manakala pasukan sekutunya pula terpaksa menimbulkan pelbagai isu yang sekali imbas seolah-olah membabitkan isu keselamatan negara, sedangkan hakikatnya sedang berusaha menyibukkan pelbagai pihak dan mengalihkan topik yang memalukan ini daripada didedahkan dan diketahui masyarakat awam.
Di pihak Pakatan Rakyat, blogger-bloggernya sedang sibuk mengeluarkan surat-surat YANG SUDAH PUN DISAHKAN palsu untuk memburuk-burukkan Mahathir dan UMNO termasuklah surat yang KUNUN-KUNUNNYA permohonan bantuan oleh Mahathir kepada Perdana Menteri Israel. Antara surat yang paling popular sedang beredar sekarang, adalah surat 'arahan' Khalil Yaakob yang ketika itu menjadi Setiausaha Agung UMNO. Surat berkenaan disahkan palsu di mana keseluruhan isi surat berkenaan telah ditulis oleh si pemalsu yang kurang pandai berbahasa Melayu.



7 comments:
kalau ada video post je kat youtube, tak perlu masuk mahkamah, nanti mr. ahem tu akan tunda-tunda cat, biar rakyat je yang menentukan.
sure lari tak cukup tanah mr. ahem tu
Panas..Panas...
Tak sabar tunggu pendedahan dari yang mengetahui..
Salam 1Malaysia, saya fikir rakyat tak berapa kisah sangat pon dgn pendedahan skandal ni,rakyat sebenarnya bukan yakin dan percaya sangat dgn PR ni, tetapi rakyat amat bosan dgn pemimpin umno yg kurang mesra rakyat,kalau tak percaya buatlah risikan sejujurnya pada rakyat akar umbi termasuk kakitangan kerajaan sendiri, terlalu banyak perkara dan keputusan yg meragukan rakyat. Rakyat terbanyak tertarik dgn sikap pemimpin PR yang bijak mengambil peluang utk mendekati rakyat dan lebih mudah didampingi oleh rakyat terbanyak berbanding pemimpin BN yang mana para pembodek sang pemimpin telah membina pagar kawad berduri yang telah menghalang rakyat dari mendekati sang pemimpin, wallahualam. hidup UMNO!!!
Assalammualaikum Tuan...
Persoalannya sekarang, beranikah Din Puduraya menghadapi sudut-sudut sukar ini untuk dia melepaskan diri....
Sesungguhnya, aku agak kagum dengan Din Puduraya nie....
Dia orang ni ada "escape clause".
Pelaku tak salah...Yang salah ialah Umno....
Semua salah Umno...
Mungkin Umno kena tukar nama gamaknya....
INSAC
Memang umno kena tukaq nama kerana pada masa sekarang ni umno adalah seperti berikut:
U= u laa..
M= must
N= not
O=object
Sebab itulah semua ahli um-NO macam lembu kena tarik hidung, tak buleh nak bangkang langsung apa yg kepimpinan depa buat sekalipun menjejaskan bangsa sendiri. Sapa bising ajer, gerenti terdiam lepas kena sumbat ngan kain pelikat, sejadah atau sekupang dua.
Wakakakakaka...........
En Kamal,masa tulis tu, jengok2 ler cermin..har har har
Post a Comment