Tuesday, October 5, 2010

Antara ketokohan berpolitik dan "berpolitik"

Ada perbezaan yg ketara dalam kedua2 hal ni..berpolitik dan "berpolitik".

Tokoh2 spt Allahyarham Tun Abd Razak, Allahyarham Tun Dr Ismail..begitu juga ngan Tun Ghaffar Baba..dll. Tokoh2 yg masih hidup spt Tun Mahathir..jelas terserlah dan jasa2 mereka tidak dapat dinafikan..

Mereka tetap dihargai dan dihormati oleh lawan dan kawan..malah masih disebut2 akan jasa2 mereka. Kegigihan mereka..kesungguhan mereka..pencapaian mereka..merupakan satu lagenda, dan hampir semua rakyat Malaysia menikmati jasa2 mereka.

Tu tokoh2 berpolitik..masa hayat mereka dikagumi, gitu jua selepas hayat mereka. Mereka benar2 spt kata pepatah..mati harimau meninggalkan belangnya, mati manusia meninggalkan namanya..nama yg harum!!

Tokoh2 "berpolitik" ni ramai jugak..dari sembang2 kedai kopi..sehingga pada tahap sembang2 Parlimen..
Ada tokoh2 "berpolitik" ni berjaya hingga ke tahap TPM, menteri2, jadi ahli Parlimen dan juga jadi ahli Dewan Undangan Negeri.

Mereka ni terkenal ngan "slogan2", cakap2nya, dan ramai yg terkesan dan terpengaruh walaupun sedar tiada apa2 sumbangannya pada mereka dan umumnya rakyat Malaysia..

Keja mereka saban hari ialah memikirkan apakah slogan yg istimewa dan ada "ommp" dan yg leh jadi popular..

Biasanya matinya mereka ni umpama tiada bernisan..kerana nama mereka akan abis ditelan masa, kerana populariti mereka adalah semata2 kerana slogan, bukan jasa. Popular masa hayatnya, tapi lenyap selepas hayat mereka.

Penentangan mereka pada satu2 isu bukan semata2 kerana rakyat, atau negara..tapi sekadar "berpolitik".



Bila ditanya bagaimana tindakan2 yg mereka suarakan dulu..alasannya spt biasa, tindakan akan dibuat bila pada masa yg sesuai..tindakan akan dibuat bila diberi mandat sepenuhnya yakni bila berada diPutra Jaya. Walaupun dah menguasai beberapa negeri, tapi masih tak dapat buat apa2..kerana halangan dari kerajaan pusat. Alasan yg biasa diberi dan diterima ngan hati yg lapang oleh penyokong2nya. Penyokong2nya akan bekerja sungguh2 sehingga tertawannya PutraJaya..( Putra Jaya pernah dikutuk dan ditentang hebat oleh mereka2 yg "berpolitik" dan kini brcita2 pula utk mendudukinya) Penyokong2 mereka disifatkan sebagai bijak, brfikiran luas dan matang..yg tak bersetuju pula dikatakan totok, bodoh, berfikiran sempit atau telah dikongkong oleh kerajaan khususnya UMNO. Pempin2 MCA, dan pempin2 MIC serta kepempinan parti lain dalam BN juga didakwa telah dikongkong oleh UMNO.

Ada juga mereka yg tak mahu digelar totok, bodoh, brfikiran sempit..menyokong ahli2 yg "berpolitik" walaupun sedar tak dapat apa2 faedah pun. Dah masih melukut ditepi gantang BN..

RPK (yg masih tak dapat dikesan oleh polis) leh berdrama brsama2 Anwar..dipentas "politik" kononnya tak mahu beri sokongan pada pembangkang lagi kerana tak brpuas hati dengan "performance" kerajaan PAKATAN..( ooo selama ni buat portal trsebut adalah utk pembangkang dan bukannya utk negara Malaysia)..yg sioknya..Anwar ngan selamba brkata pembahuruan tak dapat dilakukan kerana masih tak dapat Putra Jaya..pendengar2 angguk2 dan yg membaca menerimanya bulat2..termasuklah En Kamal Sanusi (satu2nya melayu yg rajin dan bijak).

Rakyat dah matang, citernya..tapi hakikatnya..masih ramai yg sukakan mereka2 yg "berpolitik" dari yg berpolitik..

Hakikat kehidupan..



-aa

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template