1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, October 30, 2010

CINA JUGA YANG JADI DALANGNYA!

Saturday, October 30, 2010
Di China, beberapa buah universiti di negara tersebut telah meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan para pelajar daripada mengambil bahagian dalam protes anti-Jepun. Hubungan antara China dan Jepun tegang berikutan penahanan nelayan-nelayan pukat tunda China di kawasan perairan Laut China Timur.

Pelajar-pelajar China sebelum ini telah mengkritik kerajaan kerana telah mengehadkan pergerakan mereka selama lebih tiga minggu.

Pihak berkuasa Universiti Teknologi Chengdu bagaimanapun berpendapat para pelajar harus berada di kampus pada penghujung minggu agar mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian dan lebih cemerlang dalam pelajaran mereka. (MySinchew)

Itu di China. Di Malaysia, para pelajar Cina sangat jarang terbabit dalam politik kampus mahupun politik negara, sebaliknya mereka lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran sekaligus mengekalkan mereka sebagai pelajar-pelajar terbaik dalam hampir kesemua bidang pengajian di universiti-universiti awam dan pusat pengajian tinggi tempatan.

Kelompok pelajar yang paling sibuk hendak berpolitik adalah pelajar-pelajar Melayu yang rata-ratanya berjaya masuk universiti kerana status BUMIPUTERA, bukannya kerana MERIT. Sesuatu yang sangat menarik kalau dibandingkan dengan pihak berkuasa China, pihak berkuasa Malaysia hanya mengenakan tindakan yang sangat RINGAN kepada para pelajar Melayu yang terbabit dalam politik.

Cuma yang agak aneh ialah, di Malaysia, pemimpin-pemimpin Cina pula sibuk menghasut pelajar-pelajar Melayu agar terlibat dalam politik menerusi tentangan terhadap AUKU selain sokongan daripada pemimpin Melayu yang terdesak untuk mendapat sokongan golongan pelajar.

Yang tak berapa aneh pulak, pelajar-pelajar Melayu yang relatifnya sangat lemah dalam semua bidang pelajaran, BEGITU BERIYA-IYA dan BERSUNGGUH-SUNGGUH hendak membuktikan mereka bijak berpolitik dan mahukan kebebasan.

Tang bab biasiswa dan pinjaman pelajaran, tak pula mereka minta agar dibebaskan oleh kerajaan iaitu kerajaan tak perlu keluarkan biasiswa dan pinjaman pelajaran lagi... yang duk buat sekarang ni, minta diskaun agar pembayaran balik lebih kecil berbanding nilai pinjaman, adalah!!!


0 comments:

Blog Archive

Labels