Kemelut terbaru dalam PKR sudah pun bermula. Nurul Izzah bakal diberikan laluan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden PKR oleh pesaing terkuat Azmin Ali, Zaid Ibrahim. Sekaligus menunjukkan perpecahan sokongan yang berpihak kepada Azmin Ali sekiranya Nurul Izzah Anwar benar-benar terlibat dalam perlumbaan kuasa itu.Dan barangkali menyedari penyusutan ketara sokongan terhadapnya, Azmin Ali cuba memberikan 'nasihat' kepada Nurul Izzah. Bahkan ia sebenarnya adalah AMARAN KERAS sekiranya Nurul benar-benar terlibat dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR. (Malaysian Insider)
Kerana itulah, Azmin menyatakan, dia tidak terkejut sekiranya PKR dituduh sebagai Parti 'Dinasti Keluarga'. Seolah-olah selama ini, parti berkenaan dijalankan dan diuruskan seperti parti-parti seperti PAS dan UMNO walhal sama seperti DAP dan Parti Komunis Korea Utara, ia hanya melibatkan keluarga untuk hierarki teratas.
Apa yang Azmin mengarut kalau pun Nurul Izzah benar-benar ingin mendapatkan jawatan Timbalan Presiden PKR, manakala Zaid Ibrahim akan bertanding untuk jawatan Presiden sekaligus mengiyakan teori sebelum ini bahawa Zaid akan menjadi proksi Wan Azizah dan terlibat dalam konspirasi menghalang Azmin Ali daripada menjadi orang paling berkuasa dalam PKR yang mendapat bantuan daripada Anwar Ibrahim.
Azmin sendiri sebenarnya merupakan antara 'ahli keluarga' Anwar Ibrahim yang begitu berkuasa selain Anwar sendiri dan Wan Azizah. Manakala Nurul Izzah juga mempunyai pengaruh yang sangat kuat, terutama di kalangan Srikandi dan AMK yang menjadi tunjangnya.
Walau apa pun nasihat yang diberikan oleh Azmin, lelaki yang 'bermadu' dan 'dimadu' itu sebenarnya sekadar ingin menyelamatkan kedudukannya terutama dalam perlumbaan jawatan. Nurul Izzah pastinya akan mengalihkan sokongan kepada Azmin Ali dengan begitu mudah apatah lagi kebanyakan penyokong PKR adalah dari golongan muda yang lebih JATUH CINTA KEPADA NURUL IZZAH berbanding AZMIN ALI.


0 comments:
Post a Comment