

Inilah risalah yang ditebarkan oleh ADUN Cempaka bagi 'MENGHALALKAN' perbuatan kejamnya di Pandan Mewah. Gambar individu di atas adalah YB Ir. Iskandar Abdul Samad yang KUAT BERDUSTA!!!
Berdasarkan pengalaman penulis, golongan yang dikenali sebagai ulama tidak pernah MENGHALALKAN sebarang perbuatan mungkar semata-mata untuk membela diri mahupun mengada-adakan cerita bagi mengangkat diri sendiri. Bahkan ustaz yang mengajar di masjid pun tak pernah mengajar benda-benda jahat sebegitu.
Bagaimanapun, berbeza sungguh dengan perangai kebanyakan daripada ahli-ahli politik di dalam PAS. Di atas nama perjuangan Islam, mereka melakukan pelbagai kemungkaran dan kemudian menjadikan pembohongan, pendustaan dan tipu daya itu sebagai sebahagian daripada cara hidup mereka.
Itulah yang berlaku di Pandan Mewah. Pandan Mewah terletak di bawah DUN Cempaka. ADUN Cempaka adalah Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan salah seorang Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Sebuah dewan komuniti yang sebelum Iskandar Abdul Samad menjadi wakil rakyat, telah DIRAMPAS oleh ADUN Pakatan Rakyat tersebut. Alasan-alasan yang diberikan, bolehlah dibaca di dalam risalah yang telah ditampal di bawah gambar MANGKUK AYUN tuh!!!
Apa yang dikatakannya di dalam risalah berkenaan adalah PENDUSTAAN dan FITNAH semata-mata. Dewan berkenaan sebelum ini telah digunakan sebagai dewan komuniti. Pelbagai aktiviti diadakan di dewan berkenaan setelah dewan lama tidak lagi boleh digunakan dan tidak selamat. Dari kelas memasak, sehinggalah mesyuarat Amanah Ikhtiar Malaysia, dewan yang dirampas oleh ADUN Cempaka itulah tempatnya.
Semata-mata untuk menunjukkan kuasa Pakatan Rakyat, PEJABAT ADUN CEMPAKA dengan sesuka hati merampas dewan yang menjadi tempat pelbagai aktiviti masyarakat diadakan. Dan kini dewan berkenaan hanya dibuka berdasarkan 'jadual' Pejabat ADUN Cempaka. Aktiviti-aktiviti lain tidak boleh lagi diadakan di situ.
Inilah dewan orang ramai yang telah dirampas oleh PEJABAT ADUN CEMPAKA. Dewan ini disiapkan beberapa minggu sebelum Pilihanraya Umum Ke-12 memandangkan dewan lama terlalu uzur dan sangat merbahaya. Asalnya dewan ini bakal menempatkan TABIKA PERPADUAN setelah Tadika KEMAS mempunyai bangunan sendiri. Gambar tengah menunjukkan hanya sebuah meja sahaja yang masih tertinggal, manakala kerusi-kerusi yang dicampak keluar, telah diangkut oleh KRT untuk disimpan di tempat lain.
Memang benar, dewan berkenaan bukan milik KRT atau Rukun Tetangga. Namun atas alasan itu, apa hak ADUN Cempaka untuk merampas dewan berkenaan dan kemudian menjadikannya sebagai Pusat Khidmat ADUN Cempaka? Apakah TOK NENEKnya yang telah membina dewan berkenaan dan sebagai seorang ADUN Pakatan, maka dia bebas merampas apa-apa sahaja dengan alasan apabila Pakatan Rakyat menang, semua dewan orang ramai perlu diserahkan kepada Kerajaan Negeri.
Iskandar Abdul Samad ADALAH PEMBOHONG BESAR apabila dia menyatakan bahawa dewan berkenaan telah dijadikan sebagai Bilik Gerakan Barisan Nasional untuk Pilihanraya Umum Ke-12. Malah dewan berkenaan telah dirasmikan oleh ADUN Cempaka yang lama.
Tentang perasmian, ia memang benar. Namun Bilik Gerakan Barisan Nasional atau lebih tepat lagi UMNO adalah dewan lama yang terletak di bucu padang.
Barangkali ISKANDAR ABDUL SAMAD ini SEMASA KECILNYA kerap diberikan sumber makanan dan minuman yang TIDAK HALAL dan PENUH DENGAN SYUBHAH menjadikan dia langsung tidak berasa malu untuk berdusta. Sebabnya, sebelum dewan berkenaan DIRAMPAS oleh Pejabat ADUN Cempaka, ia sentiasa terbuka untuk kegunaan komuniti setempat.
Biarpun bilangan orang tempatan di kawasan ini tidak seramai mana, sebaliknya 90% bermajoritikan PENDATANG ASING, sama ada yang tidak berdokumen, mahupun mempunyai MYKAD walaupun baru seminggu datang ke Malaysia, dewan berkenaan sememangnya diimarahkan oleh penduduk tempatan.
Apa masalahnya dengan perabot-perabot KRT, AIM, kelas memasak wanita, kelas mengaji untuk wanita dan kanak-kanak mahupun yang bersifat kebajikan yang lain di dalam dewan berkenaan? Apa yang pasti, perabot-perabot itu telah dikeluarkan dan PEJABAT ADUN CEMPAKA berlagak seolah-olah dewan masyarakat itu ADALAH HARTA MAK BAPAK DEPA!!!
Ini adalah dewan orang ramai yang lama. Ia dibina secara ad-hoc oleh ORANG UMNO ketika Blok 7-12 masih lagi dalam pembinaan pada tahun 1994. Blok 1-6 telah siap dan diduduki pada 1990. Keadaan struktur bangunan yang tidak selamat, telah membuatkan komuniti Pandan Mewah membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri sebelum 2008 untuk membina sebuah dewan baru... dan apabila siap dewan baru berkenaan, ia tidak boleh digunakan oleh masyarakat setempat sebab ianya telah DIRAMPAS OLEH PEJABAT ADUN CEMPAKA....
Satu perkara yang menarik ialah, anggota-anggota Pakatan Rakyat yang cukup berlagak, dan menjadikan surau di tingkat bawah Blok 6 iaitu terletak bertentangan dengan dewan berkenaan sebagai SURAU PAS, kesemua mereka adalah MELAYU-MELAYU yang sentiasa mencari jalan untuk menyeleweng termasuklah daging korban... bayangkan, pembahagian daging korban yang dibuat, termasuklah cuping telinga dan lidah lembu manakala daging pula dilarikan ke Balai Islam yang terletak lebih kurang 250 meter dari Surau di Blok 6...
Dengan cogankata, dewan ini telah dibebaskan untuk kegunaan orang ramai, pintu pagarnya sentiasa tertutup dan terkunci. Entah apa yang dibebaskan, hanya Iskandar Abdul Samad sahaja yang tahu. Sebelum DEWAN ITU DIRAMPAS, pintu pagarnya sentiasa terbuka dan pelbagai aktiviti dilakukan di situ saban petang bagi faedah penduduk setempat.
Kini ia 'bebas untuk orang ramai'... bebas dalam erti kata, bebas dirampas oleh PAKATAN RAKYAT untuk dibuat sesuka hati mereka... yalah, mereka menang pilihanraya kan? Kalau tiga kali lagi mereka menang di kawasan ini, jangan haraplah anda bernyawa lagi kerana pada bila-bila masa sahaja mereka bebas mencabut nyawa anda!!!
Apatah lagi dengan peningkatan kadar jenayah yang sangat ketara di Pandan Mewah sendiri terutama selepas KRT dihalau dan perabot mereka dihumban keluar dari dewan orang ramai oleh PEJABAT ADUN CEMPAKA...
Woi Iskandar Abdul Samad... apasal kau kalau datang ke sini, tak pernah lebih 10 minit? Barua kundur punya perut boroi... mari duduk sini lama-lamalah sikit... nanti barulah kau tahu apa masalahnya? Takkan sibuk dengan Sekolah Cina On Pong (2) tu saja kut? Sekolah Agama Rakyat kat rumah teres tu, ada kau jenguk? Sekolah Cina boleh pulak kau bagi sumbangan untuk membina teduhan, padahal sekolah itu cukup kaya dan antara yang terkaya di Ampang. Sedangkan Sekolah Agama Rakyat yang terletak tak sampai 200 meter dari sekolah Cina tu, tak pernah pun kau jejak kaki, malah tak sekupang tembaga pun kau campakkan untuk depa.
Awat, kalau budak-budak Melayu kena hujan, depa tak basah ka? Kalau budak-budak Cina tu kena hujan, depa cair ka?
MEMANG DASAR MUNAFIK!!!


4 comments:
aku dah rasa seperti apa yang kau rasa. Undilah lagi PKR keparat tu dalam PRu 13 nanti
macamnike orang Islam??
zalim!
tak patut. hak rakyat di buat hak sendiri. beginilah kalau parti tak ada peraturan. boleh bua sesuka hati.tapi ada akal, nampak macam ambil peluang untuk diri sendiri bila berkuasa.
Ishh tak paham2 lagi ka?
PAKATAN Rakyat-keadilan rakyat maknanya..hak rakyat hak aku, hak aku tu hak aku, org lain tu hak rakyat..
tak dengar lagi pempin2 PAKATAN yg menang telah merakyatkan harta benda dan pendapatan mereka..banyak dengar mereka dah merakyatkan harta2 benda milik rakyat..
Post a Comment