iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, October 8, 2010

DRAMA LOMPAT PARTI DAH BERMULA... TAPI KAT KEDAH LAA

Friday, October 8, 2010
Seramai 25 orang ahli PAS dari Kampung Masjid, Kuala Pegang, Baling keluar parti dan menyertai UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Kedah yang dipimpin oleh OSTAT Azizan Abdul Razak dan PAS Kedah. Mereka diketuai oleh Osman Harun, 50. Borang permohonan keahlian UMNO mereka telah diserahkan kepada Abdul Azeez Rahim, Ketua UMNO Bahagian Baling, merangkap Ketua PUTERA UMNO. (MStar Online)

Cerita orang PAS keluar parti dan kemudian menyertai UMNO, biasanya akan disusuli dengan alasan 'MEREKA BUKAN AHLI PAS', "MEREKA ADALAH AHLI UMNO YANG DIUPAH UNTUK BERLAKON" dan sebagainya. Tambahan pula waktu mereka keluar, bertepatan pula dengan musim pilihanraya kecil yang akan dilangsungkan di Galas.

Namun, lebih daripada itu ialah, peristiwa ini dianggap mempunyai signifikan kepada UMNO Baling sendiri. Kepimpinan Abdul Azeez Rahim yang dikatakan terlalu rapat dan bergantung kepada Khairy Jamaluddin, tidak disukai oleh ahli-ahli UMNO sendiri. Bahkan kedudukan Abdul Azeez sebagai Ketua UMNO Bahagian juga agak goyah. Abdul Azeez biarpun mempunyai kemahiran bertutur dalam Bahasa Tamil, bagaimanapun tidak mendapat sokongan daripada akar umbi Tamil, memandangkan TIADA ORANG TAMIL yang menjadi ahli UMNO di Baling!!!

Apa pun berita tentang AHLI PAS LOMPAT MASUK UMNO bukanlah berita yang ditunggu-tunggu atau mampu membuka biji mata mahupun mulut ternganga kerana terlalu menyeronokkan. Sebaliknya kejadian seperti ini lebih bersifat 'mencari pengaruh' menerusi 'setting' yang hanya digelakkan. Sebabnya, taktik tahun 70-an dan 80-an seperti ini tidak lagi boleh digunakan pada zaman sekarang.

Apatah lagi, biarpun menjadi ahli UMNO, belum tentu lagi pangkah undi pada pilihanraya nanti, hak UMNO. Buktinya, berapa ramai KAWAN-KAWAN KHAIRY JAMALUDDIN yang TERTUNGGING akibat ahli-ahli UMNO tak pangkah UMNO pada PAU 12 lalu? Malah Khairy Jamaluddin sendiri, dah hampir nak melolong melalak di Rembau akibat kalah kepada Chegu Bard meskipun Rembau sudah SEMULAJADI KUBU PALING SELAMAT UMNO dan BN.

Seelok-eloknya berita ahli PAS lompat masuk ke UMNO, tidak wajar dihebahkan. Sebabnya, TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG AKAN PERCAYA berita berkenaan, sekalipun yang keluar nanti adalah SALEHUDDIN AYOB atau MAHFUZ OMAR.

4 comments:

Anonymous said...

sebok orang pas masuk umno apsal. baik buat kerja lain yg lbih brfaedah

Anonymous said...

Lain macam jer "TIDAK ADA SESIAPA PUN YANG AKAN PERCAYA berita berkenaan, sekalipun yang keluar nanti adalah SALEHUDDIN AYOB atau MAHFUZ OMAR."

Kalau Din Koyop Puduraya tu mungkinlah keluar PAS, sebab kalau "cerita" tu keluar Pork Nick pun tak boleh nak tolong

Anonymous said...

Azeez anak Keling ketua bhg, bolih percaya ke keturunan Hindraf tu?

Anonymous said...

Din Puduraya..ishh sedangkan kes Anwar, kes Liza Wong, TG sungguh2 pertahankan..takkan Din tak dibela pulak.

Blog Archive

Labels