Kementerian Dalam Negeri merupakan kementerian yang paling banyak menerima rungutan berbanding kementerian-kementerian lain. KDN 'BERJAYA' mencatatkan aduan dan rungutan tertinggi dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Pun begitu, ketua Divisyen Komunikasi Korporatnya, Jamilah Taib menganggap 999 komplen yang diterima oleh KDN merupakan perkara positif dan menganggap sebagai petunjuk positif penerimaan awam terhadap kementerian berkenaan. (Malaysian Digest)
Bersikap positif memang bagus, namun apabila semuanya dilihat sebagai positif sehinggakan tidak sedar diri dan kemudian berbangga-bangga dengan KECAPAIAN yang entah apa-apa, barangkali Kerajaan Malaysia perlu mengupah PSIKIATRIS yang cukup ramai untuk meng'servis' pegawai-pegawai dalam KDN terutama sekali Menterinya!
Agak mustahil, pegawai seperti Jamilah Taib yang pernah bertugas sebagai wartawan dan berkhidmat di TV3 tidak mengetahui mengapa KDN teruk dikomplen oleh pihak awam? Apa perlu berselindung lagi dan malu untuk mengakui Kementerian Dalam Negeri merupakan KEMENTERIAN PALING CIKAI dan berhadapan dengan nyah-fungsi YANG SANGAT TERUK!!!
Pelbagai masalah terutama yang melibatkan keselamatan, keharmonian kaum di samping memperkasakan Islam sebagai agama rasmi dan Perkara 153 dan 152 yang tidak wajar disentuh untuk menarik perhatian serta memperolehi mileage dalam politik. Biarpun KDN ADA DILIHAT BERTINDAK, tindakan KDN lebih tertumpu kepada ORANG MELAYU dan UMAT ISLAM sahaja.
2 orang anak Melayu yang dituduh membakar gejera telah dijatuhi hukuman penjara selama 5 tahun. 3 orang anak Cina yang menyimbah cat ke sebuah surau, dibiarkan lepas bebas begitu sahaja dan 'BERGANTUNG' kepada laporan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Orang Melayu yang membantah pembinaan kuil dan berarak dengan kepala lembu, dikecam serta diburu, manakala orang India yang menyerang serta mencederakan Melayu di Kulim, ditangkap dan kemudian dibebaskan.
Begitu juga dengan penerbitan majalah dan akhbar. 16 perkara 'PANTANG-LARANG' dalam penerbitan boleh DILANGGAR SESUKA HATI oleh HARAKAH, ROCKET dan SUARA KEADILAN (sebelum permitnya tidak diperbaharui). Tabloid-tabloid milik persendirian bukan main lagi dijaga, tak cukup penggantungan permit, amaran datang bertali arus dan ancaman untuk diheret ke mahkamah serta didenda, sentiasa dilakukan. Sedangkan akhbar-akhbar politik seperti Harakah, bukan sahaja memaparkan berita yang tidak benar, bahkan iklan-iklan UBAT KUAT SEKS bercambah, walhal iklan tersebut diharamkan oleh KDN daripada disiarkan oleh mana-mana akhbar.
Kalau semakin banyak komplen dianggap sebagai INDIKASI KDN DITERIMA RAMAI, sememangnya Jamilah Taib wajar pi ke hospital dan periksa otaknya! Cukuplah dengan hanya Menteri Dalam Negeri yang TAK CUKUP VITAMIN, jangan pegawai-pegawai bawahannya rut pekak badak, bodoh tongong, bahlol dan tolol tidak mengira tempat!!!
"These suggestions, information, criticisms and enquiries will also become our tools in measuring public awareness on the existence of the ministry," she said.
Complaints and suggestions for the ministry could be sent to the ministry at www.moha.gov.my or through email to aduankdn@moha.gov.my, or by calling 03-8886 8000 or mail to Bahagian Komunikasi Korporat, Kementerian Dalam Negeri, Aras 9, Blok D1, Kompleks D, 62546 Putrajaya.


4 comments:
salam bro,
tolong masukkan link rajahmas ke dalam bloglist.
http://rajahmas.blogspot.com
gua jujur, bersih daripada anasir-anasir PKR, bukan gengster... hehehe
dah lama dimasukkan, Apai....
woiitt..SAYA BAGI AMARAN!!
tak faham macamana UMNO boleh lantik ini macam orang jaga ini negara....macam tadaaaa telur!
pandai bagi amaran saja....
inginkan suasana seperti zaman Tun Mahathir...baru boleh kreatif dan maju.
Post a Comment