Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO menceritakan tentang 6 orang 'ABU' di dalam UMNO. Pada masa yang sama, dia turut mengaitkan UMNO, kekuatan UMNO dan Melayu dengan sejarah penaklukan serta kejatuhan Melaka. Sesuatu yang menarik apabila Zahid dalam ucapannya menceritakan bagaimana Kerajaan Melaka pada waktu itu ketinggalan dalam serba-serbi, bersenjatakan hanya keris, parang, kapak dan tombak berbanding Portugis yang menggunakan senjata api. Sekaligus menyebabkan Melaka kalah kepada Portugis.
Zahid sebenarnya PERLU MENGAMBIL SEMULA MATAPELAJARAN SEJARAH...
Menurut Relazione del primo viaggio intorno al-mondo (Report on the first voyage around the world) karangan Antonio Pigafetta, kekuatan Melaka pada waktu itu adalah 20,000 orang tentera yang terdiri daripada tentera tempatan selain tentera upahan dari Jawa, Parsi dan beberapa negeri Islam yang lain. Kelengkapan senjata Melaka adalah 3,000 artileri (meriam) dan 20 gajah perang serta senjata api seperti istinggar (senapang kuno yang berasal dari Turki) serta meriam-meriam kecil.
Manakala menurut Malacca History karangan Haji Buyong Adil yang memetik daripada Sejarah Melayu, kelengkapan pertahanan Melaka juga tidaklah sekuno seperti yang digambarkan oleh Zahid Hamidi.
Bagaimanapun, kekalahan sebenar Melaka bermula apabila Alburquerque mendapat bantuan daripada lima buah jong Cina dan beberapa buah kapal dagang India. Anak-anak kapal daripada kelima-lima buah jong yang berlabuh di Pelabuhan Melaka itulah yang memberikan maklumat penting tentang Melaka kepada penjarah-penjarah Portugis itu. Mereka yang memberitahu kepada Portugis tentang jumlah anggota tentera Melaka dan persenjataannya. Malahan mereka juga yang memecahkan rahsia tentang bekalan makanan yang sangat besar dari Jawa yang tersimpan di tengah-tengah kota Melaka.
Cina-Cina tersebut mempersoalkan kekuatan Portugis untuk berhadapan dengan tentera-tentera Melaka dan mengalahkan negeri Melayu itu kecuali dengan menyekat bekalan makanan yang datangnya dari Jawa daripada sampai ke Melaka.
Alburquerque kemudiannya meminjam beberapa buah jong besar daripada angkatan dagang China dan memberikan sebuah galleon besar serta tinggi kepada mereka sebagai tempat menonton aksi pertempuran antara Portugis dan Melaka.
Itu sejarahnya yang tercatat....
Barangkali Zahid Hamidi 'segan' hendak berterus-terang tentang sejarah penaklukan Melaka kerana ia membabitkan pengkhianatan pedagang-pedagang Cina dan India yang sebenarnya diberikan tempat serta kedudukan yang tinggi di dalam Kerajaan Melayu Melaka, terutama bermula dari zaman Sultan Mansur Syah.
Begitu juga dengan kerapuhan pertahanan darat Melaka apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis yang mendarat di dua tempat menawan bahagian selatan dan utara Melaka dengan agak mudah sebelum menawan Jambatan Melaka yang terletak di tengah-tengah Kota Melaka, iaitu di kaki Bukit Melaka pada 25 Julai 1511.
Tidak sahaja pengkhianatan Mundeliar, saudagar dari India yang diberikan pangkat sebagai Syahbandar Pelabuhan Melaka, Melaka turut menerima pengkhianatan Nina Katu, sekutu kuat Mundeliar. Nina Katu bagaimanapun, dibunuh oleh Alburquerque selepas Melaka berjaya ditawan oleh Portugis.
Zahid mungkin seorang Melayu jati. Melayu jati maknanya, Melayu yang akan menjadi sangat rendah diri dan sentiasa menganggap orang lain jauh lebih baik berbanding mereka. Melayu jati juga bermaksud, golongan yang sanggup menerima kefahaman bangsa lain di dalam menanggapi bangsa Melayu...
Itulah sebabnya, sejarah Melaka pun, Zahid tidak tahu walaupun dia adalah seorang Menteri Pertahanan dan Naib Presiden UMNO. Kebimbangan dimarahi oleh Cina dan India kerana kejatuhan Melaka adalah disebabkan oleh puak-puak imigran itu, mungkin menyebabkan Zahid menjadi SYAITAN BISU yang hanya menyalahkan Sultan dan Ketua Bangsanya sendiri!!!!


20 comments:
DIA NI TAK SEHEBAT MANA DAN TAK SERBERSIH MANA ,KEIKLASAN MERAGUKAN , PERTUTURAN NYA DIPERSOALAN . KEMENANGANNYA BOLIH DIPERTIKAIAN ,RASUAHNYA IBARAT PELURU MESINGUN , KESETIANNYA DGN PELIWAT ANAL AMAT DIRAGUKAN DAN KEMASUKANNYA DLM UMNO MASIH BOLIH DIPERSOALKAN .APAKAH AKAN BERULANG KEJATUHAN KERAJAAN MELAKA KPD UMNO AKAN MENDATANG KAN SATU INGAUAN ,,,ZAHID KAU TAHU SIAPA KAU ,,,,ORG SEBEGINI MENJADIKAN UMNBO TDK DISUKAKAN
Zaid Hamidi adalah Abu Lahab seorang yang pelahap projek-projek kementerian pertahanan nak dibolot oleh dirinya dan kroni-kroninya.
Salam,
Kalah kerana pengkhianatan la kan? bukan sebab senjata sangat. Tgk di afghanistan baru2 ni sudah, kalau semua puak bersatu kalah amerika tu.
dia punya phd pon sangat meragukan..tak tau sama ada dia sendiri yang tulis atau suruh orang lain tulis...
Laaa.... balik-balik Cina dan India juga yang mengkhianati negeri ini. Jangan-jangan dah termaktub dalam DNA diorang tak, ada jer melayu, kasi hantam, kasi khianat kalu.
Jebond
Apa nak dikatakan, masa ini mata pelajaran Sejarah belum diwajibkan lulus untuk SPM. Kalau diwajibkan tentu Si Zahid ni tak sempat jadi menteri.
muhyiddin Yasin lambat sangat pegang Menteri Pelajaran.
KPI badan perhubungan Umno Peneng masih tiduq lagi ke Dapig sekarang dah buat bola tanggong kenapa belum lipat lagi,tak nak harapkan Pak Ali kot?
apa yang saudara ulas mengenai sejarah melaka adalah benar sebab-sebab kejatuhan kerajaan melaka apakah sejarah akan berulang kembali apabila sesebuah negara telah mencapai puncak kegemilang.
semoga allah melindungi negara kita.
Sila ke blog riwayatmelayu, lokalgenius.. etc ...utk mengetahui sejarah senjata yg digelapkan...
Hanya ahli politik bahalol sahaja yg percya kesultanan melaka menguasai selat melaka hnya dgn keris dan lembing....
Amat memalukan...
diAfghan..memang tu strategi US, menggunakan bangsa Afghan sendiri utk memerangi bangsa Afghan sendiri..
US tak mahu alami macam mana dialami oleh Soviet UNion yakni solo je nak menakluki Afghan..yg mana akibatnya Afghan telah bersatu dan runtuhkan penaklukan Soviet Union.
Zahid Hamidi Sial ini pun sebenarnya agen Anwar Peliwat dalam UMNO.korang dah lupa ke yang mamat sial nih pernah sound Tun Mahathir tentang isu kroni masa dia pegang jawatan Ketua Pemuda UMNO dulu.dia sendiri mengaku bangkitkan isu tu depan perwakilan atas arahan Anwar Laknat tu.jadi apa yang nak dihairankan kalau budak suruhan macam si Zahid Pengampu nih buta sejarah?dah nama pun budak suruhan.konfem subjek Sejarah fail kat sekolah dulu.
Aku pun pelik macamana barua Anwar macam si Zahid Sial nih boleh menang Naib Presiden UMNO.adakah orang UMNO lupa yang si badut nih pernah menjadi tali barut anwar peliwat?aku rasa yang buta sejarah buka Zahid Pencacai nih tapi orang UMNO.orang Umno yang buta sejarah pastu pergi undi si badut nih untuk jawatan Naib Presiden UMNO!
dah dia baca buku teks tingkatan 1 jer... dlm buku teks tingkatan 1 kata melaka kalah sebab kecanggihan senjata portugis. ada meriam dan senapang sedangkan askar melaka hanya ada tombak keris dan sumpit. sila rujuk buku teks tingkatan 1 yg terkini. bab 5. ~ cg sejarah.
sebenar nya melaka di waktu itu merupakan sahabat dan sekutu kepada daulah uthmaniyah turki yang merupakan kuasa besar waktu itu.sebahgian dari senjata senjata ini (di kira senjata tercanggih di zaman itu) sememang nya di di perolehi dari turki.Ini menteri pertahanan malaysia ni tahu ke?
Bro.. bukan zahid jer yang cakap melaka ni dulu lawan portugis pakai keris dengan tombak jer.. najib pun sama cakap benda yang sama macam zahid.. najib pun patut belajar sejarah balik. apa la PM macam ni..
ckp elok ckit co..brani ckap dpan2
kome 2 kerajaan,hormat ckit
Dia ni kalau balik Bagan Datoh, mesti naik helikopter.
Sebenarnya diorang i.e najib dan zahid dan juga kebanyakan dari kita mempelajari sejarah versi lama yg ditulis oleh penjajah untuk downgrade orang Melayu.
Sudah sampai masanya untuk kita memperbetulkan kembali sejarah negara dan bangsa kita di buku2 sejarah bermula dari peringkat sekolah lagi.Berbetulan pula dengan pengumuman oleh muhyidin untuk memperkasakan subjek sejarah seawal sekolah rendah maka wajib untuk kita merombak dan menulis kembali silibus sejarah yg banyak sudah digelapkan dari sejarah yg sebenar supaya generasi akan datang lebih celik sejarah dan lebih menghargai bangsa dan negaranya.
itulah dia sejarah......kenapa baru kita nak buka sekarang ....ternyata 2 bangsa pengkhianat ini telah menjatuhkan negeri melayu sehingga kuasa raja2 melayu...ini lah kehendak mereka membuat kerja2 untuk memusnahkan pula negara malaysia yg di warisi oleih bengsa melayu sebagai tunggak pemerentahan berserta dengan raja2 dan sultan melayu... ayuh kita mesti halang niat jahat mereka daulat tuanku!!!!!
Blog2 pembongkar sejarah realiti negara :
1) mistisfiles.blogspot.com
2) riwayatmelayu.blogspot.com
3) lokalgenius.blogspot.com
4) ibnurusydi.blogspot.com
Post a Comment