Friday, October 8, 2010

Ikhlas, Redha, dan Syukur -satu kisah

Kisah ni kononnya diriwayatkan dari kisah di satu pejabat di Malaysia:

Round 1: Dalam satu perjumpaan.
Majikan sentiasa mengingatkan pekerjanya agar ikhlas bekerja dan tidak mengharap apa2 balasan dan jadikan kerja sebagai satu ibadah!!
Bila ditanya tentang bonus dan kenaikan gaji..majikan meningatkan agar sentiasa bersyukur dan redha atas apa2 nikmat yg telah diperolehi. Majikan juga ingatkan pada pekerja agar sentiasa melihat mereka yg kurang bernasib baik atau mereka2 yg bekerja ditempat2 yg lain yg lebih rendah upahnya dan sangat kurang faedah2 yg diperolehi.
Tu bahasa sopannya...dan berhemah. Bunyinya begitu Islamik..terkedu sekelian pekerja, maklum ler majikan dan pekerja2nya ialah dikalangan org2 Islam belaka..pekerja nak bantah, ishh ni agama ma..tapi dari raut wajah masing2 nampak kelat je macam kena telan ubat yg sangat pahit...
Wajah majikan pula berseri2 kerana telah berjaya alatkan perkataan "ikhlas"/"redha"/"syukur" dan dengan berjayanya telah selamatkan "his own ass" dari tekanan2 pekerja2nya. Tak tahu nak tafsir wajahnya..semada berseri2 bongkak kerana dianya majikan, dia berhak cakap apa saja atau berseri2 kerana insaf.

Dalam bahasa lain ..awak tu kuli, buat ler perangai macam kuli. Mintak macam2 ler pulak, org ambik keja pun dah kira bagus!! Tak puas hati, berambus je ler..1 pergi, 10 mari. he he sapa boss ma!!

Round 2:
Seorg pekerja dipanggil oleh pihak majikan-
Ia ditanya mengapa datang lewat!!
Pekerja ni kabor..boss, walaupun waktu keja dari 830 am sampai 500 pm, tapi ni lah waktu yg saya ikhlas- lagi pun masih waktu keja, boss..Boss kan dah berpesan agar kita keja kena ikhlas, jadi ni lah ikhlas saya.
Boss patut bersyukur kerana saya berjaya gak datang keja, dan mudah2an boss redha lah ngan keadaan saya ni..

Majikan diam. Maklumler bunyi macam Islamik..

Selang beberapa hari, pekerja ni dapat surat amaran..rupa2nya ikhlas, redha dan syukur pekerja ni tak diterima. Pekerja ni pun "terpaksa" le redha, syukur je le.
__
Moral of the story 1..

Tu le kehidupan..
Ikhlas sikuli
- ialah kena ikut undang2 dan peraturan..semada ikhlas atau tidak, setuju atau tidak, faham atau tidak, rasa ada faedah atau tidak..perintah ialah perintah.
Itu ler duduknya ikhlas "hamba".

Ikhlas Tuan
- Baru ler boleh pakai maksud ikut suka hati dan budi bicaranya. Nak terima atau tidak. Hak dia belaka.

Redha kuli
-Terima je ler, tak puas hati cari ler Tuan lain

Redha Tuan
- Apa yg dah diberi tu, syukur je ler. Tu pun dah kira baik.
___
masalahnya kita, kita suka bebenor jadi Tuan dari hamba, walaupun pada hakikatnya kita ni hamba!!
__
Moral of the story 2:

-walaupun waktu keja dari 830 am -5.00 pm tapi tak leh datang suka2 ikut time kita. Tetap kena datang sebelum 830 atau tepat 830..balik lewat (tanpa tuntut bayaran lebih) tu digalakkan.
-waktu semayang, ada tempohnya..tapi tetap diutamakan akan awal waktu..kelewatan kena ler beri surat tunjuk sebab, dan mudah2an ianya diterima..
-waktu bekerja adalah diutamakan ditempat keja..semayang pun diutamakan ditempatnya jugak.
-dan walau apa pun alasan..LATE is LATE. Punch card merah trsebut sampai kiamat, tak leh dipadamkan!! walaupun surat alasan telah diterima.

-kisah hari jumaat.
-aa

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template