Monday, October 4, 2010

KETUA DAPSY DIROMPAK, PELUANG MEMBURUKKAN PDRM TERBUKA LUAS

Ketua Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Anthony Loke telah dirompak. Lima orang perompak bersenjatakan parang telah memecah masuk ke dalam rumahnya dan melarikan wang RM3,000, televisyen, beberapa botol arak dan KOMPUTER PERIBADI serta BLACKBERRY. (Malaysiakini)

Anthony Loke merupakan antara orang yang paling lantang mengecam PDRM dan menyelar SPRM dalam beberapa kes melibatkan penjenayah dan kematiah Teoh Beng Hock. Nampaknya 'GILIRAN' dia pula menjadi mangsa kepada perompak yang selama ini dibelanya atas nama 'hak asasi manusia'.

Anehnya, Anthony Loke membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan. Sepatutnya dia tidak membuat laporan memandangkan penjenayah adalah 'mangsa kezaliman polis' seperti yang dikatakannya dalam kes perompak kereta mewah, A.Kugan yang mati dalam lokap.

Mungkin sekarang, Anthony Loke sedang kecut perut memandangkan KOMPUTER PERIBADI dan BLACKBERRY yang pasti mengandungi pelbagai rahsia parti dan aktivitinya berada di tangan pihak yang TIDAK DIKENALI. Bayangkanlah bagaimana kalau butiran seperti yang terdapat dalam komputer peribadi Teoh Beng Hock jatuh ke tangan musuh politiknya.... begitu juga dengan BLACKBERRYnya....

Apa pun, kenyataan Anthony Loke sudah cukup untuk menggambarkan sifat KEBENCIANNYA kepada pihak polis apabila menyatakan rasa 'TERKEJUTNYA KERANA KAWASAN PERUMAHANNYA ADALAH SELAMAT'.

Dengan kata lain, Anthony Loke cuba memberikan gambaran bahawa polis tidak menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjaga keselamatan atau setidak-tidaknya memberi isyarat bahawa polis hanya menjaga ahli-ahli politik UMNO sedangkan ahli-ahli politik pembangkang sepertinya terdedah kepada bahaya penjenayah.

Namun yang paling SEDAP DIDENGAR ialah, 'SAYA TIDAK PERCAYA ROMPAKAN INI BERMOTIFKAN POLITIK.'

Kenapa agaknya KAWAN BAIK Khairy Jamaluddin ini berkata seperti itu?

6 comments:

Anonymous said...

Polis kena berhati2. Jangan main tangkap saja, nanti mana lah tahu, perompak tu tercalar kulit ka, tersepak batu ka semasa tengah lari, nanti polis pula kena saman.

Pujuk baik2 perompak tu, kalau dia taknak serah diri, jangan dikasari.Pujuk bebaik.

adf55650 on October 4, 2010 3:49 PM said...

Polis tak payah siasat. Tanya Saifuddin Nasution je. Dia tau semue tu kerja UMNO.

Anonymous said...

setuju. lepas tu letak perompak tu dlm bilik aircond, bagi makan sedap2 tau...jgn buat soal siasat tengah malam nanti kesian perompak tu tak cukup tido

Anonymous said...

ataupun ikut cara MB selangor dan ahli parlimen kapar..siasat sendiri!!

adf55650 on October 5, 2010 3:53 PM said...

Wujudkah perkataan 'siasat' dalam Pakatan Rasuah ni? Biasanya ape2 kes pun mereka mane pernah siasat. Tibe2 dah tau aje siapa yang salah. Main tuduh aje. Dalam kes ni pun buatlah yang serupa.

Anonymous said...

Mungkin dap tak tau lagi tp pkr dh tau ni keje saper.. UMNO...

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template