
Rahimi Osman, Pegawai Khas Anwar Ibrahim yang menggantikan tempat Nik Nazmi Ahmad, telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang pada pukul 2.00 petang tadi menurut laporan Blog GELOMBANG WANGSA MAJU. Rahimi Osman 'terkenal' kerana dia merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan dan membawa Saiful Azlan Bukhari, seorang lagi mangsa liwat Anwar Ibrahim masuk dan kemudian bekerja dengan Anwar Ibrahim.Penerangannya selanjutnya di AIDC.
Baru semalam cerita tentang antara DUA SKANDAL SEKS akan terdedah, rupa-rupanya ada 'satu' lagi skandal yang terdedah terlebih dahulu.
Kita tunggu apa perjalanan seterusnya kes terbaru ini sementara menantikan kes perbicaraan liwat Saiful Azlan Bukhari tidak lagi diTUNDA-TUNDA....
Cuma satu saja perkara, adakah Anwar Ibrahim akan balik ke Malaysia memandangkan sekarang ini dia berada di Eropah untuk MENYAINGI Najib Abdul Razak yang ke Eropah atas kapasiti Perdana Menteri untuk menghadiri Sidang Puncak ASEM.
Dalam kes Saiful Azlan Bukhari, Anwar Ibrahim cuba mendapatkan 'SUAKA POLITIK' di Kedutaan Turki atas alasan ada pihak ingin membunuhnya. Mungkinkah kali ini Anwar Ibrahim benar-benar akan melarikan diri di luar negara atas alasan HAK ASASINYA DICABUL?


3 comments:
Lagi En Kamal Sanusi brtanya pasal apa "gerun" bebenor ngan Anwar!!
Ater,kite kene "gerun" bebenor ngan Anwar pasa die ade "punaisihat" yang suke cari makan dalam "setor kunyit"!!!!!!
Ater,maner maunyer!!!!!!!
haii..berapa org lagi akan menjualkan maruah dan agamanya ngan cuba pertahankan "kesucian" Anwar walaupun mereka memang maklum sapa Anwar..
Post a Comment