Friday, October 8, 2010

Majlis Raja2 perlu nyatakan pendirian-utusan

Ulasan aku:

Majlis Raja2 bukannya perlukan nyatakan pendirian..tapi perlu ambil tindakan tegas. Peringatan demi peringatan telah diberi.

Rakyat lupa..akujanji dalam Perlembagaan Persekutuan ialah akujanji Tuan Tanah Melayu dengan rakyat Tanah Melayu yakni dari kalangan bangsa Melayu dan bukan Melayu. Raja2 Melayu ialah Tuan Tanah Melayu.
Raja2 Melayu inilah yang beri laluan pada pempin2 parti politik ketika itu untuk rundingkan kemerdekaan Tanah Melayu. Kemerdekaan tersebut ialah kemerdekaan Tuan2 Tanah Melayu dari terus "dinasihatkan" dalam pentadbiran mereka. Hasil bersekutunya Raja2 Melayu itulah menghasilkan Persekutuan Tanah Melayu, dan hasilkan Perlembagaan Persekutuan. Tanpa bersekutunya dan persetujuan Raja2 Melayu, kemerdekaan tidak ada..dan tiada mana2 bukan Melayu akan jadi rakyat Tanah Melayu. Selain bangsa Melayu ialah pendatang asing, tu adalah kenyataan bukannya isu perkauman dan sebagainya. Belajar terima kenyataan.

Belajar terima kenyataan bagaimana kita terima kenyataan adanya siang dan malam. Ada sesetengah tempat tempoh siang dan malamnya adalah sama rata yakni 12 jam tiap satu tempoh, tapi ada tempat tempoh siangnya lebih dari tempoh malam, dan adakalanya tempoh malam lebih dari tempoh siang. Bukannya bermakna siang telah ambik hak asasi malam atau sebaliknya.

Kenyataan yg perlu diterima oleh bukan Melayu di Tanah Melayu sama lah kenyataan org2 melayu kena terima bila bermaustatin atau menjadi "permanent resident" atau menjadi "citizen"/rakyat"di Tanah Besar Cina, atau di Benua India. atau diBenua Afrika, Amerika, atau Eropah. Mungkin setelah berpuluh2 tahun setelah beberapa generasi, baru lah mereka ni benar2 rakyat benua tersebut yakni bila bahasa, budaya sudah 100% menyamai dan mirip2 bangsa negara2 tersebut. selagi ia mengamalkan bahasanya, budayanya selagi itu lah ia dikenali sebagai bangsa Melayu..bukan bangsa Cina, India, Eropah, Amerika dsb.

Org2 cina dan org2 India di Malaysia mahu dikenali sebagai bangsa India dan China sebab tu mereka berusaha sungguh2 mengekalkan bahasa, dan budaya mereka. Mereka tak mahu dikenali sebagai bangsa Tanah Melayu.
_
Kerajaan yang memerintah ialah kerajaan Raja2 Melayu..mana2 parti yg menang pilihanraya yakni yg diamanahkan oleh rakyat negara ini utk bantu Raja2 Melayu ni mentadbir negara Malaysia. Bukannya memiliki dan menguasai negara ini. Mereka memberi "nasihat" pada Raja2 Melayu. Bukannya hak rakyat menentukan sapa Raja. Kerana "hak rakyat" tersebut adalah anugerah Raja2 Melayu juga.

Kurang ajar perlu diajar..ada yg pandai2 nak bubarkan Perlembagaan Persekutuan yang mana bukannya hak mereka..ada yg pandai2 mengkritik Perlembagaan Persekutuan seolah2 mereka ada hak atasnya.

Jika satu akujanji telah dimenterai oleh kedua2 pihak..bermakna telah bersetuju. Tidak akur apa2 yg telah dimenterai dalam aku janji tersebut bermakna telah melanggar perjanjian. Bermakna telah menderhaka atau percubaan menderhaka. Jika tok nenek dah tandatangan utk jualkan atau sewakan tanah mereka pada seseorg yg lain ngan kadar yg tetap yakni 1RM setahun dan tempohnya selagi ada bulan dan bintang..buatlah apa saja, pergi lah mana2 mahkamah didunia ni..perjanjian tu adalah sah dan beruntung bebenor ler jika penyewa bermurah hati nak bayor sewa yg lebih sedikit atau memulangkan kembali tanah tersebut pada waris.

Tok nenek mereka dah bersetuju dan dah buat keputusan untuk jadi rakyat Tanah Melayu yakni telah berpatah arang dengan tanah asal masing2..so terimalah hakikatnya. Mengapa masih amalkan cara kehidupan tanah asal masing2? apakah hati dan jiwa masih bukan rakyat Tanah Melayu?

Perlu diajar agar menjadi teladan dan kefahaman pada yang lain, Majlis Raja2 kena bertegas bukan spt menteri2nya..
__
Untuk jadi rakyat Tanah Melayu..berusahalah untuk jadi rakyat Tanah Melayu..bukan berusaha mengekalkan identiti sebagai pendatang asing, dan kemudian marah kerana dikatakan sebagai pendatang.

So sapakah yg perlu disalahkan?

Org2 cina bila berhijrah ke UK, USA, KANADA..mereka sungguh2 berusaha jadi mirip2 rakyat disana..nama pun tukau..walaupun hanya sebagai "permanent resident" belum lagi jadi dan dapat hak "citizenship" lagi.

..aa.

1 comments:

princess jiji on October 8, 2010 2:08 PM said...

good artikel!!dimana bumi dipijak,disitu langit dijunjung..semua ni berlaku hasil tolak ansur yang amat hebat.."nenek moyang kaya raya,tergadai seluruh harta benda"..

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template