Friday, October 8, 2010

NEGERI TADAHAN ILMU KONON.... BURUH ROGOL ADIK KANDUNG

KOTA BHARU – Buruh binaan berusia 21 tahun dipenjara 18 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah merogol adik kandungnya di Pasir Puteh, 22 September lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan hukuman terhadap, Muhamad Rosli Rosdi berjalan mulai tarikh tangkapan 26 September lalu.

Muhamad Rosli mengaku salah melakukan persetubuhan dengan adik kandungnya berusia 14 tahun di sebuah rumah di Kampung Wakaf Lanas, Pasir Puteh, pada jam 10 malam, tarikh berkenaan.

Buruh binaan yang sudah beristeri dan mempunyai dua anak berusia setahun dan tiga tahun itu didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.

Dalam penghakimannya, Rofiah berkata, Muhamad Rosli melakukan kesalahan keji terhadap adik kandungnya yang baru berusia 14 tahun dan merosakkan keharmonian keluarganya dan mangsa.

“Sepatutnya abang yang patut melindungi adik di rumah yang menjadi tempat paling selamat bagi seorang adik, namun sebaliknya berlaku.

“Walaupun tertuduh mengaku bersalah dan mendakwa insaf atas perbuatannya mahkamah perlu mengambil kira kepentingan masyarakat dalam kes ini.

“Oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan 13 sebatan mulai tarikh tangkapan terhadap kamu,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman memohon mahkamah mengenakan hukuman berat bagi menggambarkan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan peringatan kepada masyarakat.

“Ini kerana kes sumbang mahram semakin meningkat, terutama di Kelantan. Walaupun tertuduh mengaku bersalah kepentingan masyarakat perlu diutamakan dalam kes jenayah ini.

“Kesalahan ini keji dan dosa yang sukar dimaafkan mana-mana agama, sepatutnya sebagai abang yang sudah berkeluarga tertuduh menjadi teladan baik kepada adiknya,” katanya.

Dalam fakta kes, Muhamad Rosli memanggil adiknya masuk bilik pada hari kejadian lalu dia menanggalkan seluar dan tuala yang dipakainya.

Tertuduh kemudian memegang mangsa dengan kuat dan merogolnya, mangsa yang kesakitan tidak melawan sebab takut.

Berikutan kejadian itu, pada 26 September lalu, adik mangsa bertindak lari dari rumah dan ke Masjid Sri Aman Pasir Puteh kerana takut dirogol tertuduh seperti apa yang berlaku terhadap kakaknya itu.

Adik mangsa kemudian memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum bapa mereka membuat laporan polis.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan di hospital mendapati terdapat beberapa koyakan lama pada kemaluan mangsa. (Sinar Harian)

Ulasan The Flying Kick:

Tu Negeri Tadahan Wahyu, Negeri Serambi Makkah... bayangkanlah kalau bukan Tadahan Wahyu dan Serambi Makkah, silap-silap rakyat Kelantan selamba katak jer bersetubuh di tepi jalan raya.

7 comments:

Wake UP! on October 8, 2010 11:47 PM said...

Semua yang melakukan sumbang muhrim patut dihukum bunuh.

daturaAINnoXia on October 9, 2010 12:55 AM said...

ape komen nik aziz...
jeng..jeng..jeng..

putera.makasar on October 9, 2010 1:47 AM said...

apa nak heran...pemimpin pas pun perangai buruk..ustaz pas belasah bini orang...
mat sabu kena tangkap basah dengan bini orang,lepas kebas terus..
kes terbaru pula din puduraya...
kalau dan pemimpin berkawan dengan setan..rakyat jadi setan.
nik ajis kata tutuh buntut itu tidak haram,cuma makruh sebab ada bau taik

Anonymous said...

Jgn la taksub sgt kot..menteri besar dowg x suh pn wat mcm tu..len la sesetgh ketua menteri/menteri besar yang galakkan maksiat terjadi..dgr2 da dpt sowg da cucu angkat bwu2 ni...kah...kah..kah...

Anonymous said...

Parti Ajaran Syaitan memang banyak slogan je macam tin kosong tapi poket pemimpin nya wali syaitan masyukkkk.

Anonymous said...

hudud mana hudud? jalankanlah...........................

Hashim said...

Setuju Wake Up.....baru bangun mamat ni...hukum bunuh tu hukum hudud le...yang UMNO paling fobia...gi mamposss UMNO.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template