Mungkin sepanjang menjadi Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz tidak pernah dimaki orang. Mungkin juga sepanjang menjadi Menteri Besar Kelantan, jangankan dimaki, cakap kasar orang kepadanya mungkin tidak berlaku secara terang-terangan. Malah dalam apa-apa majlis pun, Nik Abdul Aziz tidak pernah diperhinakan sedemikian rupa.Berita ini bukan dibawa oleh orang lain, sebaliknya disiarkan oleh HARAKAH DAILY, portal berita PAS sendiri. Untuk menyedapkan sedikit hati Nik Aziz bertujuan menutup malunya, maka disiarkan juga bahawa orang yang memaki Nik Aziz di khalayak ramai sambil mencabarnya untuk berdebat adalah Mohd Nor Idris (gambar) calon BN Pengkalan Chepa.
Kadang-kadang kita tidak melihat bagaimana Allah Taala memberikan petanda dan petunjuk kepada kita. Kadang-kadang juga kita tidak faham dan marah mengapa seseorang itu diperhinakan di hadapan khalayak ramai sedangkan orang berkenaan pasti akan memasukkan doa agar aibnya tidak dibuka oleh Allah Taala di kalangan manusia setiap kali selepas solat.
Namun itulah yang dimaksudkan oleh Allah Taala, bahawa manusia itu berasakan tipu daya mereka hebat tanpa mengetahui bahawa tipu daya Allah Taala adalah jauh lebih hebat perancangan-Nya....
Aneh juga, mengapa Nik Aziz yang sibuk nak berdebat dengan orang lain, tidak pula melayani Mohd Nor Idris yang hendak berdebat dengannya terutama tentang kerjasama PAS dengan DAP yang padanya menyalahi sumpah dan ikrar Nik Abdul Aziz sendiri sebelum ini sehinggakan UMNO pun dihukumnya kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC.
Apa pun, semoga Allah Taala mengasihi dan memberikan belas kepada Nik Abdul Aziz, sekaligus menutup aibnya. Cuma masalahnya, adakah Nik Abdul Aziz sendiri mahu aibnya ditutup?




2 comments:
Kata Nicky kerjasama dgn kafir hukumnya jadi kafir, sekarang ni nicky dh jd kafir ke? hahahahah
kunci syurga dh terlepas nampaknya nicky...heheh
melawak aje too
Post a Comment