Dengan 2000 orang pengundi daripada 10, 330 pengundi dan menjadi majoriti kepada 6 kawasan peti undi, masyarakat Orang Asli di Galas bakal menjadi kelompok terpenting dan bakal menentukan kemenangan calon-calon parti yang bertanding di kerusi DUN Galas.UMNO/BN telah pun mewar-warkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon mereka. Opsyen kedua sekiranya ditolak oleh Tengku Razaleigh Hamzah adalah anak tempatan yang mendapat tempat serta diterima oleh para pengundi.
Manakala PAS belum lagi menamakan calon mereka, malah tidak membayangkan sesiapa pun sebaliknya lebih menyibuk dengan urusan UMNO selain cuba menepis 'Perjanjian Gelap Husam-Ku Li' di Galas dengan pelbagai cabaran.
Walau bagaimanapun, PAS sudah pun memulakan langkah penting dengan menjemput Orang Asli dalam majlis 'RAMAH MESRA' dengan kepimpinan Kerajaan Negeri PAS di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR10. Seramai 80 orang Kaum Asli yang diketuai oleh Pandak bin Panjang Ey, 39. (Harakah Online)Dalam majlis itu, Pandak sempat memberi 'kata dua' kepada parti-parti politik yang bertanding di Galas agar tidak masuk ke perkampungan Orang Asli untuk berceramah sebaliknya, semua ceramah dan majlis penerangan akan dibuat sendiri oleh masyarakat berkenaan. (BERNAMA)
Malah mendahului UMNO dan Barisan Nasional, PAS KELANTAN sudah pun MENGHULURKAN RASUAH kepada masyarakat Orang Asli dengan 'PERUNTUKAN' sebanyak RM550,000 untuk membeli dua buah kenderaan pacuan empat roda. (BACA SINI)
Bagaimanapun, sesuatu yang sangat menarik ialah, sekalipun masyarakat Asli merupakan undi penentu di Galas dan 6 peti undi bermajoritikan mereka di Galas berbanding 5 bermajoriti Melayu dan 2 peti undi bermajoritikan Cina, tiada sebarang kecenderungan daripada mana-mana parti politik untuk memilih salah seorang daripada pemimpin masyarakat Asli di Galas sebagai calon mereka untuk pilihanraya kecil.... dari dulu, kini dan selama-lamanya.
Sesuatu yang sangat menarik ialah TIADA LANGSUNG KEINGINAN dari pihak UMNO atau PAS untuk menyentuh tentang ISU GEREJA ORANG ASLI TEMIAR di Pos Pasik, mahupun isu PEMBALAKAN bermaharajalela yang menyebabkan 200 orang penduduk Pos Pasik terpaksa minum air berlumpur. (BACA SINI dan SINI).
Sekalipun PAS menerusi Naib Presidennya, Mahfuz Omar mengakui, persediaan untuk pilihanraya telah dilakukan ketika penyandangnya, Allahyarham Chek Hashim Sulaima SEDANG MENDERITA KESAKITAN (Malaysian Insider), hakikatnya PAS juga turut gentar di Galas memandangkan Orang Asli Temiar Kristian pastinya 'MARAH' kerana kerajaan negeri tidak menyokong pembinaan gereja mereka, sekalipun yang mengeluarkan arahan adalah JHEOA.
Walau apapun, menjelang 4 November ini, tatak dan jajak akan mateh mareh di perkampungan Orang Asli. Babuk hok pakai baju kurung pink dan yang digelar Srikandi pun akan muncul sambil mempamerkan keprihatinan tahap melampau. Sayet hok beringus hijau pun demo sanggup cium...
Tu belum lagi cerita orang lompat parti selain janji nak bina jambatan emas dan perak dari Gua Musang ke Putrajaya....


1 comments:
HusaM Mus kabor2 nak letakkan calon dari org asli..
Kerana politik..slogan kepempinan ulamak dah tak relevan lagi.
Post a Comment