Nama Tengku Razaleigh Hamzah di arena politik Malaysia sebenarnya mempunyai pelbagai warna dan peristiwa. Malah individu yang bernama Tengku Razaleigh Hamzah itu sendiri sesungguhnya seorang yang sangat pelbagai.Ketika kemuncak kerjayanya selaku ahli politik sekitar pertengahan 1980-an atau lebih tepat lagi 1988, Tengku Razaleigh cukup terkenal dengan 'Parlimen Langgak Golf'. Dan bertitik tolak daripada 1988 jugalah, dengan bantuan Tengku Razaleigh Hamzah, PAS berjaya mengalahkan Mohamad Nor Yaakob dan menaikkan Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan.
Bagaimanapun beberapa portal berita yang lebih berpihak kepada pihak pembangkang menyiarkan berita yang Tengku Razaleigh belum lagi memberi kata putus berhubung perlantikannya serta cadangan untuk menamakannya sebagai calon UMNO di DUN Galas.
Tengku Razaleigh Hamzah juga tidak terkecuali dengan skandal. Skandal paling hebat yang dikaitkan dengan Tengku Razaleigh Hamzah adalah skandal BMF-Corrian di Hong Kong yang bermula daripada pembunuhan Abdul Jalil Ibrahim di kebun pisang di Kelang apabila Allahyarham Abdul Jalil cuba mendedahkan penyelewengan RM1.2 bilion wang Bank Bumiputera Malaysia Berhad di dalam BMF menerusi Corrian Group.
Itu cerita dululah....
Pilihanraya Kecil DUN Galas bakal diadakan tidak lama lagi. Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil itu mewakili Barisan Nasional. Daripada pegawainya, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan telah menerima tawaran tersebut dengan hati terbuka dan beriltizam untuk merampas semula Kerusi DUN Galas yang akhirnya dimenangi oleh Chek Hashim Selema selepas dua kali mencuba.
Bagaimanapun beberapa portal berita yang lebih berpihak kepada pihak pembangkang menyiarkan berita yang Tengku Razaleigh belum lagi memberi kata putus berhubung perlantikannya serta cadangan untuk menamakannya sebagai calon UMNO di DUN Galas.Sama ada ahli politik warisan era Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu bermain tarik tali atau sebaliknya, ia sebenarnya adalah ciri-ciri yang terdapat dalam permainan ini. Dan kerana itulah, pihak yang paling hebat 'menyerang' adalah PAS, saingan terdekat UMNO di Galas dan Kelantan secara keseluruhannya.

Nik Aziz telah pun menggerakkan perang minda apabila menyatakan, bukan taraf Tengku Razaleigh untuk bertanding di kerusi DUN memandangkan pengalamannya yang luas serta darah dirajanya. Kata-kata Nik Aziz itu segera dibalas oleh para penyokong UMNO dengan andaian PAS sebenarnya sangat takut jikalau UMNO benar-benar menurunkan Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding di kerusi berkenaan.
Hakikatnya, PAS tidak peduli pun sesiapa sahaja yang diletakkan di kerusi berkenaan untuk bertanding. Keyakinan PAS untuk menang sangat menebal, apatah lagi jaminan bahawa 80% undi Cina dan 40% undi Orang Asli akan berpihak kepada mereka. Ulangan Hulu Selangor di pedalaman Kelantan itu akan berlaku dan UMNO mungkin terpaksa bergantung kepada undi India yang tidak seberapa tetapi sangat signifikan.
Ternyata permainan PAS berjaya melekakan UMNO. Ramai pemimpin UMNO yang berkeyakinan tinggi, mereka akan menang dalam pilihanraya kecil tersebut seandainya Tengku Razaleigh menjadi ayam sabungnya. Dan pada masa yang sama, PAS agak terkekang untuk menggunakan isu royalti minyak memandangkan Tengku Razaleigh adalah sebahagian daripada pasukan menuntut royalti minyak Kelantan.
Taktik melekakan musuh seperti yang dilakukan oleh DAP ketika Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, memang terbukti sangat berjaya. UMNO dan BN tidak sukar dikalahkan jikalau perasaan mereka berjaya dibuai. Apa yang perlu PAS, DAP dan PKR lakukan ialah memuji-muji kekuatan jentera, kecerdikan strategi dan ketokohan Barisan Nasional serta UMNO. Kemudian siarkan dan besar-besarkan cerita tentang ahli-ahli PAS melompat masuk ke dalam UMNO di Galas dan Gua Musang. Panggil tujuh lapan Orang Asli, suruh depa berlakon menyerahkan borang keahlian UMNO, pastinya UMNO akan cukup berkeyakinan mereka telah mendapat sokongan padu daripada 2000 orang pengundi Orang Asli.
Kalaulah itu yang dilakukan oleh Pakatan PAS, DAP dan PKR terhadap UMNO dan BN, nescaya sebelum penamaan calon lagi, UMNO dan BN sudah tersungkur....



0 comments:
Post a Comment