1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, October 3, 2010

SAMPAI BILA NAK TUTUP MASALAH RASUAH DI NEGARA INI?

Sunday, October 3, 2010
Kalau sebut RASUAH dan SALAHGUNA KUASA yang berlaku di kalangan kakitangan awam, pastinya ketua-ketua mereka akan melompat sakan untuk membela anak-anak buah masing-masing. Malah ada ada yang tidak segan silu cuba MENCABAR orang awam agar menyalurkan segala maklumat tentang kegiatan tidak bermaruah kakitangan mereka, KUNUN-KUNUNNYA agar tindakan dapat dilakukan segera, walaupun apa yang berlaku selepas itu ialah, KES BERKENAAN HILANG GHAIB BEGITU SAHAJA!!!!

Berita tentang 10 orang anggota polis melarikan 43 kilogram dadah sehingga 'BERJAYA' membebaskan seorang suspek dadah yang sepatutnya dihukum gantung, benar-benar menimbulkan kecurigaan terhadap integriti pihak polis dalam menangani rasuah dan salah guna di kalangan anggota-anggota polis. Malah jawapan daripada Ketua Polis Negara yang baru juga nampaknya tidak begitu meyakinkan. Apatah lagi dengan fakta, anggota-anggota polis yang menyalahgunakan kuasa itu, MASIH LAGI MENJALANKAN TUGAS SEPERTI BIASA!!!

BERITA HARIAN hari ini melaporkan tentang seorang pegawai kastam dan tujuh yang lain menjalankan kegiatan MENERIMA RASUAH secara lepas bebas di Jeti Pulau Ketam membabitkan pendatang asing. Mereka ditahan kelmarin dengan wang tunai berjumlah RM100,000 yang dipercayai duit rasuah di Jeti Penumpang Pulau Ketam dan beberapa lokasi lain di Klang.

Masalah RASUAH yang berleluasa di kalangan kakitangan awam, khususnya di kalangan anggota polis, Imigresen, Kastam dan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan yang lain, sememangnya SANGAT PARAH dan memerlukan PERANG KONVENSIONAL, bukannya perang glamour seperti yang dilakukan sekarang.

Kisah anggota polis trafik yang meminta rasuah 'berapa-berapa yang awak adalah' bukan lagi perkara rahsia. Kalau itulah maklumat yang Ketua Polis Selangor, Khalid Abu Bakar mahukan, dia boleh suruh anaknya sendiri pergi menyamar dan melihat sendiri anggota-anggota polis di Selangor melakukan rasuah kecil-kecilan. Atau Khalid Abu Bakar mahupun ketua-ketua polis negeri yang lain, menyamar sebagai Indon sesat tak berdokumen dan menginap di lokap barang semalam dua... dan selepas itu tahu bagaimana kegiatan rasuah sehingga RM3000 bagi satu kepala Indon dibuat oleh balai yang melokapkan pendatang berleluasa tanpa sebarang tindakan.

Mustahil Ketua Polis Negeri tidak tahu bagaimana tahap rasuah di Selangor kalau hampir 2/3 penduduk Selangor adalah Indon yang datang beramai-ramai tanpa sebarang dokumen perjalanan yang sah. Kalau dah susah sangat, Khalid Abu Bakar bolehlah melepak di hadapan Mydin di tengah-tengah pekan Klang dan kira berapa kepala orang tempatan dan berapa ribu pula kepala Indon di situ. Atau barangkali Khalid Abu Bakar boleh datang ke Pandan Indah dan kira, berapa kerat kepala Cina tempatan berbanding kepala Cina Tongsan yang haram tak sepatah Bahasa Melayu pun depa boleh sebut.

Mungkin kesalahan itu boleh diletakkan kepada pihak Imigresen... hakikatnya, Khalid Abu Bakar kenalah mengakui kadar rasuah sememangnya SANGAT TERUK di kalangan Polis Selangor. Tak perlulah melindungi pasukan polis dengan mencabar agar diserahkan maklumat berhubung kegiatan rasuah berkenaan. Tidak ramai sebenarnya yang ingin atau bekerjasama memandangkan KETAKUTAN terhadap kesan yang berlaku selepas itu.

Apa yang perlu dilakukan oleh Khalid untuk menebas-tebang PENJENAYAH RASUAH di kalangan Polis Selangor adalah dengan melakukan siasatan dalaman yang lebih efektif berbanding sekarang. Tidak guna terus MENEMBERANG SEKALIAN RAKYAT bahawa Ketua Polis Selangor membenci RASUAH padahal perang terhadap rasuah di kalangan pasukan sendiri, dilakukan sambil lewa.

Itu baru di Selangor.... pertanyaan terus muncul, sampai bilakah KERAJAAN MALAYSIA benar-benar akan membersihkan PERKHIDMATAN AWAM dan KAKITANGAN KERAJAAN bebas daripada rasuah? Sampai bila masalah rasuah hendak disapu di bawah karpet seperti yang diamalkan sekarang ini? Sampai bilakah masalah rasuah HANYA DIATASI DENGAN MEMINDAHKAN KAKITANGAN TERBABIT bukannya dengan menghukumnya kerana mengkhianati amanah orang ramai?

3 comments:

putera.makasar said...

tiba bab rasuah ni,malas nak komen.
sebabnya..bila sebut pasal rasuah.kerajaan juga yg dipersalahkan.
polis rasuah,imegeresen rasuah,kastam rasuah,penguatkuasa rasuah..opsss..lupalak...JPJ rasuah..
betul ke ni..mereka rasuah?
jangan main tuduh2..ada bukti ke???
ntahlah..kalau tak ada angin masakan pohon bergoyang.
kata pepatah orang dulu2...kalau tidak ada apa2..masakan tempua bersarang rendah.
atau pun istilah moden..TAK ADA KREDIT..MANA BOLIH ANTAR SMS.
banyak cerita dalam bab rasuah ni,ada cerita polis ambil h/phone dan wang pendatang tanpa izin bila mereka tahan..tahan pendatang dan bawa tempat sunyi,ambil apa yg ada dan lepas.
imigeresen pun tak kurang hebat..tengok lah berita dalam utusan hari ini.
bab kastam ni pun satu hal,ada kawan ke pejabat kastam wilayah di kelana jaya untuk buat pelepasan cukai eksport bernilai jutaan ringgit.
sebab pergi tangan apa2 buah tangan.
maka berkatalah sipegawai kastam tadi..l/b kurang camni.."DAH TAHU NAK MINTA SAIN BORANG DAN BUAT BAYARAN..TAK KAN TAK BAWA PEN..TAK ADA PEN MACAM MANA NAK SAIN"..
aduii..pejabat milik kerajaan pusat,tak ada pen ke?.dah nak muflis kot kerajaan malaysia ni.
projek jutaan ringgit bolih dilaksanakan..pen sebatang berharga 50sen tak mampu kerajaan nak sediakan.
ini sebahgian dari cerita2 disebalik tabir pejabat kerajaan kita.
itu belum masuk bab ..pagi ni belum minum,kereta saya selalu rosak perlu overhall,set audio kereta dah lama ingat nak pasang yg ada dvd,hujung bulan ni saya nak pindah rumah,kena sewa lori.
ada macam lagi cerita yang orang ramai tahu,tapi orang2 atas tak tahu,malah menteri pun buat2 tak tahu.
maaflah...jabatan lain pun bukan baik sangat..cuma tak larat nak menaip..dalam kisah kelabu asap nihhh

Anonymous said...

Dan jangan lupa satu lagi pejabat yang besar rasuah nya ialah pejabat tanah daerah tempatan. Tapi kalau di perhatikan betul betul yang menerima rasuah tak pun kaya mana, yang memberi selalu nya terdiri dari kaum cina ni, mereka lah yang kaya dari hasil rasuah yang mereka berikan. Habis tanah tanah kerajaan di sapu dan dijadikan ladang sawit tetapi tracer atau pembuka pelan pejabat tanah kekadang kala makan duit rasuah sehinggakan apa bila pencen pun rumah murah yang de beli tidak habis bayar. Ini lah hakikat nya rasuah tidak membawa berkat dan ianya adalah suatu yang patut di perangi seperti dadah. Apa yang dikatakan ini betul betul berlaku di sebuah daerah di negeri Johor, sehinggakan SO atau settlement officer bolih berkata pada kawan saya yang memohon sebidang tanah yang mengandungi bijih besi, "Orang lain datang bawa duit, awak bawa AIR LIUR sahaja", sedih rasa hati apabila perkataan sebegitu diucapkan olih penjawat awam. Kalau lah perkara sebegini dilakukan berlarutan maka akan tiada lagi tanah melayu untuk generasi anak bangsa di masa depan. Orang melayu kekadang bukan nak mohon banyak cuma 5 atau 10 ekar jika dibandingkan dengan kaum cina yang memohon atas nama syarikat dan individu sehingga beratus ratus ekar yang di pohon dan itu pun ada kala nya tidak mencukupi dan penjawat awam lah yang menjadi scouting ejen nya.

Anonymous said...

tok guru kata..org bagi ambik, tak cukup mimtak lagi..tapi undi PAS na

Blog Archive

Labels