Ahli Parlimen Batu Sapi, Edmund Chong Ket Wah TERBUNUH dalam satu kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu hari, sekaligus bakal mewujudkan pilihanraya kecil ke-13 selepas Pilihanraya Umum Ke-12 lalu. Chong dipercayai sedang menunggang motosikal Kawasaki 750 di Jalan Sembulan-Tanjung Aru apabila dia terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah kereta dari arah bertentangan pada pukul 11.40 pagi tadi.
Dia berusia 54 tahun.
Ahli politik dari Parti Bersatu Sabah itu kali pertama menjadi Ahli Parlimen pada 2004 setelah memenangi kerusi Batu Sapi tanpa bertanding setelah lawannya menarik diri. Dia memenangi kerusi itu sekali lagi pada Pilihanraya Umum Ke-12 dengan mendapat 9,479 undi berbanding calon bebas, Chung Kwong Wing yang mendapat 5,771 undi.
Kalau di Semenanjung, PAS sibuk mengatur strategi untuk 'berperang' di DUN Galas, nampaknya DAP atau PKR mempunyai peluang berperang di Batu Sapi. Tentunya PKR lebih terkanan memandangkan usaha PKR menjadikan Sabah sebagai kubu kuat mereka. Tambahan pula, Jeffrey Kitingan pastinya ingin menyaingi kepopularan abangnya, Pairin Kitingan yang mengetuai PBS.
Yeaaaaaa.... pilihanraya lagi....


0 comments:
Post a Comment