Tuesday, October 5, 2010

SYUKUR, PKR SUDAH BERUBAH!!!!


PKR tidak akan bertolak ansur dengan POLITIK EKSTREM. Oleh kerana itu, PKR tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota parti yang bersekongkol dengan pertubuhan ekstrem seperti PERKASA. (Harakah Online)

Itu yang ditegaskan oleh Mustaffa Kamil Ayub yang sebelum ini menerima sokongan moral daripada Ketua Wira Perkasa, Armand Azha untuk menjadi Timbalan Presiden PKR.

Mustaffa Kamil Ayub adalah Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa dan Biro Latihan PKR. Dia juga merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Keadilan Perak. Namanya cukup terkenal sebagai pemimpin pelajar ketika menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Malah dia pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan pada tahun 1995.

Mungkin menyedari sokongan daripada Ketua Wira Perkasa, Armand Azha bakal menyebabkan dia dimusuhi oleh kalangan rakan-rakan di dalam PKR, Mustaffa Kamil Ayub terpaksa mengeluarkan kenyataan sepantas mungkin dengan nada memusuhi PERKASA malah terpaksa mengulangi perangai stereotaip ahli-ahli PKR dengan memberikan label keji terhadap entiti yang menjadi serangan mereka.

Satu persoalan yang muncul apabila membaca berita tersebut ialah, SEMENJAK BILA PULA PKR tiba-tiba sahaja bukan sebuah parti politik ekstrem? Tidakkah asas penubuhan parti itu adalah disebabkan perangai ekstrem? Bukankah Adil, Keadilan, PKN dan PKR ditubuhkan atas dasar ektrem untuk membebaskan KEMALUAN JAHAT ANWAR IBRAHIM?

Agak menarik apabila para pemimpin PKR berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan pihak lain ekstrem dan mereka bersikap liberal serta terbuka. Padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Perhatikan sahaja bagaimana proses pemilihan yang sedang rancak berjalan. Tidakkah ianya melibatkan unsur-unsur ekstrem?

Namun yang paling jelas dan nyata ialah sehingga kini tiada sebarang jawapan, penafian mahupun pengesahan bahawa PKR sebenarnya adalah ENTITI FREEMASON dan ILLUMINATI di negara ini yang membawa ajaran LIBERAL dan KESAMARATAAN. Apatah lagi menerusi hubungan baik antara Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh utama ILLUMINATI dan FREEMASON yang turut menganggotai pertubuhan Zionis sedunia.

Begitu juga hubungan akrab Anwar Ibrahim dengan Nurcholish Majid yang memperkenalkan 'MAZHAB PARAMADINA' menerusi 'KITABNYA' yang sangat terkenal, FIQH LINTAS AGAMA. Kitab berkenan memperjuangkan WIHDATUN ADYAAN (kesatuan dan kesamarataan agama). Nurcholish Majid juga sangat terkenal kerana menubuhkan sebuah universiti yang memperkembangkan ajaran PLURALISME dan Islam Liberal. Nurul Izzah, anak sulung Anwar Ibrahim yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai pernah dihantar ke universiti berkenaan atas urusan MENCARI PENGARUH.

Nurcholish Majid telah meninggal dunia pada 29 Ogos 2005. Mempunyai dua orang anak di mana salah seorang daripada anaknya telah berkahwin dengan Yahudi Amerika Syarikat.

Mustaffa Kamil Ayub tidak teringin ke nak menjelaskan tentang MASLAHAT ini? Tidakkah sesuatu yang ekstrem apabila Islam cuba diliberalkan dan dipluralkan dengan agama-agama lain? Dalam hal ini, ahli-ahli dan para pemimpin PAS seharusnya bertanya kepada kepimpinan utama PKR, bagaimana selama setiap penganut taat kepada agama masing-masing, adakah mereka kafir atau sebaliknya?

Kesan pluralisme sudah dapat dilihat apabila Anwar Ibrahim dan Khalid Samad dari PAS mengisytiharkan dan BERBANGGA dengan penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam di Malaysia terutama kaum Kristian yang rata-ratanya bermazhabkan Katolik dan bukannya Koptik!

Tidakkah itu juga namanya EKSTREM, wahai Mustaffa Kamil Ayub?

Nota: Allah Taala telah menerangkan tentang Diri-Nya menerusi beberapa ayat dan yang paling utama adalah Surah Al-Ikhlas (kenapa dinamakan Surah Al-Ikhlas padahal tak satu perkataan ikhlas pun terdapat di dalam surah berkenaan, barangkali Khalid Samad dan Anwar Ibrahim mahupun penyokong perkongsian kalimah Allah boleh menjelaskannya), biarpun Allah Taala juga menegaskan bahawa Dia adalah Tuhan Seru Sekalian Alam.

0 comments:

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template