
Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor sememangnya mencari jalan popular apabila membelasah Pemuda dan Puteri UMNO sebagai sayap-sayap UMNO yang malas bekerja tetapi CUKUP RAJIN mengejar jawatan di dalam parti. Tindakan dan kenyataannya itu dilihat telah menurunkan semangat Puteri UMNO dan Pemuda UMNO.
Sememangnya Tengku Adnan tidak mengkaji sehalus-halusnya kerajinan dan kekuatan kerja Puteri serta Pemuda UMNO. Kalau Tengku Adnan membuat tinjauan dan kajian, sudah tentulah dia tidak akan tergamak untuk mengeluarkan cakap-cakap macam tu.
Macam mana pula Tengku Adnan mengatakan Pemuda UMNO tidak memberikan fokus kepada menguatkan UMNO menerusi akar umbi dan generasi muda sedangkan Ketua Pemuda UMNO sudah pun menjadi liberal dan berfikiran terbuka dalam segala hal, termasuklah menyokong rasis Cina tetapi mengecam dan mengutuk mana-mana Melayu yang baru dituduh rasis.
Kegiatan Pemuda UMNO banyak digerakkan oleh Ketuanya, Khairy Jamaluddin. Jadi, setiap kali Khairy Jamaluddin terkeluar di media-media mahupun portal-portal berita, tu tandanya Pemuda UMNO sedang bekerja kuatlah. Kalau Khairy Jamaluddin menyokong pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Cina, tu kerja Pemuda UMNO jugalah. Perjuangan dan kerja utama Pemuda UMNO ialah membuka segala-gala yang diperuntukkan kepada Melayu untuk semua bangsa atas nama keadilan. Bagaimanapun, biasiswa dan dermasiswa daripada pertubuhan-pertubuhan Cina seperti Dong Zhong, Shuqiu dan sebagainya tidak pula diusahakan agar dibuka kepada Melayu kerana itu adalah 'HAK CINA'.
Tindakan Khairy itu memperlihatkan kematangan Pemuda UMNO. Manalah tahu, suatu hari Pemuda UMNO akan dianggotai oleh orang Cina dan India serta kaum-kaum imigran lain di Malaysia menerusi kehebatan berpolitik versi Oxford.
Apatah lagi pada zaman sekarang, Pemuda UMNO tidak boleh mendahului dalam banyak perkara. Pemuda UMNO perlu sentiasa berhati-hati dalam sebarang tindakan bagi mengelakkan UMNO dimalukan sekiranya Pemuda disaman ratusan juta ringgit kerana tersalah langkah. Itu juga adalah strategi terbaru Pemuda UMNO yang dilihat dapat menyelamatkan imej UMNO secara keseluruhannya. Pemuda UMNO sekarang ini mempunyai resam terbaru iaitu memberi peluang sebanyak-banyaknya kepada DAPSY, AMK dan Pemuda PAS untuk melakukan kesilapan. Kalau nampak tak silap dan ada sokongan, barulah Pemuda UMNO akan menyokong dari belakang.
Itulah pasalnya, kenapa Pemuda UMNO seringkali dilihat tertinggal dalam banyak isu, termasuklah isu keselamatan negara!!!

Sepatutnya Tengku Adnan turun padang dan melihat sendiri bagaimana kedua-dua sayap UMNO itu bekerja keras seperti mana yang diakui sendiri oleh Ketua Puteri UMNO yang berwajah masam, Rosnah Rashid Shirlin yang juga merupakan Timbalan Menteri Kesihatan yang lebih banyak menyerahkan hamper hadiah kepada pesakit berbanding mengambil tahu masalah kehilangan kakitangan mahir di hospital-hospital kerajaan kerana kurangnya perhatian yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka.
Mungkin kurangnya pendedahan media kepada aktiviti-aktiviti Puteri UMNO yang sangat aktif menyebabkan Puteri UMNO kelihatan sangat malas. Pendedahan hanya dibuat apabila pemimpin-pemimpin Puteri UMNO sibuk berebut dan berkempen untuk mendapatkan jawatan.
Dengan kata lain, salah medialah nih... Cerita banyak pun tak gunalah sebab Pemuda UMNO dan Puteri UMNO bukan seperti yang disangkakan oleh Tengku Adnan mahupun MAJORITI ORANG MELAYU di negara ini. Pemuda UMNO benar seperti sangkaan Khairy Jamaluddin dan juak-juak yang mengangkatnya sebagai Ketua Pemuda, manakala Puteri UMNO benarlah seperti yang disangka oleh Rosnah Rashid Shirlin yang dilihat oleh MAJORITI MELAYU sebagai budak-budak perempuan yang tergedik-gedik bila ramai jantan berkumpul terutama pada musim pilihanraya.


1 comments:
PEMUDA & PUTERI sepatutnya menerima teguran itu dengan hati terbuka & bermuhasabah diri....
Buktikan dengan KPI / Petunjuk Prestasi pencapaian mereka
Jangan ashik nak syok sendiri atau PERASAN dan HEBAT sangat dah..
BUKTIKAN DGN KAJAYAAN GALAS NANTI.
KAMI SEDANG MEMERHATI.....
Salam dari,
saya yg setuju dgn Tg NAN
Post a Comment