Sunday, October 3, 2010

TU PANTAU... CUBA PANTAU TU DIBUANG 'U' DAN DIGANTIKAN 'T'...

Malaysia, pendatang tanpa izin, rasuah untuk membenarkan pendatang dan barang-barang seludup masuk ke negara ini, selain membiakkan persundalan dan industri DAGING BERLENDIR sangat sinonim. Sebut sahaja Malaysia, akan terbayanglah perkara-perkara berkenaan. Dan seandainya anda rajin masuk forum antarabangsa di Internet, pastinya inilah imej yang dikenali oleh forumer-forumer antarabangsa.

Masuk ke negara ini secara haram, tidaklah sesukar mana. Ketika penulis bekerja di meja jenayah suatu ketika dahulu, penulis berjaya membuktikan bagaimana mudahnya sempadan negara dibolosi malah ketika mendarat, bot yang ditumpangi oleh penulis melewati bangunan yang menempatkan polis marin tanpa sebarang masalah. Ketika mendarat pun, tiada sebarang masalah.

Sewaktu penulis menyamar sebagai pendatang asing dan bersama-sama kumpulan pendatang tersebut, sepasukan RELA telah mengadakan operasi. Bagaimanapun, tekong darat yang telah MENYEDIAKAN SEGALA KEPERLUAN berjaya menjauhkan pasukan RELA berkenaan. Daripada cerita yang didengar, hampir RM10,000 telah diserahkan kepada pasukan berkenaan bagi melepaskan lebih kurang 250 orang pendatang asing Indonesia yang mendarat dan bersembunyi di sebuah paya bakau di Selangor. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan keluar terus sebaliknya terpaksa menunggu selama empat atau lima hari di dalam hutan bakau berkenaan.

Itu cerita pada 1996. Ketika pendatang tanpa izin majoritinya adalah BANGSA INDONESIA dan BANGLA. Ketika para pendatang tanpa izin banyak bersembunyi di celah-celah orang tempatan seperti di Gombak, Selayang, Kelang dan Ampang.

Sekalipun operasi demi operasi dilakukan, namun operasi-operasi berkenaan sekadar untuk menutup KEMALASAN dan KETIDAKCEKAPAN kakitangan yang berada di bawah KEMENTERIAN DALAM NEGERI. Sehingga kini, jumlah pendatang tanpa izin di Semenanjung hampir sama banyak dengan jumlah rakyat Malaysia. Itu belum lagi dikira dengan pendatang tanpa izin di Sarawak dan paling ramai di Sabah.

Pendatang-pendatang tanpa izin ini menyedut dan menghisap segala peruntukan untuk rakyat biasa. Pergi sajalah ke hospital-hospital kerajaan mahupun pusat-pusat kesihatan kerajaan, muka mereka sajalah yang bersepah-sepah. Pergi sahajalah ke pasar-pasar malam, mereka jugalah yang menguasainya. Anehnya, tiada tindakan dari pihak berkuasa. Cuba kalau peniaga tu orang tempatan, belum pacak tiang lagi, jentolak dah menunggu!!!


Apabila Hishamuddin Hussein bersuara keras tentang TINDAKAN YANG BAKAL DIAMBIL terhadap penjawat-penjawat awam terutama yang berada di bawah KEMENTERIAN DALAM NEGERI, kata-katanya tidak lebih daripada janji-janji orang politik.... janji-janji yang kalau didengar, bulan dan bintang pun boleh gugur dan bertukar menjadi berlian. Hakikatnya, TIADA SEBARANG TINDAKAN yang diambil atau kalau ambil pun sekadar untuk mematikan hujah KAKITANGAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI MAKAN GAJI BUTA!!!

"Kita tidak akan membenarkan mereka (yang melakukan kesalahan) mencemar (imej) mereka yang betul-betul komited dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab di bawah agensi masing-masing," katanya kepada pemberita di sini, Ahad. (MStar Online)

PEMBOHONGAN PALING BESAR yang dilakukan oleh Hishamuddin Hussein. BERJUTA-JUTA pendatang asing dan tanpa izin yang berada di Malaysia sekarang, adakah mereka masuk ke sini dengan begitu mudah tanpa sebarang 'kerjasama' daripada kakitangan KDN?

Sudah tentu tidak! Hishamuddin Hussein juga sama seperti Ketua-Ketua Jabatan yang lain yang akan BERCAKAP BERDEGAR-DEGAR tetapi tiada sebarang tindakan untuk kepentingan rakyat. Seandainya benar Hishamuddin dan kakitangan kementeriannya tidak terlibat dengan RASUAH dan membenci RASUAH, mengapa di SELANGOR dan PULAU PINANG bersepah-sepah dengan TIGER SHOW, selain SPA BODY TO BODY MASSAGE, URUT BATIN dan segala jenis urut yang lain? Kenapa tidak bertindak?

Mengapa rungutan dan komplen daripada rakyat tempatan seperti yang berlaku di PANDAN MEWAH tidak diambil perhatian? Mengapa operasi yang dilakukan TIDAK MENGURANGKAN atau menghapuskan Pendatang Tanpa Izin di 12 blok bangunan rumah pangsa 4 tingkat Pandan Mewah? Kenapa pendatang-pendatang tanpa izin begitu bebas di PANDAN MEWAH untuk tinggal di sini tanpa sebarang dokumentasi sambil berniaga?

Tak payah sembang deraih la, Hishamuddin Hussein... hakikatnya TIADA SEBARANG TINDAKAN diambil untuk menangani rasuah yang melibatkan pendatang tanpa izin.

Bagus lagi pihak berkuasa Indonesia... kalau depa tahu sorang rakyat Malaysia yang terlepas masuk ke negara tu secara haram, secara besar-besaran depa buru. Lepas tu, siap siarkan secara besar-besaran di semua media!!!

Malaysia?... asyik-asyik nak ambik hati Indonesia!!!!

3 comments:

Anonymous said...

adoyaii...ni hisham i memang liabiliti kepada kerajaan la..

tapi tang rasuah tu ak tak tahu la macam mana..

kadang2 pihak atasan ni je yang sedaya upaya nak perang rasuah...tapi yang orang2 bawah ni masih lagi dengan aktiviti dorang...

alasannya...gaji tak cukup nak tanggung anak bini...memang bagus..bagi la anak bini makan duit haram...

akhirnya..satu nama pasukan yang tercemar akibat aktiviti mereka ni...

aku memang x cukup suka langsung tengok pendatang asing kat negara kita ni...x kesah la yang halal ke haram ke...lebih2 lagi indon..

lagak macam ni negara dorang punya...bole pulak nak kurang ajar ngan rakyat kita..

bila bagi muka skit terus dia pijaknya muka kita...aku sendri pnah ada pngalaman cmtu...

Wake UP! on October 3, 2010 9:14 PM said...

Tangkap semua PATI tak kira bangsa walhal bangsa Cina yang jadi pelacur sekalipun dan hantar baliklah.

rempahman said...

wey..CUEPACS.. jgn dok minta minta sedekah saja, pi la jaga dan pantau kakitangan dulu, buat la yang terbaik baru la ada maruah nak minta sedekah pon.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template