Saturday, November 13, 2010

AHLI-AHLI PKR YANG KURANG AJAR DAN BIADAP!!!

Apabila Anwar Ibrahim terus menyalahkan UMNO dan BN dengan kemelut yang sedang berlaku di dalam partinya, tamparan dengan tamparan diterimanya. Anwar bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan orang yang disifatkannya sebagai Trojan-Horse UMNO sebaliknya Anwar perlu berhadapan dengan ahli-ahli partinya sendiri yang tidak berpuas hati.

Terbaru, 80 orang ahli PKR membuat demonstrasi di hadapan ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya. Kumpulan tersebut diketuai oleh bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.Jenapala dan bekas ketua Cabang Kota Raja, KS Kotappan. Mereka mendesak agar proses pengundian parti yang penuh kontroversi itu dihentikan dan dimulakan kembali dari peringkat Cabang lagi.

Perkembangan terbaru ini juga menyaksikan, Wan Azizah dicemuh kerana tidak berkeupayaan untuk menjalankan tugasnya selaku Presiden PKR. Sebaliknya Wan Azizah memilih untuk berada di belakang bayang-bayang suaminya. Wan Azizah dengan kata-kata lain, tidak berkelayakan langsung untuk menjawat jawatan Presiden PKR.

Campurtangan Anwar di dalam proses pemilihan bagi memastikan kemenangan Azmin Ali, turut disentuh. Sekalipun Anwar tidak langsung menjawab tuduhan tersebut, manakala Azmin Ali pula berlagak seperti budak naif, namun kebanyakan ahli PKR cukup percaya, Anwar sememangnya mengatur keputusan agar berpihak kepada Azmin Ali.

Itulah nasib yang menimpa Anwar dan PKRnya. Walaupun bermula dengan baik dan kelihatan gagah perkasa, sikap kukubesi Anwar yang sentiasa cuba dinafikan baik oleh Anwar mahupun ahli-ahlinya, kini terserlah.

Anwar tidak akan bertindak atau mengambil sebarang tindakan. Semenjak dahulu lagi, salah satu sikapnya yang paling ketara ialah, dia akan membuat kacau dan kemudian berharap akan ada orang lain yang tolong cover atau selesaikan masalah yang telah diciptanya. Contoh terbaik ialah apabila berlaku kekecohan di dalam UMNO pada 1987 iaitu 5 tahun selepas Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan kabinet, dia berjaya menyembunyikan topengnya. Namun apabila dia memilih untuk mencantas Allahyarham Tun Ghafar dan mencaturkan bidak-bidaknya, Anwar tidak pernah menyesal. Apabila UMNO semakin terkenal dengan imej korporat dan penyelewengan kuasa, hasil perbuatan Anwar Ibrahim, dia juga tetap tidak berbuat apa-apa, sebaliknya menubuhkan Jawatankuasa Anti Rasuah yang dia sendiri adalah pengerusi tetapi tetap tidak melakukan apa-apa.

Sekarang PKR berada sepenuhnya di bawah tangan Anwar. Seluruh perhatian diberikan sama ada Anwar benar-benar akan berjaya mengamankan partinya sendiri atau dia akan kekal sebagai Anwar Ibrahim yang asal... yang bijak membuat kacau tetapi berharap ada orang lain yang menyelesaikan kekacauan tersebut sebelum dia muncul semula untuk berlagak konon-kononnya dialah yang menjadi penenang dan penyelesai masalah seperti yang ditunjukkannya sepanjang Pakatan Rakyat wujud.

6 comments:

Anonymous said...

Hoi PKR, mampoih pi kat hampa.. itu komen aku. Orang bodo dan dungu saja yang tugu dan lihat, orang yang cerdik dah lama belah....

Sumpah Anwar said...

Cuba Tanya Anwar peristiwa di Dewan SM Kian Kok, Kota Kinabalu pada kempan Pemilihan UMNO melalawn (Tun) Ghafar Baba ketika itu. Cuba tanya dan tanya. Apa yang dibawa oleh kuncu-kuncunya dalam beberap buah beg....

Anonymous said...

sebenarnya apa yang berlaku didalam PKR daripada penelitian aku semua ini adalah ciri dan corak FREEMASON ... perkara itu dan ini siapa diperkudakan dianaiayakan diketepikan sengaja direka kalo korang nak paham pi search kat internet bagaimana cara GOLONGAN FREEMASON menjajah dunia ... salam ...take out both of U ...

Anonymous said...

Ketika mula era reformasi pada tahun 1998, aku antara pemuda yang menyokong perjuangan Anwar.

Nasib baik aku bukan penyokong fanatik, aku mampu berfikir mana yang baik dan mana yang buruk.

Isu utama aku menyampah dengan Anwar apabila membenarkan Pakatan Rakyat (PR) memberi tanah kepada Kg. Baru Cina selama 999 tahun sedangkan untuk Kg. Tersusun Melayu tetap kekal 99 tahun.

Kemudian, mahu memerintah dengan cara memujuk YB daripada Barisan Nasional (BN) melompat parti dan menubuhkan kerajaan pada 16 September 2008.

PR mahu YB BN lompat parti tetapi apabila YB PR lompat parti suruh letak jawatan untuk buat pilihan raya kecil (PRK).

Anwar tidak mahu bersumpah di depan al-Quran dan di dalam masjid menafikan dirinya tidak meliwat Saiful Bahari. Jika dia berani bersumpah, aku percaya dia tidak melakukannya.

Dalam PR ada PAS, dulu aku hormat PAS tetapi sekarang hukum al-Quran boleh diubah-ubah.

Dulu UMNO parti kafir apabila berkawan dengan Cina dan India. Sekarang tidak kafir.

Dan banyak lagi jika direnung-renungkan.

Anonymous said...

segala kekotoran dan tahi2 dalam UMNO yg diwar2kan oleh Anwar adalah ciptaan Anwar..mujur Tun M dah pecatnya.

Lihatlah sendiri, apa yg berlaku dalam PKR kini spt Deja Vu..

anak melayu on November 14, 2010 4:11 PM said...

bodoh punya anwar... kalau betul pun umno punya angkara memang patut la kan? umno musuh pkr, pkr musuh umno tak gitu? kalau betul la porak poranda dalam pkr kerana umno bermakna umno berjaya, pkr yang lemah.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template