Bekas Menteri Penerangan yang memalukan Malaysia ke seantero dunia suatu masa dahulu dengan "you... you... you... al jazeera.. you" berkata, Malaysia wajar mencontohi Singapura yang menjadikan hari kekacauan sebagai simbol hari perpaduan negara tersebut. Malaysia wajar menjadikan tarikh 13 me setiap tahun sebagai hari perpaduan seperti mana Singapura menjadikan tarikh 21 Julai 1964 sebagai permulaan kepada sambutan hari muhibbah pada 21 Julai setiap tahun.
Sebenarnya ada banyak perkara yang perlu ditiru dari Singapura, bukan setakat hari perpaduan atau hari muhibbah semata-mata. Sebaliknya Singapura boleh ditiru bagaimana mereka mengaplikasikan undang-undang sehingga suara pembangkang tidak boleh kedengaran langsung. Kaedah Singapura yang menyekat apa-apa sahaja suara yang berkait dengan pembangkang, boleh ditiru bulat-bulat bagi mengurangkan ketegangan kaum, kerapuhan perpaduan, serta mengekalkan status quo Barisan Nasional. Dan sekiranya pembangkang masih lagi bersuara, tekan suara pembangkang sehingga mereka akhirnya terpaksa menarik diri kerana masing-masing sudah bankrap dan tidak boleh terlibat dalam politik lagi.
Sayang sungguh, Malaysia tidak meniru kaedah Singapura itu....
Malaysia juga boleh meniru kaedah penghapusan rasuah Singapura yang bermula dari akar umbi. Wujudkan mata-mata gelap yang sentiasa memantau sebarang pergerakan rasuah, terutama rasuah runcit atau rasuah kecil-kecilan termasuklah penghantaran hamper atau membelikan rim tayar kereta, atau meletakkan sebiji penghawa dingin atau menaja perjalanan makan angin untuk pegawai kerajaan yang menjaga projek. Untuk tujuan tersebut, tidak salah jikalau Malaysia turut sama menggunakan kaedah yang dipelopori oleh Pol Pot Kampuchea dalam tujuan mewujudkan sebuah Ethiopia dan Shangri-La di negara. Latih anak-anak kecil dan golongan kanak-kanak sebagai pengintip. Mana-mana orang yang didapati bersalah, jatuhilah hukuman seberat-beratnya termasuklah potong tangan dan korek biji mata.
Sayang sungguh, Malaysia tidak pernah terfikir untuk melaksanakan kaedah berkenaan....
Malaysia boleh meniru kaedah Singapura dalam usaha memastikan pembabitan semua bangsa dan kaum di negara itu dalam angkatan tentera dengan mewajibkan perkhidmatan buat semua rakyatnya. Mana-mana yang enggan dan cuba melarikan diri, campak mereka ke dalam penjara di bawah tanah atau hilangkan sahaja mereka di mana-mana termasuk dengan rekod-rekod serta butir diri mereka sekali. Pada masa yang sama, pastikan tiada seorang pun bangsa selain bangsa Melayu yang boleh menjawat jawatan penting dalam angkatan tentera, termasuklah menjadi juruterbang mahupun dalam kor kereta kebal. Kaum-kaum lain selain Melayu-Bumiputera hanya boleh menjadi prebet atau jawatan paling tinggi pun setakat kapten. Manakala dalam perkhidmatan polis pula, mereka harus menjadi konstabel dan jawatan tertinggi hanyalah Inspektor.
Sayangnya, Malaysia tidak pernah terfikir untuk menggunakan kaedah tersebut bagi menangani masalah kurang semangat patriotik di kalangan bukan Melayu-Bumiputera.
Namun yang paling penting, Malaysia boleh meniru Singapura dalam usaha memupuk perpaduan dan muhibbah. Mana-mana pemimpin yang cuba menyentuh perkauman atau mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan kaum, wajar dihukum penjara di bawah tanah tanpa perlu dibicarakan untuk tempoh yang panjang. Dan kalaupun mereka bebas, tangkap dan simpan mereka lagi sehingga akhirnya mereka bosan untuk memperkatakan tentang politik. Kalau Tan Sri A. Samad Ismail hidup lagi, bolehlah tanyakan kepadanya apa yang telah dibuat oleh Lee Kuan Yew walaupun dia merupakan salah seorang pendiri parti PAP Singapura....
Sayangnya, Malaysia terlalu lambat untuk meniru sehingga cetusan perkauman sangat mudah dibuat, terutamanya dari kalangan pemimpin pembangkang yang kemudiannya menuduh UMNO sebagai rasis dalam usaha mereka untuk melindungi perbuatan salah mereka.
Apatah lagi, Kit Siang yang terlibat secara langsung dalam Tragedi Berdarah 13 Mei 1969, sehingga kini masih bebas untuk mencetuskan pergaduhan kaum yang diselindungkan di sebalik kesamarataan, ketelusan, keadilan dan sebagainya yang molek-molek. Sehingga kini Kit Siang telah membuktikan betapa kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN terlalu lemah untuk menjaga negara ini!!!!
Cuepacs urges Govt to upgrade 50,000 civil servants under Grades G17, G22,
G26
-
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil
Services (Cuepacs) wants the grades of about 50,000 civil servants in the
technic...
37 minutes ago


1 comments:
bila tegas dan menindas, barulah mereka kecut dan hormat!
Post a Comment