
Macam tak percaya pula apabila Anwar kata, kalau ada konsensus daripada kepimpinan PKR yang dia harus berundur, maka dia akan mematuhinya. Macam tak percaya pula, Anwar Ibrahim yang cukup terkenal dengan slogan LAWAN TETAP LAWAN, tiba-tiba sahaja mengaku akan patuh kepada suara ramai. Sejak bila pula tiba-tiba Anwar Ibrahim berubah sikap? Adakah penyengutuannya dengan PAS dan DAP telah memunculkan sifat-sifat baik di dalam dirinya?
Memang musykil apabila Anwar tiba-tiba mengubah sikap. Kalau orang kat belah utara, tindakan Anwar itu diibaratkan sebagai BUANG TEBIAT. Maknanya tak lama lagi, dia dah nak menemui ajal ler... cuma dalam keadaan Anwar Ibrahim, ajal yang dimaksudkan bukanlah yang membabitkan nyawanya kerana Anwar mempunyai ramai pengawal yang sanggup mengorbankan diri mereka untuknya.
Ajal yang dimaksudkan, sudah tentulah pembabitannya dalam PKR atau POLITIK KEMALUAN RAKYAT. Dengan sistem perundangan yang nampaknya tidak menyebelahi Anwar Ibrahim memandangkan barisan peguam mahalnya tidak pun cuba menyanggah fakta dan bukti sebaliknya sekadar untuk mencari peluang menunda kes, sehinggalah kepada pemilihan jawatan-jawatan penting di dalam PKR yang mendedahkan bagaimana Anwar sendiri menjadi petualangnya, Anwar Ibrahim seperti sedang menggamit nasib malangnya pada tahun 1998. Bezanya kali ini, dia tidak berjawatan di dalam kerajaan.
Dalam artikel MALAYSIAKINI, Anwar Ibrahim menyelar Utusan Malaysia, Dr. Asri Zainal Abidin dan Zaid Ibrahim sebagai golongan pengkomplot yang cuba membuatkan dia meletakkan jawatan dan 'berehat'. Katanya, dia hanya akan berbuat begitu apabila ada desakan rakyat.
Rakyat mana yang dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim, hanya dia yang lebih mengetahui. Kalau dikatakan rakyat Malaysia, kenyataannya itu memang keterlaluan. Apakan tidak, dari tahun 1999 sehingga 2008, majoriti rakyat menolaknya namun dia masih tetap MENDABIK DADA di sana sini bahawa majoriti rakyat menyokongnya. Hanya kerana Pakatan Rakyat haram telah memenangi kerusi parlimen lebih daripada sepatutnya, Anwar Ibrahim membuat rumusan semudah itu.
Dan hari ini, dia mengulangi semula kisah sedihnya 12 tahun lalu.... dengan persoalan yang ditinggalkan, ANWAR DAH BERUBAH DAN BERTAUBAT? Sejak bila pula Anwar yang kalah dalam serba-serbi, tiba-tiba sahaja menang selain daripada menang dalam memecahbelahkan negara, menghuru-harakan negara ini dan melakukan pelbagai perkara yang memberikan kesan negatif kepada negara ini?
Jadah apa pula dia nak mengata yang dia tidak akan tunduk kepada ORANG YANG KALAH? Bukankah dia sendiri SENTIASA KALAH terutama dengan nafsunya?


3 comments:
Oooii, tak kan hang tak tau. BABI tu memang pandai. Talam dua muka. Nak tunjuk dia demokrasi laa konon.
Lepaih kena belasah dan memang sah PKR Haprak macam dajai, dia nak tunjuk baik.
Macam dia maki Yahudi dulu, pas tu pi hemoi kat Amerika nak tunjuk baik.
Dia kan macam POKEI. Luar cakap lain. Malam2 sambil main juboq, dia cakap lain.
Frm
Jalan Pegawai ke Beranang.
ishhh hampa ni gerun ngan Anwar ni..(aku tulis bagi pihak AlKAMAL ALSANUSI ALANWARI)
hah, nak berundur??? cari anwar lain la.... kalau yg ni sampai kiamatpun tak akan berundur :-(
Post a Comment