Lagi-lagi yang dipersalahkan oleh Lim Kit Siang adalah Utusan Malaysia. Lagi-lagi lagu yang berkumandang di bibirnya adalah 'berbau hasutan'. Dan lagi-lagi Lim Kit Siang tetap menyalahkan Melayu bagi kekacauan dan gangguan terhadap persefahaman kaum di negara ini.Apabila Utusan Malaysia mengesyorkan agar 13 Mei dijadikan hari perpaduan, Lim Kit Siang terus melenting. Katanya, Utusan Malaysia sengaja mencetuskan rasa tidak senang antara kaum di negara ini.
"Semalam Utusan Malaysia ada mengeluarkan satu laporan yang menyifatkan 13 Mei satu tarikh keramat dan perlu disambut meskipun ianya satu hari hitam dalam sejarah Malaysia di mana nyawa semua kaum terkorban."Bukankah ini merupakan satu hasutan dan sangat berbahaya? Apa pandangan Menteri dan adakah ianya satu tajuk berita yang perlu dikaji oleh jawatankuasa sensitiviti kerana Utusan Malaysia dianggap sebagai lidah rasmi Umno.
"Adakah ini pendirian Umno dan Barisan Nasional dan bolehkah ada satu sikap yang serius untuk mengutuk laporan seperti ini," kata beliau. (HARAKAH DAILY)
Sebenarnya apa yang hendak dicakapkan oleh Lim Kit Siang? Apa isyarat yang hendak diberikan oleh Lim Kit Siang kepada MELAYU-BUMIPUTERA? Apa ketakutan sebenar Lim Kit Siang pada 13 Mei 1969 dan apa putar belit yang hendak dilakukan oleh apek puaka itu?
Walau apa pun sejarah yang telah dibelit, bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur, khususnya di Kampung Bharu pada 10 hingga 13 Mei 1969, pasti akan tahu siapakah dan apakah yang menyebabkan berlakunya tragedi berkenaan. Tak perlulah Lim Kit Siang menyalahkan UMNO, Tun Razak mahupun Datok Harun Idris yang menjadi Menteri Besar Selangor pada waktu itu.
Maka, kalau benarlah Utusan Malaysia wajar dikenakan tindakan kerana sengaja menyebut tentang 13 Mei sehingga didakwa menimbulkan perasaan kurang senang, seharusnya tindakan yang lebih keras diambil terhadap orang dan pihak yang mencetuskan tragedi tersebut.
Sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap pencetus peristiwa 'MELAYU TANAM JAGUNG', 'SAPU MELAYU', 'MELAYU BODOH', 'MELAYU BALIK KAMPUNGLAH'. Sebaliknya tekanan dan ingatan hanya dibuat terhadap orang Melayu yang telah menerima kesan langsung apabila DAP dan part-parti Cina memenangi kerusi-kerusi perbandaran di Kuala Lumpur.
Berdasarkan sejarah, pada tahun 1950-an, Lee Kuan Yew telah membuat aduan pada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Kuala Lumpur dan kepada Duta Amerika Syarikat di Singapura tentang ketakutannya terhadap orang Melayu. Maka apabila Singapura dikeluarkan oleh Tunku dalam tindakan yang dilihat sangat gopoh dan tidak berwawasan, Lee Kuan Yew tidak membuat rayuan sebaliknya 'mengarahkan' Devan Nair menubuhkan DAP pada Oktober 1965 tetapi didaftarkan secara rasmi 18 Mac 1966.
Bagaimanapun, kuasa sebenar di dalam DAP berubah ke tangan Setiausaha Agung apabila Lim Kit Siang menjawat jawatan tersebut pada tahun 1969. Lim Guan Eng yang berkelulusan undang-undang dari University of London sebelum itu adalah Setiausaha Akhbar Lee Kuan Yew.
Maka sejarah telah membuktikan bahawa keagresifan Lim Kit Siang dan rakan-rakannya pada 1969 dalam rapat-rapat umum yang membangkitkan perasaan bencikan Melayu apabila DAP buat kali pertama menyertai pilihanraya umum, telah menyebabkan perasaan benci kaum imigran di Kuala Lumpur kepada orang Melayu.
Selain daripada DAP, kempen membenci Melayu turut digerakkan oleh GERAKAN yang kini telah menjadi komponen Barisan Nasional, PPP juga kini menjadi komponen BN, selain campurtangan Parti Buruh dan didalangi oleh Parti Komunis Malaya.


Pembabitan secara langsung Lim Kit Siang di dalam mencetuskan tragedi tersebut, sememangnya tidak boleh dinafikan. Namun tiada sebarang tindakan diambil terhadapnya kecuali pada 1987 apabila dikenakan tahanan ISA kerana cuba menimbulkan ketegangan kaum.
Sejarah 13 Mei 1969 tidak boleh disorok dan diputar belitkan kerana terdapat banyak rujukan tentangnya sama ada daripada puak pembangkang mahupun UMNO/BN. Malah maklumat daripada mereka yang terlibat secara langsung dalam tragedi berdarah tersebut lebih banyak menuding kesalahan kepada Lim Kit Siang dan DAP.
Jadi, apabila Lim Kit Siang cuba menyalahkan Utusan Malaysia kerana mencadangkan agar 13 Mei dijadikan hari perpaduan, sebenarnya Lim Kit Siang sedang cuba memutar belitkan fakta sebenar.
Seharusnya tindakan yang lebih keras diambil terhadap Lim Kit Siang. Apatah lagi Lim Kit Siang masih lagi hidup dan boleh dihukum sebagai pengajaran kepada pemimpin generasi masa kini. Barangkali kalau Lim Kit Siang adalah Melayu di Singapura, sudah pasti hanya namanya yang disebut-sebut sedangkan batang tubuhnya hilang entah ke mana.
Kita masih menunggu penjelasan dan pendedahan sebenar tentang 13 Mei daripada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Adakah mereka akan terus bersikap seperti biasa iaitu buat-buat pekak dan buta dengan alasan tidak mahu memanjangkan persengketaan dan mencetuskan semula 13 Mei 1969.


3 comments:
Lim kit siang bodoh... Baca berita dlm bahasa Malaysia pun tak paham. Tgk la sambutan apa yg dicadangkan. Bangang!
Menteri dalam negeri pun satu lembab. bengap. Benda macam ni pun tak boleh nak tolong utusan.
Lim Kit Siang, Lim Guan Eng,Karpal Singh, Jagdeep Singh, Gobalakrishnan dan ramai lagi lakhnat2 dalam DAP sememangnya anti Melayu dan agama Islam. Tapi Nik Aziz ni sudah lah bagang dan tuli kerana tak faham akan agenda jahat mereka pada orang Melayu sekarang.........Tanpa fikir panjang atau pun disebabkan gila kuasa oleh manusia yang bergelar Nik Aziz ini...apa sahaja dibuat oleh DAP semuanya betul bagi Nik Aziz dan kuncu2nya.
issssh..sapa kata Tok Guru tu bodoh dan tuli..dialah yang paling pintar sebab memilih DAP sebagai tempat untuk mengembangkan ajaran Islam..tak sedaq ka rakyat Malaysia,pemimpin DAP dah pandai guna ayat Al-Quran masa kempen..tu semua hasil dakwah PAS lah tu..hampa ni tak baik tau..nanti bila dah menang PRU13,semua nama yang disebut dalam komen ANon tu akan masuk Islam..
Post a Comment