Mustaffa Kamil Ayub, calon Timbalan Presiden PKR hari ini menempelak Berita Harian kerana menuduhnya menghantar memorandum agar Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berundur dari PKR. (Baca DI SINI)Dek kerana itu, Mustaffa Kamil Ayub memberikan masa selama 24 jam untuk Berita Harian meminta maaf kepadanya secara terbuka. Kalau tidak, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Berita Harian.
Semuanya bermula apabila Mustaffa Kamil Ayub menyertai Zaid Ibrahim dalam sidang media di rumah Zaid untuk mempertikaikan kesahihan perjalanan proses pemilihan jawatan-jawatan utama PKR yang sedang diadakan.
Dalam sidang media tersebut, Mustaffa Kamil Ayub memberikan masa selama 48 jam kepada Presiden dan pucuk pimpinan utama PKR untuk bertindak menangguhkan pemilihan berkenaan. Kegagalan berbuat begitu, akan menyebabkan dia bakal mengambil tindakan luar jangka.
Sudah hampir 48 jam bagi masa yang diberikan oleh Mustaffa Kamil Ayub. Akhirnya yang keluar dari mulutnya adalah sokongannya kepada Anwar Ibrahim dan Wan Azizah yang tidak bertukar, berubah dan bergoyang.
La... itu jer tindakannya? Ingatkan tegas sangat ler...
Kalau itulah yang diikrarkan, rasa-rasanya semua ahli PKR, termasuklah yang dah keluar dari parti tersebut, boleh memberikan jawapan yang sama. Sebenarnya apa yang telah berlaku? Mengapa nada tegang dan penuh beramaran daripada Mustaffa Kamil Ayub lebih 24 jam lalu, tiba-tiba sahaja bertukar nada.
Sesiapa pun akan membuat persepsi Mustaffa Kamil Ayub menyokong desakan Zaid Ibrahim agar Anwar Ibrahim dan Azmin Ali yang dituduh menjadi dalang kekacauan di dalam parti, berundur. Sebabnya Mustaffa Kamil Ayub sama-sama membuat kenyataan media, di rumah Zaid Ibrahim dan di sebelah Zaid Ibrahim. Cerita Zaid pasti akan membayangi cerita serta penjelasan Mustaffa Kamil Ayub sekalipun Mustaffa Kamil Ayub membawa cerita versinya sendiri.
Apabila sudah bersama-sama membuat kenyataan akhbar dan di tempat yang sama, pastinya kesimpulan mudah yang dibuat ialah Mustaffa dan Zaid berkongsi pandangan serta prinsip, seperti mana PAS, DAP dan PKR yang berkongsi matlamat untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional walau dengan apa cara sekalipun.
Apa pun kenyataan yang keluar dari mulut Mustaffa Kamil Ayub berjalan seiring dengan keputusan PKR untuk menerima penarikan diri Zaid Ibrahim!


0 comments:
Post a Comment