
Anda kenal mamat yang berpakaian lokap dalam gambar ini? Pastinya sebahagian besar daripada anda, tidak mengenalinya. Almaklumlah mukanya tidaklah seglamer Brad Pitt, namanya pula taklah komersial. Dia ni pun sebenarnya baru sangat memunculkan diri dan mengglamerkan dirinya terutama selepas kalah dalam cubaannya nak jadi YB Bera pada pilihanraya 2008.
Nama penuhnya Mazlan, bapanya Aliman. Dilahirkan pada 17 Julai 1966 di Batu Pahat, Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek. Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai dan kemudian melanjutkan pelajaran pula ke Institut Perdagangan Kota Bharu, Kelantan. Kelulusan tertingginya tidaklah diketahui tetapi cerita-cerita mitos untuk memartabatkan Mazlan Aliman menyatakan bahawa dia pernah mendapat pendidikan di UTM dan Universiti Terbuka Malaysia. Bagaimanapun, dalam satu laporan yang lain menyatakan, dia adalah seorang peguam.
Dia adalah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Pertanian PAS Pusat, Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS dan Ketua Penerangan PAS Johor. Dia juga adalah Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK), Presiden Badan Bertindak Bagi Warga FELCRA (BAPA), dan Ahli Persatuan Cina Muslim Kebangsaan (MACMA).
Serba sedikitlah tentang latar belakang yang tidaklah terlalu berwarna-warni...
Nama Mazlan Aliman mulai dikenali sewaktu Pilihanraya Kecil Hulu Selangor apabila dia begitu lantang berkempen agar peneroka-peneroka FELDA bangun memberontak dan menghalau UMNO dari kawasan mereka. Dan untuk merealisasikan cita-citanya, Mazlan Aliman mendesak agar generasi kedua FELDA, 'DIANUGERAHKAN' tanah 10 ekar seperti generasi pertama atas alasan 'jasa'.
Perlu diingat, Mazlan Aliman adalah generasi kedua di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor.
Memandangkan peneroka-peneroka FELDA merupakan FIXED DEPOSIT UMNO dan Barisan Nasional, para pemimpin Pakatan Rakyat menderu-deru masuk ke ceruk rantau FELDA dengan tujuan mengacum, menghasut dan mempengaruhi sekalipun alasan yang digunakan adalah ceramah penjelasan atau pun kelas-kelas pengajian agama. FELDA mulai menjadi sasaran PAS sebaik-baik sahaja parti berkenaan menjadi komponen Barisan Nasional pada penghujung 1960-an. Malah disebabkan FELDA jugalah menjadi salah satu faktor mengapa PAS dihumban keluar daripada Barisan Nasional.
Kecenderungan para pemimpin atasan PAS itulah yang membuatkan Mazlan Aliman cuba menonjolkan namanya. Ternyata dia berjaya terutama apabila dalam dua kes saman, FELDA terpaksa membayar kepada para peneroka setelah FELDA disabotaj oleh peguam-peguam mereka sendiri!
Dan Mazlan Aliman mendapat tugasan untuk memecahkan monopoli UMNO di FELDA dan FELCRA, dua agensi 'ciptaan' Tun Abdul Razak pada 1956 dan 1966 untuk membantu golongan Melayu memiliki tanah dan keluar dari kepompong kemiskinan, termasuklah ibu bapa Mazlan Aliman.
Kisahnya dengan FELDA sudah diketahui umum. Malah kegagalan Mazlan Aliman dalam program FELDA turut diketahui ramai. Pun begitu, orang seperti Mazlan Aliman sebenarnya bukanlah jenis manusia yang bersyukur dan tahu adab. Apa yang digelarkannya sebagai perjuangan untuk membela nasib peserta FELDA dan FELCRA yang didakwanya dianiayai, sebenarnya tidak lebih daripada sebuah kenyataan politik semata-mata.
Rasa-rasanya hampir keseluruhan rakyat Malaysia tahu bahawa peserta-peserta FELDA merupakan golongan yang paling dimanjakan oleh Kerajaan Persekutuan. Mereka mendapat tanah, menerima pelbagai imbuhan, bantuan, insentif, malahan sekarang, cukup sekadar goyang kaki dan setiap hujung bulan mengambil 'gaji' masing-masing. Semua kerja di ladang, tidak lagi dilakukan oleh para peserta FELDA tetapi oleh pihak lain. Kecuali peneroka FELDA lapis pertama yang terpaksa membersihkan, menebang tebas dan hidup tanpa kemudahan asas di tanah rancangan, lapis seterusnya sudah terlalu senang. Seolah-olah 10 ekar tanah dihadiahkan begitu sahaja kepada mereka walaupun sebahagian daripada mereka layak menerima kerana merupakan bekas perajurit negara seperti di Sungai Koyan 1, 2 dan 3.
Seandainya benar Mazlan Aliman bersimpati dan ingin membela masyarakat FELDA dan FELCRA, sewajarnya Mazlan Aliman memperjuangkan usaha yang boleh menangani keruntuhan moral yang sangat teruk di kalangan generasi ketiga FELDA. Begitu juga dengan penagihan dadah serta gejala sosial yang lain, termasuklah merempit, merompak dan jenayah pecah rumah.
Masalah itu sebenarnya jauh lebih besar berbanding apa yang 'diusahakan' oleh Mazlan Aliman. Generasi muda FELDA sudah pun mewarisi perangai Melayu lama yang gemar melihat ayam bersabung, bermain wau dan layang-layang, memutarkan gasing, atau pun bersembang dan berlonggok di kedai kopi atau pun bergendang bertandak Zapin, Inang dan joget kalau tidak pun berjoget lambak!!!
Masalah itu tidak pernah sedikit pun disentuh oleh Mazlan Aliman. Sebaliknya Mazlan Aliman terus mewujudkan RASA BERSALAH KERAJAAN kerana menghadiahkan 10 ekar tanah percuma kepada golongan sepertinya. Kerajaan sebenarnya sangat tidak adil kepada rakyat Malaysia kerana terlalu memanjakan golongan FELDA.
Dan selepas menyerang FELDA, Mazlan menggerakkan usaha menyerang FELCRA pula... apatah lagi, sebelum diserang pun, dan sebelum Mazlan masuk campur pun, rungutan terhadap FELCRA sudah lama kedengaran terutama bagi tanah yang berstatus tanah pinggir.
22 dokumen penyelewengan yang ada padanya, didakwa mempunyai bukti lengkap berlakunya pecah amanah, salah urus pengurusan FELCRA, pelaburan, ketirisan, perjanjian tanah dan projek tanam semula dalam FELCRA.
Setakat mana 'perjuangan' Mazlan Aliman selain daripada menarik sokongan untuk PAS, kita saksikanlah sama-sama.... apa-apa pun, Mazlan Aliman sedang membayar 'harga' yang telah dibelinya....
Kita akan sambung tentang Mazlan Aliman dalam artikel-artikel yang akan datang....


4 comments:
Salam..Salah tu,bukan 2 kali...1 saja Felda kalah sebab peguam tak hadir..hakim pula tak terima rayuan Felda selepas itu.Dalam kes Sungai Koyan sebenarnya Felda tak kalah cuma diarah bayar wang tanam semula kepada 11 peneroka itu mengikut peraturan Felda.Sebenarnya kalau peneroka tak saman pun Felda memang kena membayar seperti disebutkan hakim..yang rugi peneroka tersebut kerana kena bayar kos peguam dan kes Felda saman Suara Keadilan Felda dapat penghakiman ingkar kerana penerbit dan pencetaknya tak hadir..
terima kasih kerana membuat pembetulan...
Salam... Ni lah sekor lg org johor / felda lupa diri.....Hahaha.. xpe bro biar masuk mahkamah sama ke 2 tuu.. nak tengok langin tinggi or rendah.. Faktanya yg jelas x penah dlm sejarah Malaysia, kilang sawit dpt mencapai OER setinggi 25% spt dia org saman... Paling tinggi pun tidak melebihi 22%OER.. Kira FELDA bayo 18.5% OER pd dia org dah cukup tinggi tu... Stupid punya olang..
penduduk Felda sendiri kena bangkit menghalau org2 spt ini dari terus meracuni pemikiran generasi2 baru..
Tak leh kata..biaq pi lah.
Adun Sekinchan tu, satu contoh yg baik utk diteladani oleh rakyat semua. Ni baru le dikatakan SUARA RAKYAT!!
Post a Comment