Keputusan pilihanraya kecil bagi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi sudah pun diketahui. Keputusannya berpihak kepada Barisan Nasional dengan pertambahan majoriti undi berbanding majoriti yang dimenangi pada Pilihanraya Umum Ke-12 Mac 2008 lalu.
SAPP yang cuba 'mencari' untung di Batu Sapi, nampaknya karam. Manakala PKR yang diwakili oleh Ansari Abdullah, juga runtuh seperti runtuhnya jambatan yang dilaluinya. Dan kalaupun percantuman undi antara Ansari dan Yong Teck Lee, jumlahnya tetap gagal mengatasi jumlah yang berjaya dikaut oleh Linda Tsen yang TIDAK FASIH BERBAHASA KEBANGSAAN!!!
Di Galas, Nik Abdul Aziz tidak lagi menjadi faktor WOW sekalipun pelbagai mitos, superstitious dan khurafat diletakkan ke tubuh badannya dengan menjenamakan Nik Abdul Aziz sebagai ALIM ULAMA. Dr.Zulkefly Mohamed yang dipilih sebagai calon juga nampaknya tidak berjaya menepis pelbagai cerita tentang dirinya dan isterinya terutama sejarah silam sebelum perkahwinan mereka.
Namun yang terlebih penting, jentera pilihanraya PAS di Galas tidak mampu menebus dosa yang dilakukan oleh mantan ADUN Galas, gemulah Chek Hashim Sulaima yang akhirnya mati akibat kanser usus!!!
Ramai yang gembira dengan keputusan ini. Pun begitu, seperti yang berlaku di Bagan Pinang dan Hulu Selangor, pastinya kemenangan Barisan Nasional di Galas dan Batu Sapi tidak akan aman. Terlalu banyak isu yang akan ditimbulkan, malah keputusan berkenaan juga akan diheret ke mahkamah untuk dipertikaikan dan kemudian berharap agar keputusan pilihanraya berkenaan dipindahkan kepada pihak yang kalah dalam pilihanraya sebenar... seperti cubaan Nizar Jamaluddin dan Sivakumar yang kehilangan jawatan Menteri Besar dan Speaker DUN Perak setelah Pakatan Rakyat kehilangan majoriti di DUN Perak.
Kemelut keputusan dengan pelbagai tuduhan akan muncul dan seronok diperkatakan. Setidak-tidaknya dapat mengurangkan perasaan kecewa di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Musim penerimaan keputusan pilihanraya dengan berlapang dada dan pasrah sudah lama berlaku. Semenjak PAS bersekutu dengan PKR dan DAP, mereka sudah 'bijak' dan 'pandai'. Manipulasi undang-undang akan dilakukan untuk tujuan kemenangan.
Dan sememangnya tentera-tentera Pakatan Rakyat dalam dunia siber sudah pun memperkatakan tentang isu ini biarpun sebelum keputusan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi diumumkan lagi. Lebih tepat lagi apabila mereka cukup sedar, kekalahan kepada Pakatan Rakyat sudah terlalu jelas. Penolakan oleh rakyat, bukan sahaja secara diam, sebaliknya ditunjukkan dengan ketara, terutama di Galas.
Apa pun, Barisan Nasional tidak akan menang secara aman! Keputusan di kedua-dua tempat berkenaan akan terus disanggah dan ditentang... sama ada di mahkamah, mahupun menerusi portal, blog dan media massa Pakatan Rakyat!!!
Cuepacs urges Govt to upgrade 50,000 civil servants under Grades G17, G22,
G26
-
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil
Services (Cuepacs) wants the grades of about 50,000 civil servants in the
technic...
38 minutes ago


3 comments:
lama2 nanti insyaAllah yg batil akan cair dan mula terima hakikat kebenaran. mmg salah kalau angkat peliwat dan ulama munafik sebagai ketua.
rais
Benar Tok.
Linda tu harus belajar cakap Bahasa rasmi dari sekarang. Ornag air ramai tak reti cakap Inggeris. Jadi bagaimana hendak mendampingi penyokong dan berkhidmat kepada mereka?
Post a Comment