Dikatakan Exco tersebut (atau orang-orangnya) telah menghulurkan bantuan berupa makanan di sebuah tempat perpindahan. Bagaimanapun, apabila mengetahui kebanyakan orang yang berlindung di tempat tersebut merupakan ahli UMNO, Exco terbabit (atau orang-orangnya) telah merampas kembali makanan yang telah diberikan, meskipun menyedari merkea yang berlindung di tempat berkenaan sedang kelaparan.
Kita mengharapkan berita berkenaan tidak benar, memandangkan Exco tersebut adalah seorang Melayu yang sudah tentu beragama Islam, tambahan pula dia menganggotai dan mewakili Parti Islam Se-Malaysia. Masakan seorang Islam sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu terhadap saudara seagamanya sendiri sekalipun berlainan mazhab, sedangkan Islam sendiri mengajar agar bertimbang rasa walaupun terhadap musuh yang berada dalam tawanan.
Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari BLOG ANAK SEBERANG yang turut menyiarkan video pengakuan mangsa terbabit.


1 comments:
ok la tu lepas hulur bantuan, ambik balik. syurgapun utk pengikut2 hanguk dia aja. sbb syurga dia punyakan? he he... mampuih la kalau lagu ni..... :-(
Post a Comment