Friday, November 5, 2010

BERTELURKAH UMNO UNTUK BERHADAPAN DENGAN MALAYSIAKINI DI MAHKAMAH

Malaysiakini dalam laporannya, menuduh UMNO telah menyogok RM250 kepada pengundi luar. Kejadian didakwa berlaku di di bilik operasi BN di Bukit Cekati, Gua Musang, di mana kira-kira 300 orang beratur selepas mengundi.

Portal berkenaan turut menyatakan bahawa orang ramai kelihatan mendaftar di kaunter sebelum masuk ke dalam sebuah bilik. Apabila keluar dari bilik berkenaan, mereka memegang sepucuk sampul surat berwarna coklat yang berisi wang tunai berjumlah RM250.

Maka bayangkanlah berapa yang telah UMNO 'keluarkan' untuk membiayai 300 orang dengan setiap seorang berharga RM250....

Namun berita tersebut segera disanggah oleh hampir 10 orang bloggers pro-UMNO/BN yang berada di tempat kejadian. Masing-masing mengeluarkan cerita yang hampir sama dan menyanggah laporan Malaysiakini selain, turut merakamkan wajah dan aksi wartawan portal berkenaan, Salhan K.Ahmad. (BACA ASPIRASI BANGSA)

Sewajarnya UMNO menuruti jejak langkah Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Husam Musa dan beberapa nama lain di dalam Pakatan Rakyat menyaman portal berita dan akhbar apabila mendapati berita berkenaan boleh mengurangkan kredibiliti dan mendatangkan kerosakan kepada imej mereka.

Rasa-rasanya dalam hal ini, 10 orang bloggers yang berada di tempat kejadian, pastinya lengkap dengan kamera video dan kamera still, boleh memberikan bantuan bukti kepada UMNO untuk menyaman Malaysiakini yang diketahui sangat anti Melayu-Islam, selain cenderung kepada Anwar Ibrahim dan DAP.

Inilah masanya untuk mengajar Malaysiakini, tuan mereka iaitu DAP dan Anwar Ibrahim. Saman sahaja portal berita itu dengan jumlah ratusan juta ringgit macam yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. Kemenangan pasti akan berpihak kepada UMNO memandangkan setakat bukti yang ada di tangan bloggers, kelebihan berpihak kepada UMNO, sekaligus menyanggah berita yang ditulis oleh Salhan K.Ahmad.

Cuma persoalannya, adakah UMNO CUKUP BERANI DAN BERTELUR untuk ambil tindakan terhadap Malaysiakini?

3 comments:

anakbangsa on November 5, 2010 11:58 AM said...

UMNO ni parti melayu lah.org melayu ni ,dia punya budaya 'x pa' tu menebal.x pa la org buat lagu tu kat kita,x pa la org layan lagu tu kt kita .sampaikan isu2 keistemewaan org melayu dipertikaikan pun ,masih ada melayu yg kata 'x pa'.habih camna.ni jenis perangai berbuat baik x bertempat.

CUCU TOK WAN on November 5, 2010 12:07 PM said...

Itulah Melayu... kalau sesama sendiri, depalah orang kuat. Tak cukup lengan dan parang, santau dan sihir depa kirimkan..

Kalau dengan orang lain, terus lemah lotek, kunun-kununnya nak jaga harmoni...

Itulah Melayu yang sampai bila-bila pun, macam tu lah sifatnya....

Malaysiakini BABI said...

Bro, tak kenal orang2 UMNO mana2 yang ada telur untuk saman Malaysiakini BANGSAT nih ke?

AKu memang cukup sakit hati dengan media DAPig racist tuh.

IKLAN BERBAYAR

PORTAL ISTIMEWA

BLOG-BLOG PRO KERAJAAN

TAK TAHU KIRI KE KANAN

BLOG PEMIMPIN

SAPA DIA

Top Commenters

Powered by Disqus

Recent Comments

Senarai Laman Web WAJIB

 

Blog Archive

Labels

Blog Caca Marba

THE FLYING KICK Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template