Satu masa dulu, para penyokong2 dan pencinta agama begitu bersungguh memertabatkan para ulamak..
"ulamak waris ambiya","ulamak ialah mereka yg bertaqwa disisiNya","ulamak ialah dari kalangan mereka yg mulia disisiNya","ulamak umpama penjaga pada agama","ulamak2 ialah tulang belakang ummat"..macam2 perkataan kita didendangkan ..ada yg bersumber dari AQ dan hadis, ada dari perkataan alim ulamak..dan seterusnya..ummat dituntut utk muliakan para ulamak...
Benar!!!
Ramai juga dari kalangan org2 beragama menampakkan kesedihan dan kerisauan mereka apabila melihat kelakuan ummat yg tidak begitu pedulikan para ulamak malah mengagung2kan para artis....sehingga perkataan "idola" mula didendangkan..
"Idola" perkataan Inggeris dimelayukan. Perkataan asalnya "IDOL"..
Dalam terjemahan kalimah tauhid..Worship no idols except Allah ..There is no idols except Allah swt..
Mudah2an perkataan ni usahlah digunakan lagi..jadikan sipolan sebagai idola, jadikan ulamak sebagai idola, jadikan nabi saw sebagai idola..
Walaupun apa yg dimaksudkan ialah sebagai tanda sanjungan, ikutan, pujaan, sumber inspirasi, teladan..tapi usahlah disebut2kan..kerana kekhuatiran kedudukan perkataan "idols" tu sendiri. Maklum ler terjemahan kekadang berubah2 ikut kefahaman memasing2..jalan selamat, tinggalkanlah perkataan "idola' pada mana2 makhluk hatta nabi saw sendiri.
________
Aku juga trfikir..kenapa para ulamak membiarkan penyokong2nya brsungguh2 kempen memuliakan ulamak, memahsyurkan para ulamak, menjulang2 para ulamak,menyanjung para ulamak..aku khuatir ia leh melampaui batas2nya.
Aku trfikir..apakah para ulamak "desperate" dan perlu sangatkah mereka akan sanjungan, pujian, kedudukan istimewa dari kalangan ummat..dan mahu setaraf ngan para2 artis Islam dan kapir?
Apakah para ulamak rasa sedih, rasa tertekan, rasa terhina..kerana tak dimuliakan spt mana para2 artis?
Sesungguhnya kedudukan ulamak dan artis2 dalam masyarakat ada kedudukannya masing2..tidak ada dikalangan ummat ni yg sibuk ngan artis2 mereka dan kemudian memandang sepi dan hina para2 ulamak..ulamak ada tempatnya yg khusus dalam hati2 ummat ini.
Malu lah sedikit ngan Allah swt..kemulian yg dikurniakan oleh Allah swt dalam mewarisi harta warisan para ambiya' dan ilmu2 nubuwah tu satu kemuliaan yg sangat tinggi dan mulia sekali..jadi usahlah tertanya2, terminta2, berharap2 kemuliaan dari makhluk pula..Jgn lah tuntutan "hak" yg telah digazetkan pada para ulamak ni dari ummat.."Earn it"..do not "Ask for it". Kemuliaan ulamak ialah kerana budi pekerti dan akhlak2nya..Allah swt puji nabi saw dalam AQ bukan kerana ilmunya tapi kerana akhlaknya.
Yakinlah..jika para ulamak ni benar2 bertaqwa kepada Allah swt..sekelian makhluk dilangit dan dibumi akan ditundukkan oleh Allah swt hanya ngan senyuman ulamak tu sahaja..malah renungan dan pandangan ulamak2 ni cukup menggentarkan hati2 manusia. Kata2nya melembutkan dan mencairkan hati2 yg keras..ibarat hujan yg lebat menimpa hati2 yg kering ketandusan air.. Jadilah spt mana pewaris2 mereka..yg sentiasa berkata " Cukuplah Allah swt bagiku"..dan tiadalah apa2 aku ni, melainkan hanya manusia yg lemah..
usahlah dibandingkan ngan para artis, ahli2 politik, ahli2 korporat..kerana kedudukan ulamak tidak layak utk dibandingkan ngan mana2 bidang profesion..usahlah kita menghina para ulamak kita sedemikian rupa.
Memuliakan ulamak pula bukannya gantungkan gambarnya..pada bontot keta, pada motor, pada dinding rumah, dan merata dinding..sesetengah ulamak melarang keras jika gambar mereka diambil..cuba mengelak sebarang sesi fotografi..cuba mengelak dari segala punca membawa kepada kemahsyuran!!
Maklum ler ulamak pun manusia..ada hati..ada perasaan..ada kote..bila datangnya ujian2 kemahsyuran ramai yg tersungkur!! Kemahsyuran, harta benda, wanita, pangkat dan kedudukan..satu fitnah dan maksiat yg tidak nampak dan tidak sakit serta samar2. Berbanding ngan zina, arak, judi-ianya jelas.
Org yg tak pernah minum arak..baru seteguk, mabuknya berhari2 malah gelagatnya sungguh memalukan (over sikit)..berbanding ngan mereka yg hari2 minum arak!!
Muliakan ulamak kita ngan pelihara mereka dari terjerumus dalam lembah2 ujian seboleh2nya..muliakan ulamak kita ngan berusaha patuhi nasihat2nya..muliakan ulamak2 ngan sertai majlis2 ilmunya..bukan memuliakan ngan cium tangannya dan melemparkan segala pujian dan wang ringgit semata2..lebih2 lagi pujian yg berlebih2 sehingga mereka-reka citer2 yg bukan2..
Jgn hinakan ulamak kita ngan wang dan harta benda..jgn hinakan ulamak kita ngan pangkat dan kedudukan yg leh menjatuhkan mertabatnya..
Ulamak ibarat kitab AQ..bukan utk dijadikan hiasan, bukan dijadikan lapik bantal, bukan dijadikan utk jual beli yakni meraih keuntungan perniagaan, bukan dijadikan "mascot" pilihanraya yg diusung kehulu kehilir utk meraih simpati dan undi, bukan dijadikan "gambar2" cetakan pada kain rentang, poster2, T'shirt2, button menonjolkan kesyahduan dan kewarakan semata2 utk keuntungan dunia.
Letakkanlah ulamak pada tempat sewajarnya..dan para ulamak sungguh2 lah jaga kemuliaan yg telah dikurniakan oleh Allah swt agar tidak dinodai dan diliwati oleh manusia2 yg rakus, gelojoh, dan rosak akhlak2nya...elakkan berada dalam majlis2 mereka, pakatan2 mereka, mainan2 mereka..sentiasa bersama2 ngan org2 yg miskin, spt mana pewaris mereka yg sentiasa berusaha hidup secara miskin, dan brdoa agar hidup brsama2 org2 yg miskin dan dibangkitkan bersama2 org2 yg miskin..
Anak2 bermain tahi..usahlah hinakan diri atas nama hikmah dan sahsiah serta atas nama agama, sama2 main tahi, sama2 sapu menyapu tahi kemuka masing2 dan keatas kepala masing2..tapi ambillah anak2 ini, bersihkan mereka ngan penuh kasih sayang, kerana Allah swt..dan bukannya mencaci, maki hamun, dan memberi kutukan dsb...
ummat pada para ulamak umpama ibu dan anak2nya..ada yg degil, ada yg taat, ada yg tak perkara, ada yg nakal..tapi kasih sayang ibu pada anak2nya tidak berkurangan pun, tetap pada matanya mereka ni anak2nya.
satu igauan yg ngeri..
-aa
Cuepacs urges Govt to upgrade 50,000 civil servants under Grades G17, G22,
G26
-
KUALA LUMPUR: The Congress of Unions of Employees in the Public and Civil
Services (Cuepacs) wants the grades of about 50,000 civil servants in the
technic...
39 minutes ago


0 comments:
Post a Comment